Asyik (album)
Asyik merupakan album kedua penyanyi dangdut Amelina yang dikeluarkan pada 16 Oktober 1995[1] oleh syarikat Warner Music Malaysia. Ia diterbitkan secara bersama oleh Iwan dan Ruslan Mamat. Album ini berjaya terjual melebihi 200,000 unit dengan dereta hits seperti "Asyik", "Ah! Rindu Lagi", "Di Dadaku Ada Kamu" dan "Anak Dara".
Asyik | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 16 Oktober 1995 | |||
Dirakamkan pada | 1995 | |||
Genre | Dangdut | |||
Bahasa | Melayu | |||
Syarikat | Warner Music | |||
Penerbit | Ruslan Mamat Iwan|Iwan Nasser Abu Kasim (Eksekutif) | |||
Kronologi Amelina | ||||
| ||||
Single daripada Asyik | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Maklumat album sunting
Lagu "Ah! Rindu Lagi" berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-11 dalam kategori Irama Malaysia. Selain itu Amelina berjaya menjadi satu-satunya penyanyi dangdut yang berjaya dicalonkan sebagai Penyanyi Wanita Popular oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Album yang dirakamkan sepenuhnya di Bandung, Indonesia ini berjaya memenangi trofi Anugerah Industri Muzik ke-3 untuk kategori Album Pop Etnik Terbaik.
Senarai runut sunting
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Asyik" | Fitri | Fitri | 4:48 | |
2. | "Hati Yang Luka" | Toyak | Toyak | 3:55 | |
3. | "Di Dadaku Ada Kamu" | Toyak | Toyak | 3:44 | |
4. | "Sakit Hati" | Deddy Kochan | Deddy Kochan | 5:50 | |
5. | "Anak Dara" | Toyak | Toyak | 4:20 | |
6. | "Aku Jatuh Cinta" | Darwis | Darwis | 4:44 | |
7. | "Cerita Asmara" | Deddy Kochan | Deddy Kochan | 4:50 | |
8. | "Ingin Jumpa Lagi" | Sukma AMF | Sukma AMF | 4:35 | |
9. | "Aku Atau Dia" | Toyak | Toyak | 3:52 | |
10. | "Ah! Rindu Lagi" | Nabila | Arab | 4:50 | |