Yekaterina II dari Rusia

Yekaterina II (Rusia: Екатерина Алексеевна Yekaterina Alekseyevna; 2 Mei [G.L.: 21 April] 172917 November [G.L.: 6 November] 1796), juga digelar Yekaterina Agung (Екатери́на Вели́кая, Yekaterina Velikaya), dilahirkan sebagai Puteri Sophie dari Anhalt-Zerbst merupakan Maharani Rusia dari 1762 sehingga 1796 berikutan penggulingan suami baginda Pyotr III dalam suatu rampasan kuasa. Dibawah pemerintahannya selama 34 tahun, empayar Russia telah mengalami "Renaissance" iaitu era kebangkitan luar biasa dalam bidang kebudayaan, pendidikan dan sains seterusnya diakui sebagai salah Satu "kuasa besar" di benua Eropah.

Yekaterina II
Екатерина II
Potret baginda s. 1780-an
Maharani dan Autokrat Segala Rusia
Pemerintahan9 Julai 1762 – 17 November 1796
Pertabalan12 September 1762
Didahului olehPyotr III
Diikuti olehPavel I
Permaisuri Segala Rusia
Tenure5 Januari 1762 – 9 Julai 1762
KeputeraanPutera Sophia Anhalt-Zerbst
2 Mei [G.L.: 21 April] 1729
Stettin, Pomerania, Prusia
(kini Szczecin, Poland)
Kemangkatan17 November [G.L.: 6 November] 1796 (aged 67)
Istana Musim Sejuk, Saint Petersburg, Empayar Rusia
PemakamanKatedral Pyotr dan Pavel di Saint Petersburg
PasanganPyotr III dari Rusia (k. 1745; m. 1762)
Anakanda
antara lainnya…
Pavel I dari Rusia
Nama penuh
Jerman: Sophie Friederike Auguste
Rusia: Catherine Alexeievna Romanova
KerabatHolstein-Gottorp-Romanov (melalui perkahwinan)
Ascania (melalui keputerian)
AyahandaChristian August, Putera Anhalt-Zerbst
BondaPuteri Johanna Elisabeth dari Holstein-Gottorp
AgamaLutheran (1729–1744)
Gereja Ortodoks Rusia (1744–1796)
TandatanganTandatangan Yekaterina II Екатерина II

Keputerian

sunting

Yekaterina lahir di Szczecin, Pommern, Kerajaan Prusia dengan nama Sophie Friederdanuguste von Anhalt-Zerbst-Dombbanyak urg. Ayahandanya adalah Christ sekaligus menjadikan empayar Russia sebagai salah satu kuasa besar yang paling dihormati dan paling makmur di Eropah.lah Johanna Elisabeth dari Wangsa Holstein-Gottorp. Kerabat baginda sangat miskin meskipun dalam kelas bangsawan, semasa kecilnya Sophie harus bergantung pada hubungan keluarga ibundanya agar mendapatkan pendidikan serta masa depannya.

Pertabalan sebagai Maharani

sunting

Setelah mangkatnya Maharani Yelizaveta pada 5 Januari 1762 (kalender lama: 25 Januari 1761), Pyotr dinobatkan sebagai Maharaja Rusia dengan nama takhta Pyotr III dan Yekaterina menjadi Maharani Rusia. Mereka kemudian pindah ke Istana Musim Dingin yang baru di Sankt-Peterburg. Maharaja yang baru segera menarik pasukan Rusia dari Perang Tujuh Tahun dan menandatangani perjanjian damai dengan Prusia pada 5 Mei 1762, menjadikan Rusia yang awalnya menjadi musuh Prusia berubah menjadi sekutu. Langkah ini dipandang sebagai pengkhianatan kepada negara yang sudah mengorbankan banyak hal selama perang.

Dalam masa pemerintahannya, Pyotr juga melakukan berbagai pembaharuan, seperti kebebasan beragama, penghapusan lembaga polisi rahasia, dan pelarangan tuan tanah untuk membunuh hamba sahayanya. Pembaharuan yang dia lakukan dipandang sebagai bentuk pemulauan Gereja Ortodoks dan para bangsawan. Keperibadian dan kebijakannya yang sulit ditebak membuat pihak penentangnya meminta bantuan Yekaterina untuk melancarkan perlawanan. Yekaterina sendiri percaya bahwa Pyotr sendiri akan menceraikannya.

Pemberontakan

sunting

Pada 9 Julai 1762, Pyotr pergi merbersama beberapa pejabat di Oranienbaum dan meninggalkan Yekaterina di Sankt-Peterburg. Pada malam 8 Julai,[1] Yekaterina mendapat khabar bahawa salah satu konspiratornya ditahan oleh Pyotr. Yekaterina segera berangkat meninggalkan istana menuju Rejimen Izmaylovski dan meminta para askar dalam rejimen tersebut melindunginya dari suaminya. Yekaterina kemudian bergerak bersama rejimen menuju Berek Semenovsky. Pendeta yang mendiami berek tersebut siap menahbiskan Yekaterina sebagai penguasa yang baru. Yekaterina menahan Pyotr dan memaksa suaminya untuk menandatangani surat turun takhta. Mayat Pyotr ditemui di Ropsha oleh Aleksei Orlov lapan hari selepas rampasan kuasa tersebut pada 17 Julai 1762. Para sejarawan tidak menemukan keterlibatan langsung Yekaterina dalam kejadian ini.[2]

Atas dukungan kekasihnya, Gregori Orlov, Yekaterina mengumpulkan suatu pasukan untuk mendukungnya dan mengisytiharkan dirinya sebagai Yekaterina II, penguasa Rusia yang baru serta menetapkan putra sulungnya Pavel sebagai pewaris, meskipun Yekaterina sama sekali bukan merupakan keturunan dari penguasa Rusia sebelumnya dari wangsa Romanov. Yekaterina dinobatkan secara rasmi sebagai maharani pada pemahkotaannya di Katedral Dormisi, Moskwa.[3]

Pemerintahan

sunting

Penglibatan dalam peperangan

sunting

Yekaterina menyambung peluasan kuasa Pyotr yang terhenti di pesisiran Laut Hitam, sehinggalah kemuncaknya dalam kemenangan mereka memerangi pihak Uthmaniyah antara tahun-tahun 1768 dan 1774. Pihak Rusia bertarung sengit dalam peperangan tersebut mengalahkan pihak Turki Uthmaniyah dengan beratnya, terutamanya dalam Pertempuran Chesma (5–7 Julai 1770) dan Pertempuran Kagul (21 Julai 1770).

Pada 1783, Pihak Empayar Rusia membuat suatu perjanjian perlindungan dengan Georgia daripada sebarang serangan kuasa luar atau campur tangan politik raja-raja Parsi. Baginda mengisytiharkan perang ke atas Empayar Parsi pimpinan Mohammad Khan Qajar yang kembali menduduki negara tersebut pada tahun 1795. Perang ini juga bertujuan menggulingkan shah yang sedang berkuasa dengan saudara tiri baginda Morteza Qoli Khan yang memiliki pandangan politik pro-Rusia.[4][5]

Antara 1788 hingga tahun 1790, Rusia berperang dengan Sweden cetusan pupunda baginda Raja Gustav III yang mahu mengambil kesempatan peperangan Rusia-Turki dengan menyerang Saint Petersburg secara terus. Armada Baltik Rusia menggagalkan rancangan Gustav melalui suatu pertempuran yang seri di Hogland (Julai 1788). Denmark mengisytiharkan

perang ke atas Sweden pada tahun yang sama. Kekalahan Rusia dalam Pertempuran Svensksund tahun 1790 membawa kepada penandatanganan Perjanjian Värälä (14 Ogos 1790) yang mengembalikan segala tanah rampasan masing-masing lalu mengesahkan Perjanjian Åbo

Polisi terhadap penganut agama

sunting

Yekaterina melakukan beberapa pendekatan berbeda dengan penduduk beragama Islam pada masa kekuasaannya. Umat Muslim ditekankan untuk menukar agama mereka menjadi penganut Ortodoks, baik melalui bantuan kewangan[6] mahupun pemberian pengampunan bagi pesalahlaku.[7] Meskipun begitu, Jawatankuasa Perundangan tahun 1767 menawarkan beberapa kerusi perwakilan kepada umat Muslim dan menjanjikan untuk memberikan perlindungan terhadap hak-hak beragama mereka. Masyarakat Ortodoks yang terasa terancam dengan perubahan ini menunjuk perasaan dengan membakar masjid-masjid mereka.[7] Yekaterina lebih memilih mengasimilasi umat Muslim daripada menyingkirkan mereka. Setelah maklumat mengenai toleransi terhadap semua kepercayaan tahun 1773 dikeluarkan, umat Muslim diperkenankan membangun beberapa masjid dan melakukan ibadah haji yang sebelumnya dilarang.[8] Yekaterina juga menyetujui pemberian bantuan untuk pembangunan masjid-masjid dan kota-kota baru untuk kaum Muslim. Dengan ini, bagindaberharap dapat untuk mendorong masyarakat nomad di kawasan selatan untuk menetap. Dengan demikian, pemerintah Rusia dapat mengendalikan lebih banyak orang, terlebih bagi mereka yang sebelumnya tidak jatuh dalam yurisdiksi hukum Rusia.[9]

Sedangkan bagi umat Yahudi pula, kerajaan Yekaterina menganggap mereka sebagai kesatuan yang terpisah dari lingkungan empayar dengan sistem birokrat dan undang-undang mereka yang tersendiri. Yekaterina membebankan umat Yahudi dengan cukai yang dikenakan dua kali lebih besar daripada umat mazhab Ortodoks. Demi mengasimilasi Yahudi ke dalam ekonomi Rusia, Yekaterina memasukkan hak dan undang-undang mereka ke dalam Piagam Kota 1782.[10] Banyak kaum Ortodoks Rusia yang tidak menyukai keterlibatan Yahudi, terutama karena masalah ekonomi, dan Yekaterina tetap menjaga agar umat Yahudi agar tetap jauh dari beberapa bidang ekonomi tertentu. Pada tahun 1785, Yekaterina menyatakan umat Yahudi sebagai warga asing yang diberi perlakuan layaknya warga asing lainnya.[11]

