Asmuni Awi
YB Dato' Asmuni Awi adalah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.[1]
YB Dato' Asmuni Awi DPMP (Perak) | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Manjoi | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin |
Digantikan oleh | Hafez Sabri |
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 2018–2020 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ipoh, Perak | 16 November 1962
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | PAS (sebelum 2015) |
Anak-anak | 3 |
Beliau juga adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Manjoi, Perak.[2]
YB Dato’ Haji Asmuni Awi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi DUN Manjoi dan juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Douglas, Ipoh, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Sekolah Raja Chulan, Ipoh dan seterusnya menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya.
Beliau pernah berkhidmat di Jabatan Kerajaan sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Jitra Kedah, Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman di Perak, Timbalan Pendakwaraya Badan Pencegah Rasuah di Kuala Lumpur dan Peguam Persekutuan Jabatan Hasil dalam Negeri di Kuala Lumpur.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai sebagai Peguambela & Peguamcara di Messrs Maxwell,Kenion,Cowdy & Jones serta Peguambela & Peguamcara di Messrs Awi & co.
Apabila Pakatan Harapan dapat memerintah negeri Perak pada Mei 2018, beliau telah dilantik sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak. Beliau dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama & Pendidikan Islam,Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan. Disamping itu beliau memegang jawatan Pengerusi Yayasan Perak sehingga bulan Mei 2020.
Oleh kerana mempunyai pengalaman yang banyak dalam pilihanraya, beliau telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihanraya Amanah Nasional sebagai persiapan Amanah menghadapi PRU ke 15.
Anugerah Sunting
- Perak Darul Ridzuan
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato'[3]
Rujukan Sunting
- ^ https://www.perak.gov.my/index.php/lain-lain-artikel/1060-kerajaan-negeri-perak-umum-11-portfolio-ahli-mesyuarat-kerajaan-negeri-23-mei-2018
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-04. Dicapai pada 2019-02-03.
- ^ 254 penerima darjah, pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak