V. Mugilan

(Dilencongkan dari V Mugilan)

V. Mugilan merupakan Timbalan Ketua Pemuda Kongres India Malaysia (MIC). Beliau merupakan anak tempatan Hulu Selangor yang dilahirkan di Ladang Kerling, Kuala Kubu Baharu, berkelulusan dalam jurusan Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya. Mugilan pernah menjadi kakitangan awam dan kemudian menjadi ahli perniagaan.

Kerjaya politikSunting

Dalam pemilihan Timbalan Ketua Pemuda MIC 2009, Mugilan mengalahkan ADUN Kahang, R. Vithiyananthan.[1]

Mugilan dipecat sebagai Timbalan Presiden Kelab Belia Tamil Bell pada Disember 2009.

Pilihan raya kecil 2010Sunting

Sebelum Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 nama beliau disebut-sebut oleh pemimpin tempatan UMNO sebagai calon yang sesuai. Dia adalah anak didik Datuk G. Palanivel, Timbalan Presiden MIC yang akan menggantikan MIC dalam peralihan pemimpin MIC pada 2011 atau 2012. MIC tidak dapat menerima campur tangan UMNO dalam memilih dan menentukan pemimpin atau bakal pemimpin mereka.[2] Akhirnya, P. Kamalanathan dari bahagian Selayang dipilih oleh Barisan Nasional sebagai calon.[3]

DipecatSunting

Pada 20 Mei 2010, V Mugilan dipecat keahlian dari MIC. Ketua pemuda MIC, T Mohan menyatakan beliau dipecat oleh Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu setelah berunding dengan timbalannya, Datuk G. Palanivel. Perkara itu dimaklumkan kepada Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar . Menurut Perlembagaan MIC, kuasa pemecatan terletak pada jawatankuasa disiplin dan kuasa presiden setelah berunding dengan timbalan.

Mugilan mendakwa Datuk Seri Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India.Mugilan juga berkempen demi kepentingan dirinya yang bertentangan dengan hasrat parti sebelum Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010. Mugilan mendesak Samy Vellu segera berundur sekarang, bukan pada September 2011.[4]

Mugilan mencabar diadakan debat pada 23 Mei 2010 tentang sepanjang 11 penggal menerajui parti India itu, Samy Vellu gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India.Samy Vellu yang menguasai MIC selama 31 tahun patut segera berundur. [5] Jika Samy tidak berundur, parti MIC akan terkubur pada PRU13. G Palanivel tentu tidak cukup masa untuk mengukuhkan parti , melakukan pembaharuan sebelum PRU13. Samy Vellu didakwa selalu menyalahkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad di atas kegagalan MIC membela kaum India.

RujukanSunting