Pada masa kekuasaan Yekaterina, terjadi pengambilalihan lahan gereja. Anggaran biara dan keuskupan diatur oleh pemerintah.[12] Baginda menutup 569 dari 954 biara dan hanya 161 yang mendapat tunjangan pemerintah. Saat umat agama lain mendapat kursi di legislatif, pemuka agama Ortodoks tidak mendapat hak serupa.[13] Pendidikan agama juga ditinjau ulang dengan ketat. Yekaterina juga bertindak memisahkan unsur agama dan pendidikan rohani dari pendidikan umum.[14]

Pendokong kesenian

sunting

Yekaterina dikenal akan pelindung seni, kesusateraan, dan pendidikan. Baginda sendiri mendirikan Institut Smolny yang merupakan tempat pendidikan untuk para puteri bangsawan. Baginda percaya bahawa pendidikan dapat mengubah hati dan pemikiran masyarakat Rusia lalu bangkit dari kemunduran. Ini bererti pengembangan individu, baik secara moral maupun ilmu, dapat memberi mereka pengetahuan dan keterampilan, dan mendorong rasa tanggungjawab sebagai warga empayar.[15]

Kemangkatan

sunting

Pada awal pagi 16 November [G.L.: 5 November] 1796 1796, Yekaterina bangun awal merasa segar dari peraduannya, seperti yang diceritakan kepada seorang khadimahnya, Maria Perekusikhina.[16] Tidak lama sekitar waktu 9:00 pagi, baginda ratu ditemui pitam di lantai dengan muka keunguan, bermasalah pernafasan dan bernadi lemah.[16] Tabib diraja baginda mendapati baginda gering angin ahmar;[16][17] hal ini turut disahkan dalam suatu bedah siasat.[18]. Beliau cuba sedaya upaya memulih keadaan baginda namun tidak berjaya dan kekal dalam keadaan koma. Baginda ratu diurapkan sepertimana yang lazim dilakukan untuk orang-orang yang tenat.

Baginda mangkat pada malam keesokan harinya jam 9:45 malam.[17] Suatu warkah wasiat ditulis baginda bertarikh 1792 ditemui setiausaha baginda Aleksander Vasilievich Khrapovitsky ada menyatakan arahan bahawa mayat baginda dipersalinkan pakaian putih dengan mahkota emas bertulis nama baginda serta dikabungkan selama tidak lebih enam bulan.[19] Jenazah baginda ratu dihias sedemikian permintaannya atas suatu keranda berhias kain emas dan dipersembahkan di suatu kamar perabungan khas istana pada 25 November tahun sama.[20][21]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Catherine The Great". HISTORY channel. Dicapai pada 2015-03-11.
  2. ^ Rounding 2006
  3. ^ "Описание коронации, миропомазания и причащения императрицы Екатерины II-й [Pertabalan Yekaterina Kedua]". Русская старина, 1893. – Т. 80. – № 12. – С. 487–496. – В ст.: Труворов А. Коронация императрицы Екатерины Второй – Сетевая версия – М. Вознесенский. 2006. Dicapai pada 11 Mac 2015. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ Cronin, Stephanie. Iranian-Russian Encounters: Empires and Revolutions Since 1800 Routledge 2013. ISBN 978-0415624336 p 51
  5. ^ Mikaberidze, Alexander. Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia (2 volumes): A Historical Encyclopedia ABC-CLIO, 22 jul. 2011 ISBN 978-1598843378 page 763
  6. ^ Fisher 1968, halaman 544
  7. ^ a b Fisher 1968, halaman 545
  8. ^ Fisher 1968, halaman 546
  9. ^ Madariaga 1981, halaman 508–511
  10. ^ Klier 1976, halaman 511
  11. ^ Klier 1976, halaman 515
  12. ^ Raeff, Mark. Catherine the Great: A Profile (New York: Hill and Wang, 1972), 293.
  13. ^ Hosking 1997, halaman 231
  14. ^ Raeff, Marc. Catherine the Great: A Profile (New York: Hill and Wang, 1972), 298.
  15. ^ Nicholas V. Riasanovsky, A History of Russia (New York: Oxford University Press, 2011).
  16. ^ a b c Rounding 2006, halaman 499
  17. ^ a b Dixon 2009, halaman 315
  18. ^ Rounding 2006, halaman 502
  19. ^ Dixon 2009, halaman 314
  20. ^ Rounding 2006, halaman 503
  21. ^ Dixon 2009, halaman 318
Sumber utama

Pautan luar

sunting