Segan-Hantu (burung)

(Dilencongkan daripada Aegotheliformes)

Segan-Hantu atau Burung Hantukang (Bahasa Indonesia: Atoko) ialah burung krepuskul kecil yang berkaitan dengan burung tukang dan burung cucur. Kebanyakannya berasal dari New Guinea, tetapi beberapa spesies telah meluas ke Australia, Maluku, dan Kaledonia Baharu. Spesies nirterbang dari New Zealand telah pupus. Terdapat satu keluarga ekajenis iaitu Aegothelidae dengan genus Aegotheles.

Segan-Hantu
Julat zaman: Miosen Awal hingga kini
Segan-Hantu Papua (Aegotheles bennettii)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Klad: Daedalornithes
Order: Aegotheliformes
Worthy et al., 2007
Keluarga: Aegothelidae
Bonaparte, 1853
Genus: Aegotheles
Vigors & Horsfield, 1827
Sinonim
  • Euaegotheles Mathews, 1918
  • Megaegotheles Scarlett, 1968

Segan-Hantu ialah insektivor yang kebanyakannya memburu di udara tetapi kadangkala di atas tanah. Buluan lembutnya ialah campuran samar perang dan warna pucat. Ia mempunyai kaki yang agak kecil dan lemah (tetapi lebih besar dan lebih kuat daripada segan atau tukang), paruh kecil yang membuka lebar dengan luar biasa, dikelilingi oleh misai yang menonjol. Sayapnya pendek, dengan 10 pelepah primer dan kira-kira 11 pelepah sekunder; ekornya panjang dan membulat.

Sistematik

sunting

Kajian komprehensif 2003[1] mencerakin jujukan mtDNA Sitokrom b dan subunit ATPase 8 mencadangkan bahawa 11 spesies hidup Segan-Hantu harus diiktiraf, serta satu lagi yang telah pupus pada awal milenium kedua Masihi.

Hubungan antara Segan-Hantu dan Caprimulgiformes (tradisional) telah lama menjadi kontroversi dan kabur dan kekal sehingga kini. Pada abad ke-19, ia dianggap sebagai subfamili cucur, dan ia secara amnya masih dianggap berkaitan dengan segan dan/atau tukang. Tampaknya ia tidak berkait rapat dengan kedua-duanya seperti yang disangkakan sebelum ini, dan Segan-Hantu berkongsi leluhur yang lebih baru dengan Apodiformes.[2] Seperti yang pernah dicadangkan sejak kajian morfologi tengkorak pada tahun 1960-an,[3] ia dianggap sebagai order yang berbeza, Aegotheliformes. Order tersebut, garis keturunan Caprimulgiformes, dan Apodiformes, didalilkan untuk membentuk klad yang dipanggil Cypselomorphae, dengan Segan-Hantu dan Apodiformes membentuk klad Daedalornithes.

Walau bagaimanapun, dari segi bentuk dan tabiat, ia sangat mirip dengan kumpulan Caprimulgiformes - atau, pada pandangan pertama, dengan hantu kecil dengan mata besar. Leluhur lelayang dan madu, dua kumpulan burung yang secara morfologi sangat khusus, tampaknya kelihatan sangat mirip dengan Segan-Hantu kecil, mempunyai batang kaki yang kuat dan nganga lebar, manakala batang kaki dan kaki sangat lemah pada lelayang dan madu kini, dan paruhnya adalah sempit pada lelayang dan madu.

Segan-Hantu hanyalah boleh ditemui sekitar Australasia, tetapi saudara terdekatnya tampaknya telah berkembang pesat di seluruh Eurasia pada akhir Paleogen.

Taksonomi

sunting
Filogeni Aegothelidae[4]
Aegotheles

A. savesi

A. insignis

A. tatei

A. crinifrons

A. cristatus

A. affinis

A. bennettii

A. salvadorii

A. wallacii

A. archboldi

A. albertisi

Keluarga Aegothelidae[5]

Fosil tarsometatarsus kanan proksimal (MNZ S42800) ditemui di Bentukan Bannockburn Kumpulan Manuherikia berhampiran Sungai Manuherikia di Otago, New Zealand. Bertarikh dari Miosen Awal hingga Pertengahan (Altonia, 19-16 juta tahun yang lalu), ia seolah-olah mewakili Segan-Hantu leluhur A. novaezealandiae.[6] Pada tahun 2022, spesimen tambahan dari lokaliti yang sama telah diperihalkan oleh Worthy et al. sebagai spesies baharu Aeotheles yang telah pupus, A. zealandivetus. Spesimen galajenis ialah NMNZ S.52917, tarsometatarsus kanan distal.[7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Dumbacher, John P.; Pratt, Thane K.; Fleischer, Robert C. (2003). "Phylogeny of the owlet-nightjars (Aves: Aegothelidae) based on mitochondrial DNA sequence" [Filogeni hantukang (Aves: Aegothelidae) berdasarkan jujukan DNA mitokondria]. Molecular Phylogenetics and Evolution. 29 (3): 540–549. doi:10.1016/s1055-7903(03)00135-0.
  2. ^ Mayr, Gerald (2002). "Osteological evidence for paraphyly of the avian order Caprimulgiformes (nightjars and allies)" [Bukti osteologi untuk parafili order burung Caprimulgiformes (hantukang dan kerabat)]. Journal of Ornithology. 143 (1): 82–97. doi:10.1007/BF02465461.
  3. ^ Simonetta, A. M. (1967). "Cinesi e morfologia del cranio negli Uccelli non passeriformi. Studio su varie tendenze evolative. Part II—Striges, Caprimulgiformes, ed Apodiformes" [Kinesis dan morfologi tengkorak dalam burung bukan ahli Passeriformes. Kajian pelbagai aliran evolusi. Bahagian II—Striges, Caprimulgiformes, dan Apodiformes.]. Archivio Zoologico Italiano (dalam bahasa Itali). 52: 1–35.
  4. ^ Boyd, John (2007). "STRISORES II- Apodiformes". John Boyd's website. Dicapai pada 30 December 2017.
  5. ^ "Comparison of IOC 8.1 with other world lists". IOC World Bird List. Dicapai pada 30 December 2017.
  6. ^ Worthy, T. H.; Tennyson, A. J. D.; Jones, C.; McNamara, J. A.; Douglas, B. J. (2007). "Miocene waterfowl and other birds from central Otago, New Zealand". Journal of Systematic Palaeontology (dalam bahasa Inggeris). 5 (1): 1–39. doi:10.1017/S1477201906001957.
  7. ^ Worthy, Trevor H.; Scofield, R. Paul; Salisbury, Steven W.; Hand, Suzanne J.; De Pietri, Vanesa L.; Archer, Michael (2022). "Two new neoavian taxa with contrasting palaeobiogeographical implications from the early Miocene St Bathans Fauna, New Zealand". Journal of Ornithology (dalam bahasa Inggeris). 163 (3): 643–658. doi:10.1007/s10336-022-01981-6. ISSN 2193-7206.