Datuk Dr Adi Taha merupakan bekas pengarah Muzium Negara Malaysia. Pengalaman selama 32 sebagai ahli arkeologi di Jabatan Muzium Negara. Bersara sebagai Pengarah Muzium Negara pada Ogos 2007.

Dato' Dr Adi Taha, ketika menjadi pensyarah Universiti Malaysia Kelantan. Gambar diambil sekitar tahun 2010

Biodata sunting

Lahir pada lahir 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah. Adi Taha berkahwin dengan Wan Aminah Yusoff, 56, pesara guru . Anaknya Adrina Adi , Adriyati,Adzwanee Adi,Adzimah Adi,Ahmad Fadzli dan Aufi Adawi Adi.

Berbanding dengan rakan sebayanya dari Sekolah Derma yang lahir pada tahun 1951, dia salah saorang yang berjaya dalam kerjayanya kerana mencapai Jawatan Ketua Pengarah dan mempunyai Ijazah Kedoktoran.

Pendidikan sunting

Adi Taha menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah (1958-1963) ; Sekolah Inggeris Derma, Kangar, Perlis (1964-1968) dan Sekolah Dato' Abdul Razak Tanjung Malim, Perak (1969-1970) .

Kemudian sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1971-1975) Sarjana Muda Antropologi & Sosiologi ; Universiti Kebangsaan Australia, Canberra, Australia (1978-1980) - Sarjana Pra Sejarah dan Universiti Kebangsaan Australia, Canberra, Australia (1993-2000) - PhD - bidang Arkeologi.

Jawatan sunting

  • Sarjana Tamu Muzium Warisan Akademi UKM (2007-2012)
  • Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan ( - 2011)
  • Ketua Pengarah Muzium (2005-2007)
  • Ketua Pengarah Muzium dan Antikuiti (2002-2005)
  • Timbalan Ketua Pengarah Muzium (200-2002)
  • Pengarah Pengurusan Muzium (1998-2000)
  • Pengarah Bahagian Antikuiti (1991-1998)
  • Ketua Unit Penyelidikan (1986-1991)
  • Kurator Kanan Pameran (1983-1986)
  • Kurator Arkeologi (1975-1983)
  • Timbalan presiden Persatuan Pra Sejarah Indo-Pasifik.

Muzium Lembah Bujang sunting

1976 Dato Dr Adi Taha memulakan cari gali arkeologi di Lembah Bujang. Kemudian membangunkan tapak arkeologi Lembah Bujang, Kedah sebagai pusat ilmu dan pelancongan pendidikan negara. Mulanya mini muzium di kaki Gunung Jerai 1978 dan 1980 dirasmikan.Tindakan membangunkan bekas candi hindu sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan. Ia penting untuk membuktikan kepada orang Melayu bahawa Islam pernah bertapak di situ dan kita pernah jumpa duit syiling Islam zaman kerajaan Islam Abbasiah bercetak tahun 574 (Hijrah). Tindakan ini bukan membangunkan semula candi penganut agama Hindu tersebut. Dr Adi pernah menjalani latihan praktikal di Kanada dalam persediaan menjadi kurator muzium dan mengendalikan Muzium Universiti, Muzium Awam dan Muzium Swasta.Pendekatan meningkatkan tarikan muzium ketika ini sangat berbeza berbanding tahun 1970-an atau 80-an.

Semasa Datuk Shahrom Yob menjadi Pengarah Muzium Negara, Pameran Tamadun Islam telah diadakan dan mendapat sambutan ramai.

Pameran Hantu sunting

Pameran Hantu diadakan di Muzium Negara pada 2001 dan mendapat sambutan luar dugaan. Ada yang menuduh pameran itu sebagai khurafat dan mengarut. Tujuan murninya ialah 'pendidikan berlawanan' iaitu kenapa orang Melayu tidak berjaya, sikit-sikit takutkan hantu, takutkan anak-anak dengan hantu , bahkan orang kenamaan berpangkat besar pun guna khidmat bomoh untuk jadi popular. Pameran itu bukan untuk kaut keuntungan, ia untuk pendidikan.

Lembah Nenggiri sunting

Tapak arkeologi di Lembah Nenggiri terletak di Ulu Kelantan. Sersama 240 ahli arkeologi dunia daripada 31 negara melihat sendiri hasil penyelidik tempatan pada 1998. [1]

Tenaga Akademi sunting

Selepas persaraan beliau dari Muzium Negara, semangat Dato' Dr Adi Taha masih belum luntur. Beliau menyertai Universiti Malaysia Kelantan sebagai Fellow Utama Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan dan terus memberi sumbangan kepada dunia museology, sejarah dan kebudayaan. Kepakaran beliau dalam bidang sejarah dan muzium selalu dijadikan rujukan oleh kurator muzium, ahli akademi dan individu. Beliau juga menulis beberapa buah buku berkaitan pra-sejarah Malaysia.[2]

Meninggal dunia sunting

Dato Adi Taha kembali ke rahmatullah pada 4 Februari 2012 di kediamannya akibat penyakit kanser. Beliau dikenang sebagai bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia yang berjaya. [3] Beliau bertugas sebagai pensyarah Universiti Malaysia Kelantan diakhir hayatnya.

Rujukan sunting

  1. ^ "Adi Taha didik masyarakat menerusi muzium". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-11-02.
  2. ^ Dato' Adi bin Haji Taha
  3. ^ "Bekas ketua pengarah muzium meninggal akibat kanser". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-13. Dicapai pada 2012-06-19.