Buka menu utama
Peta Kepulauan Antille

Kepulauan Antillen (Bahasa Inggeris: The Antilles; Bahasa Perancis: Antilles, Bahasa Sepanyol: Antillas, Bahasa Belanda: Antillen, Bahasa Portugis: Antilhas) merupakan sebuah kepulauan disempadani Laut Caribbean di sebelah selatan dan baratnya, Teluk Mexico di sebelah barat lautnya dan Laut Atlantik di sebelah utara dan timurnya.

Kepulauan ini dibahagikan kepada dua kumpulan kecil: Antille Besar dan Antille Kecil. Kepulauan Antille Besar termasuk pulau-pulau besar Cuba, Jamaica, Puerto Rico, Hispaniola (dibahagikan kepada Haiti dan Republik Dominica) dan Kepulauan Cayman. Kepulauan Antille Kecil pula terdapat Kepulauan Lindung Angin, Kepulauan Hadap Angin, dan Kepulauan Antille Lindung Angin di utara Venezuela. Kepulauan Lucayan (terdiri daripada Bahamas serta Kepulauan Turks dan Caicos) secara umumnya tidak dikategorikan bersama dalam kepulauan besar ini meskipun berada sebahagian daripada Hindia Barat.[1]

Secara geografinya, kepulauan Antille dianggap sebagai satu subkawasan Amerika Utara. Cuba, Republik Dominica dan Puerto Rico – dan kadangkalanya keseluruhan pulau-pulau ini – dikira mengikut konteks budaya sebagai sebahagian daripada Amerika Latin[petikan diperlukan], namun ada sesetengah sumber mengelakkan peringkasan sosioekonomi ini dengan menggunakan "Amerika Latin dan Caribbean" (Latin America and the Caribbean). Secara geologinya pula, Kepulauan Antille Besar terdiri daripada batu kerak benua, berbeza daripada Kepulauan Antille Kecil yang kebanyakannya merupakan pulau-pulau bergunung berapi atau berterumbu karang.

Negara dan kawasanSunting

Kepulauan LucayanSunting

Kepulauan Antille Besar (Greater Antilles)Sunting

Kepulauan Antille Kecil (Lesser Antilles)Sunting

Kepulauan Antille Lindung Angin (Leeward Antilles)Sunting

Kepulauan Lindung Angin (Leeward Islands)Sunting

Kepulauan Hadap Angin (Windward Islands)Sunting

Pulau-pulau lainSunting

RujukanSunting

  1. ^ Some sources, such as Encarta in Spanish, include the Bahamas in the Antilles. [1] (Sepanyol). Archived 2009-10-31.