Angham

Pelakon dan penyanyi wanita Mesir

Angham (lahir di Iskandariah, Mesir, 19 Januari 1972; umur 49 tahun) ialah penyanyi, penerbit rekod, serta pelakon wanita Mesir. Kemunculan buat pertama kalinya pada tahun 1987 adalah di bawah bimbingan bapanya, Mohammad Suleiman. Angham merupakan artis wanita nyanyian utama yang paling berjaya pada dekad 1980-an di Mesir.

Angham
Anghamsinger.jpg
Latar belakang
Nama lahirAngham Suleiman
Kelahiran (1972-01-19) 19 Januari 1972 (umur 49)
Mesir Iskandariah, Mesir
GenreMuzik Pop, Muzik Arab Klasik, Muzik Arab, R&B, Reggae, Rock 'n' Roll
PekerjaanPenyanyi, Penulis lirik, Ahli muzik, Penerbit lagu, Pelakon
Tahun aktif1987 – sekarang
Syarikat rakaman
Laman sesawang
www.anghaam.com

Selepas penceraiannya dengan Magdy Aref pada tahun 2000, Angham lebih menjaga imej dan gaya muziknya. Rekod Leih Sebtaha (Mengapa Kamu Meninggalkannya) memantapkan kedudukannya dalam kalangan suara baharu yang muncul secara berterusan dalam dunia muzik Timur Tengah. Selepas pergaduhannya dengan Mohsen Gaber, presiden Rekod Muzik Alam elPhan, suatu pergaduhan yang diberikan banyak publisiti oleh media massa,[1] Angham berpindah ke syarikat rekod Rotana.

Pada tahun 2005, Angham menerbitkan rekod Bahibbik Wahashteeny (Aku Cintaimu, Aku Rindu Akanmu) [2] Rekod itu disanjung oleh para pengkritik, tetapi jualannya tidak seperti yang dijangka. Selepas tiga tahun, Angham kembali ke barisan depan muzik pop Arab pada tahun 2007 dengan rekod terlarisnya, “Kolma N’arrab” (Ketika Kami Merapati). Rekod itu mencapai jualan melebihi setengah juta CD di seluruh Timur Tengah dalam tempoh yang kurang daripada tiga bulan. Atas pencapaian tersebut, Angham dianugerahkan pensijilan platinum.[3]

Angham dinamai sebagai artis pop wanita yang terlaris di Timur Tengah pada tahun 2000, 2001,Ralat petik: Tag <ref> tidak ditutup dengan </ref> dan tahun 2007.[4] Beliau terkenal kerana nada suara, kesederhanaan, gaya bermelisma, dan penggunaan daftar siulannya. Bagaimanapun, sesetengah pengkritik mengatakan bahawa usaha Angham untuk menonjolkan bakat suara melalui lagunya telah menjejaskan emosinya yang sebenar.

DiskografiSunting

Album studioSunting

  • 1987: Fil Rokn elBaeed elHady (In The Far Distant Corner)
  • 1988: Awal Gawab (First Response)
  • 1989: Lalili Lali
  • 1989: Layek (It Suits)
  • 1990: Ettafakna (We Agreed)
  • 1991: Bibasata Kida (As Simple As Like That)
  • 1992: Inta elAlam (You Are The World)
  • 1993: Ella Ana (Except Me)
  • 1995: Baollak Eih (Tell You What)
  • 1996: Akdar (I Can Make It Through)
  • 1996: Shey Daa (Something Got Lost)
  • 1997: Betheb Meen (Who Do You Love)
  • 1998: Khally Bokra li Bokra (Keep Tomorrow For The Future)
  • 1999: Wahdaniya (Lonely Woman)
  • 2001: Leih Sebtaha (Why Did You Leave Her)
  • 2003: Omry Maak (My Life With You)
  • 2005: Bahibbik Wahashteeny (I Love You, I Miss You)
  • 2007: Kolma N'arrab (Whenever We Come Closer)

Rekod singleSunting

  • Nehlam Eih (What Should We Dream Of?) ft. Thekra
  • Mahabba (Love) ft. Talal Salama
  • Le Soal (I Have A Question) ft. Abdalla Rweished
  • Maizza (Preciousness) ft. Abdalla Rweished
  • Khaleeny Maak (Keep Me With You) ft. Fahd
  • El Ard Hiya Hiya (The Land Will Stay) penghormatan kepada pembebasan Kuwait
  • Azeez We Ghali (Dear and Precious)
  • elAmaken (The Places) penghormatan kepada Mohammad Abdo
  • Ana Mnel Balad Dee (I Am From This Country) penghormatan kepada Mesir
  • Mitel elAwal (Like The First) diterbitkan dalam Internet
  • Hadeeth elSabah Wel Masaa (Talks Of the Mornings and the Nights) pengenalan episod
  • Ra' w Ein (R and N) diterbitkan untuk upacara perkahwinan Puteri Reem elWaleed
  • Ya Rab (Oh God) diterbitkan pada bulan Ramadan

Pautan luarSunting



  1. ^ Laman sesawang l7en.com
  2. ^ "Laman sesawang Egypty.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-05-22.
  3. ^ Laman sesawang Albayan
  4. ^ Laman sesawang Boswtol