Abdul Rashid Hussain

Tan Sri Abdul Rashid Hussain merupakan tokoh korporat Malaysia dan pengasas sebuah bank terkemuka , RHB Bank.

KeluargaSunting

Beliau campuran Melayu dan Arab iaitu bapanya Mohammed Hussein dari Pulau Pinang dan ibunya keturunan Arab-Melayu. Bapanya berhijrah ke Singapura dan membangunkan perniagaan di sana. Abdul Rashid berkahwin dengan anak Tan Sri Robert Kuok.

KerjayaSunting

Pada 1971 beliau bekerja di Strauss Turnbull,sebuah firma broker dari Britain.Pada 1975 sekembali ke Malaysia beliau bekerja dengan Bumiputra Merchant Bankers Bhd.Kemudian di Rothschild & Sons Ltd di London, Daiwa Securities Co Ltd di Tokyo dan Salomon Brothers Inc di New York.Pada 1983 beliau meninggalkan Bumiputra Merchant Bankers dan memulakan firma Rashid Hussain Securities. Abdul Rashid akrab dengan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin.[1]

Pernah ditipuSunting

Pada 3 Disember 2010, kes beliau ditipu RM7 juta oleh ahli perniagaan Singapura, Sharida Abdul Majid dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala lumpur.Pada September 2009 dan 13 November 2009 di tingkat 9, Bangunan B, Peremba Square, Saujana Resort, beliau ditipu telah mendapat ‘gift contract’ bernilai B$8 juta (kira-kira RM19.2 juta) untuk menyerahkan RM7 juta dalam bentuk tiga keping cek Standard Chartered Bank.Sharida diwakili oleh bekas suaminya, peguam Mohd Azfar Abdullah .Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 dan denda, jika sabit kesalahan.[2]

RujukanSunting