Labi-labi Biasa
Labi-labi Biasa (Amyda cartilaginea)[2] ialah spesies labi-labi dari keluarga Trionychidae. (Kebanyakan Trionychinae berasal dari Asia).[1]
Labi-labi Biasa | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Keluarga: | Trionychidae |
Genus: | Amyda |
Spesies: | A. cartilaginea
|
Nama binomial | |
Amyda cartilaginea (Boddaert, 1770)
| |
Sinonim[1] | |
|
Taburan
suntingAmyda Cartilaginea boleh ditemui di Bangladesh (wilayah Bandarban), Brunei, Cambodia, timur laut India, Indonesia (Jawa, Kalimantan), Laos, Malaysia(Sabah, Sarawak), Myanmar, Singapura, Thailand, danVietnam.[3]
Ciri-ciri
suntingSaiz cangkerang Amyda cartilaginea boleh mencapai sehingga 70 hingga 80cm (27.6 ke 31.5 inci) panjang.[4] Labi-labi muda mempunyai tempurung yang kasar; manakala dewasa pula lebih licin dan lembut. Beratnya boleh mencecah antara 15kg dan 25kg.[5] Ada laporan mengatakan haiwan ini boleh membesar sehingga 105kg.[5] Karapasnya berbentuk bujur; di mana karapas labi-labi dewasa biasanya berwarna zaitun ke hijau coklat. Manakala karapas labi-labi muda berwarna gelap atau coklat. Kadangkala terdapat bintik kuning, dan hitam pada cangkerangnya dan semakin pudar apabila dewasa. Plastron jantan berwarna putih, manakala betina pula berwarna kelabu.[5]
Warna kepalanya sama ada hitam atau coklat. Kadangkala terdapat bintik kuning yang membentuk jalur pada kepalanya. Warna pada bahagian belakang lehernya menjadi putih atau kelabu apabila dewasa.[4] Ciri-ciri yang membezakan labi-labi ini dengan spesies lain ialah bahagian muncung hidungnya yang panjang, di mana ia membantu labi-labi ini bernafas ketika seluruh badannya berada dalam pasir.[5] Kebolehan adaptasi, iaitu "pernafasan faringel" membolehkan pertukaran gas yang efisien, menjadikan ia boleh berada dalam air pada tempoh waktu yang lama.[4] Amyda cartilaginea juga mempunyai beberapa tuberkel pada lehernya;[4] yang berwarna kuning atau hitam. Kesemua kaki-kakinya mempunyai beberapa bintik kuning, bersaiz lebar dan rata dan bertindak sebagai pendayung. Labi-labi jantan mempunyai ekor yang tebal dan panjang berbanding betina.[4]
Rujukan
sunting- ^ a b Fritz, Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 303–305. ISSN 1864-5755. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Turtle - Black Rayed information[pautan mati kekal]
- ^ Das, Indraneil. 2006. A Photographic Guide to Snakes and Other Reptiles of Borneo. Ralph Curtis Books. Sanibel Island, Florida. 144 pp. ISBN 0-88359-061-1. (Amyda cartilaginea, p. 135.)
- ^ a b c d e Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:0
- ^ a b c d "Asiatic Softshell Turtle, Southeast Asian Softshell Turtle". Conservation Biology of Freshwater Turtles and Tortoises: A Compilation Project of the IUCN/SSC Tortoise and Freshwater Turtle Specialist Group.
- Asian Turtle Trade Working Group 2000. Amyda cartilaginea. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. Downloaded on 9 July 2007.
- Amyda cartilaginea[pautan mati kekal] in the Reptile Database
- Fritz, U., Gemel, R., Kehlmaier, C. Vamberger, M., & Praschag, P. (2014). Phylogeography of the Asian softshell turtle Amyda cartilaginea (BODDAERT, 1770): evidence for a species complex. VERTEBRATE ZOOLOGY, 64(2), 229-243. Retrieved from http://www.senckenberg.de/files/content/forschung/publikationen/vertebratezoology/vz64-2/09_vertebrate_zoology_64-2_fritz_229-243.pdf
- Auliya, M., Van Dijk, P., Moll, E., & Meylan, P. (2007). Amyda cartilaginea, 092. Retrieved from http://www.iucn-tftsg.org/amyda-cartilaginea-092/
- Ernst, C. H. (1996). Turtles of the World. Retrieved from http://wbd.etibioinformatics.nl/bis/turtles.php?selected=beschrijving&menuentry=soorten&id=210
- Jensen, Karen A. (2006) Ecology and use of Asian soft-shell turtle (Amyda cartilaginea) with notes on other species. Masters thesis, Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS
- Koch, A., Ives, I., & Evy, A. (2008, October). On the occurrence of the Asiatic Softshell Turtle, Amyda cartilaginea (Boddaert, 1770), on Sulawesi, Indonesia. https://web.archive.org/web/20160310013819/http://www.sith.itb.ac.id/profile/djoko/Koch_etal_2008_Amyda_cartilaginea.pdf
- Kaplan, M. (n.d.). Softshell Turtles. Retrieved November 6, 2016, from http://www.anapsid.org/softshell.html
- Robinson, J. E., Griffiths, R. A., John, F. A., & Roberts, D. L. (2015, January 21). Dynamics of the global trade in live reptiles: Shifting trends in production and consequences for sustainability. Biological Conservation, 184, 42-50. doi:10.1016/j.biocon.2014.12.019
- Stuart, B., & Platt, S. (2004). Recent Records of Turtles and Tortoises from Laos, Cambodia, and Vietnam. Asiatic Herpetological Research. Retrieved from http://asianturtlenetwork.org/library/reports_papers/papers/recent_records_of_turtles.pdf
- Auliya, M., Van Dijk, P., Moll, E., & Meylan, P. (2007). Amyda cartilaginea, 092. Retrieved from http://www.iucn-tftsg.org/amyda-cartilaginea-092/
Pautan luar
sunting- Data berkenaan Amyda cartilaginea di Wikispesies
- Kategori berkenaan Labi-labi Biasa di Wikimedia Commons
- Amyda cartilaginea di Reptarium.cz Reptile Database
- http://www.nre.gov.my/Parlimen/Lists/Papar_Jawapan.aspx?ID=231 Diarkibkan 2018-01-06 di Wayback Machine