Urban Method merupakan kumpulan hip hop Malaysia dari Pulau Pinang, terdiri daripada Mahadhir Mohd Ismail (Mahadhir), Muneer Khan Nazir Khan (Muneer), Ahmad Sayuti Ibrahim (Chique), Hazairi Basha Mohd Jamel Basha (Jay) dan Mohd Munawir Anuar (Naweer). Kumpulan ini, yang meraih kejayaan dalam tempoh singkat dalam industri muzik, menerima kejayan meluas menerusi rakaman semula lagu "Wajah Rahsia Hati" yang dipersembahkan oleh Ogy Ahmad Daud.[1][2][3]

Urban Method
Berasal dariPulau Pinang, Malaysia
GenreRap, hip hop
Tahun aktif1999–2009, 2021–kini
Syarikat rakaman
Urban Method Music
Pengkarya berkait
Ogy Ahmad Daud, Ruffedge
Ahli
  • Mahadhir Mohd Ismail (Mahadhir)
  • Muneer Khan Nazir Khan (Muneer)
  • Ahmad Sayuti Ibrahim (Chique)
  • Hazairi Basha Mohd Jamel Basha (Jay)
  • Mohd Munawir Anuar (Naweer)

Sejarah sunting

Urban Method mula bergiat aktif dalam industri muzik hip hop underground pada 1999 ketika era kegemilangan Poetic Ammo dan Too Phat. Mereka terdiri daripada lima ahli yang kesemuanya ialah anak jati negeri Pulau Mutiara – Mahadhir Mohd Ismail (Mahadhir), Muneer Khan Nazir Khan (Muneer), Ahmad Sayuti Ibrahim (Chique), Hazairi Basha Mohd Jamel Basha (Jay) dan Mohd Munawir Anuar (Naweer).[4]

Mereka pertama kali diperkenalkan menerusi single pertama, "Evolusi" menampilkan duet bersama Azan Addin dari kumpulan Ruffedge. Urban Method mula menerima pengikrtirafan meluas menerusi rakaman semula lagu "Wajah Rahsia Hati", runut bunyi filem Ali Setan (1985). Menerusi lagu ini, mereka beekolaborasi bersama penyanyi asal lagu itu yang juga pelakon filem tersebut, Ogy Ahmad Daud.[5]

Album pertama dan terakhir Urban Method yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai tajuk album dikeluarkan pada Mac 2007 di bawah label LIFE Records.[6][7] Lagu lain yang dikeluarkan sebagai single ialah "Sudah (Jong Jong Inai)" dan "Jangan Malu". Selepas lebih sedekad menempa nama, ahli kumpulan ini mengambil keputusan untuk membawa haluan pada 2009 dan semua aktiviti muzik Urban Method dihentikan.[8]

Bagaimanapun, pada 2021, mereka membuat kemunculan semula dengan melancarkan single terbaharu, "Domo Arigato".[9][10]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Urban Method

Lagu dan single sunting

Tajuk Tahun
"Evolusi" 2005
"Wajah Rahsia Hati" 2006
"Sudah (Jong Jong Inai)"
"100 Ways" 2007
"Jangan Malu"
"Ku Mengerti"
"I Can Give You More" 2008
"Domo Arigato" 2021

Rujukan sunting

  1. ^ Shakilawati Abd Rahman (29 Oktober 2006). "Tuah Urban Method". Metro Ahad. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  2. ^ "Cubaan Urban Method, Ogy boleh dianggap berjaya". Berita Minggu. 11 Mac 2007. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  3. ^ Sheela Narayanan (21 Mac 2007). "You are really hip hop" [Anda sememangnya hip hop] (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 22.
  4. ^ Rozdan Mazalan (13 Mac 2007). "Urban Method kenang jasa Ruffedge, VE". Berita Harian. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (15 Mac 2007). "(Pertama kali diperkenalkan menerusi...)". Berita Harian. Dicapai pada 12 Disember 2020.
  6. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (16 Julai 2007). "Urban Method buat promosi di IPT". Berita Harian. Dicapai pada 12 Disember 2015.
  7. ^ "Urban Method lebih dikenali di Singapura". Utusan Malaysia. 2 Februari 2007. Dicapai pada 12 Disember 2015.
  8. ^ "Di mana Urban Method?". Artis Meletop. 18 Januari 2015. Dicapai pada 12 Disember 2015.
  9. ^ Georgie Joseph (21 Oktober 2021). "Urban Method 'keluar gua'". Harian Metro. Dicapai pada 12 Disember 2021.
  10. ^ Siti Athirah Dzulkifly (18 Oktober 2021). "Urban Method kembali wakili hip hop Penang". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Disember 2021.

Pautan luar sunting