Amir Khusyairi Mohamad Tanusi

peguam dan ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Amir Khusyairi)

Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi (lahir 1982) ialah seorang peguam dan ahli politik Malaysia. Beliau mewakili Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di Pilihan raya kecil Slim 2020 namun bertanding sebagai calon bebas. Pada PRU15 kali ini beliau pulang ke kampung kelahirannya Teluk Intan dan menawarkan diri untuk berbakti sebagai Ahli Parlimen di sana. [1]

Kehidupan sunting

Peribadi sunting

Amir Khusyairi dilahirkan di Perak[2] pada tahun 1982 serta merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Bapanya, Allahyarham Hj Mohamad Tanusi bin Maulut, ialah seorang bekas naib kadi Teluk Intan manakala ibunya pula, Hajah Jariah binti Mohd Yunus, ialah seorang pesara guru agama.[3]

Beliau berkahwin dengan Nur Aainaa binti Othman iaitu seorang doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan dan doktor pakar jemputan di hospital Slim River.[1] Beliau mempunyai lima orang anak.[3]

Beliau fasih dalam tiga bahasa yang mana antaranya ialah bahasa Arab.[2]

Pendidikan sunting

Amir Khusyairi bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sebagai graduan undang-undang dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.[1][2] Dia turut mengambil program pasca siswazah dalam bidang Diploma Syariah Lanjutan Amalan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[4]

Kerjaya sunting

Beliau merupakan seorang peguam syarie dan peguam bela sejak tahun 2007.[5][6] Beliau merupakan pengasas sebuah firma guaman iaitu Amir Khusyairi & Associates (AKA) yang mempunyai dua buah pejabat di Perak dan Selangor.[4][6]

Pada malam Khamis 12 Ogos 2020, beliau diumumkan sebagai calon Parti Pejuang Tanah Air di Pilihan raya kecil Slim 2020 namun akan bertanding sebagai calon bebas kerana parti tersebut belum berdaftar.[7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Kumar, B Nantha (12 Ogos 2020). "PRK Slim: Dr M umum peguam syarie Amir Khusyairi sebagai calon". Malaysiakini.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  2. ^ a b c "Amir Khusyairi Tanusi calon parti baharu Dr M PRK Slim". Free Malaysia Today. 12 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  3. ^ a b Noor Hidayah Tanzizi; Rosman Shamsudin (12 Ogos 2020). "PRK Slim: Kumpulan Tun M namakan peguam, Amir Khusyairi sebagai calon". BH Online. Gambar oleh Sharul Hafiz Zam. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  4. ^ a b "About Us". law-aka.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  5. ^ "Peguam calon bebas wakili kumpulan penyokong Dr Mahathir". Bernama. 12 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  6. ^ a b Sayed Hesham Idris (12 Ogos 2020). "Parti Dr. M umum peguam, Amir Khusyairi tanding Bebas PRK Slim". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  7. ^ Ridauddin Daud (12 Ogos 2020). "Tun M umum nama parti baharu, Parti Pejuang Tanah Air". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
  8. ^ "Dr. Mahathir umum peguam, Amir Khusyairi bertanding di PRK Slim". Suara Merdeka. 13 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 14 Ogos 2020.