Zaman Air Batu

(Dilencongkan dari Zaman Ais)

Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim bumi turun menyebabkan peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub dan glasier gunung.

Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi yang seterusnya menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air batu di utara dan selatan hemisfera dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara ringkasnya, dan untuk tempoh kebelakangan ini, takrifan "zaman air batu" digunakan untuk merujuk kepada tempoh yang lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah. Dari sudut ini, zaman air batu terakhir berlaku kira-kira 10,000 tahun lalu. Zaman ini juga dikatakan sebagaitempoh glasier untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan perantaraan glasier (interglacial) untuk suatu tempoh yang panas.

TahapSunting

Zaman Miosen

Diperkirakan berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu. Gunung-Gunung yang ada pada hari ini telah terbentuk secara fizikal. Suhu dunia panas dan kering.

Zaman Pliosen

Dipercayai berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun lalu. Ahli Sains mengatakan pada zaman inilah terjadinya penyejukan global. Keadaan ini menyumbang kepada penyebaran besar padang rumput dan savana pada masa itu.

Zaman Pleistosen

Berlaku antara 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu. Pada zaman ini, glasier utama berlaku sebanyak 11 kali. Manusia dipercayai telah sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara (Penyas Sunda) sekitar 50,000 tahun dahulu.

Zaman Holosen

Ialah zaman yang bermula sejak 10,000 tahun dahulu.Berlaku kemajuan dalam hidup manusia. Roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5,500 tahun dahulu

Air Batu Akhir

Bermula 8,500 tahun dahulu, Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlakunya kecairan Air batu, iaitu pengglasieran. Keadaan ini menyebabkan paras air laut dunia meningkat, dan kesannya bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi terbentuk seperti tasik dan pulau, serta berakhirlah zaman air batu akhir.

KeadaanSunting

Ciri Fzikal Bumi

Permukaan air laut menyebabkan sebahagian besar bumi dilitupi salji.

Binatang

Mamot berbulu, badak, kuda, dan singa tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk.

Tumbuhan

Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar.

Suhu

Suhu dunia sejuk. Dunia dipenuhi oleh salji terutamanya di kawasan kutub dan benua Eropah

Paras air laut

Permukaan air laut membeku. Paras air laut rendah. Pulau-pulau besar bersambung dengan tanah besar dan memudahkan manusia serta haiwan yang bermigrasi.