Azawakh

baka anjing dari Afrika Barat

Azawakh[a] ialah satu baka anjing dari Afrika Barat. Dengan asal usul purba, ia dipelihara di serata zon Sahel di Mali, di Niger, dan di Burkina Faso. Rantau ini termasuk Lembah Azawagh yang sempenanya baka ini dinamai. Walaupun pada umumnya dikaitkan dengan orang nomad Tuareg, ia juga dibiakbakakan dan dimiliki oleh kumpulan etnik seperti orang Peulh, orang Bella, dan orang Hausa. Azawakh lebih berkaitan dengan sloughi berbanding dengan saluki.[1][sumber tak boleh dipercayai?]

Azawakh
imej seekor anjing langsing yang sama-samar seperti grehaun Inggeris. Tungkai hadapan putih, selebih tubuh perang muda, bulu sangat pendek, sangkar rusuk jelas dengan sesetengah rusuk yang terlihat, ekor tipis ke atas dan melengkung ke dalam bulatan dengan hujung putih, telinga berbentuk segi tiga yang layu ke bawah dekat dengan kepala
Azawakh betina
Nama lainIdi
Hanshee
Oska
Rawondu
Bareeru
Wulo
(dahulu) sloughi Tuareg
Negara asalMali, Niger, Burkina Faso
Trait
Berat Jantan 20–25 kg (44–55 lb)
Betina 15–20 kg (33–44 lb)
Tinggi Jantan 64–74 cm (25–29 in)
Betina 60–70 cm (24–28 in)
Bulu Pendek, halus
Warna Perang kekuning-kuningan
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

 
Seekor azawakh jantan

Penampilan sunting

Ia langsing dan anggun dengan struktur tulang dan otot yang kelihatan melalui kulit nipis. Matanya berbentuk badam.

Lapis bulunya sangat pendek dan hampir tiada pada perut. Struktur tulangnya kelihatan sejelasnya melalui kulit dan perototan. Ototnya "kering", yang bermakna bahawa ototnya agak rata, tidak seperti grehaun Inggeris dan whippet. Dalam hal ini, ia serupa dari segi jenis dengan saluki.

Warna sunting

Warna yang diizinkan oleh piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) ialah pasir jernih hingga perang kekuning-kuningan/perang gelap, merah dan brindle (dengan topeng gelap atau tanpa topeng gelap), dengan lapik dada putih, hujung ekor, dan putih pada semua kaki (daripada hujung jari kaki hingga stoking tinggi). Sejak tahun 2015, stoking putih yang memanjang ke atas paras sendi siku dianggap sebagai ciri penyingkiran di negara-negara anggota FCI, sama seperti kolar putih atau kolar separuh (bertanda Ireland).

Sesetengah ahli pemuliharaan menyokong idea bahawa di Afrika, azawakh masih terdapat dengan pelbagai warna seperti merah, perang kekuning-kuningan biru (iaitu, dengan warna ungu lembut), grizzle, dan, jarang-jarang, biru dan hitam dengan pelbagai tanda putih termasuk bertanda Ireland (kolar putih) dan berwarna-warni (kebanyakannya putih).[2] Oleh sebab variasi warna meluas ini dalam populasi asli, piawaian Amerika yang digunakan oleh AKC dan UKC mengizinkan sebarang gabungan warna yang terdapat di Afrika.

Pergerakan sunting

 
Azawakh bergerak
 
Azawakh bergerak

Gaya jalan ringan, lentur, dan lemah lembut azawakh ialah ciri ketara baka, begitu juga dengan derapan gantungan ganda menegak.

Kesihatan sunting

Azawakh ialah anjing pemburu coursing dengan kesihatan sangat baik. Terdapat sedikit kejadian epilepsi idiopati permulaan dewasa pada baka ini. Penyakit Wobbler, atau ketidakstabilan vertebra serviks, jarang berlaku.

Pembiakan sunting

Kelahiran anak anjing sihat tanpa bantuan adalah normal. Saiz perinduk biasanya antara empat dengan enam ekor anak anjing, tetapi terdapat juga perinduk sekecil seekor dan sebesar sepuluh ekor.

Perangai sunting

Baka ini, yang dibiakbakakan oleh orang Tuareg, orang Fula, dan pelbagai kaum nomad lain di Sahara dan Sahel sub-Sahara di Mali, di Niger, di Burkina Faso, dan di Algeria selatan, dikenali oleh orang Tuareg sebagai oska, digunakan di sana sebagai anjing pengawal dan untuk memburu gazel dan kelinci pada kelajuan sehingga 65 km/j (40 mph). Kecekinan persekitaran Sahel telah memastikan bahawa hanya anjing paling cergas mandiri dan telah menyerlahkan kekasapan dan sifat berdikari baka ini. Tidak seperti sesetengah anjing pemburu penglihatan lain, azawakh lebih seperti pemburu kawanan dan ia menumbangkan buruan dengan sukuan belakang apabila buruan telah dipenatkan. Sebagai anjing pengawal, jika azawakh merasakan bahaya, ia menyalak untuk memaklumkan anggota lain dalam kawanan dan ia berkumpul bersama-sama sebagai satu kawanan di bawah pimpinan anjing alfa, kemudian mengusir atau menyerang pemangsa itu.

Tidak seperti anjing pemburu penglihatan lain, fungsi utama azawakh di tanah airnya ialah fungsi anjing pengawal.[3] Ia menjalin ikatan kuat dengan pemiliknya dan cenderung untuk menyendiri terhadap orang asing.

Azawakh mempunyai paras tenaga tinggi dan daya ketahanan luar biasa. Ia merupakan pendamping pelatihan cemerlang untuk pelari. Banyak azawakh tidak menyukai hujan dan cuaca sejuk.

Azawakh berorientasikan kawanan dan membentuk tatatingkat sosial kompleks. Ia mempunyai ingatan luar biasa dan dapat mengenali satu sama lain selepas tempoh perpisahan panjang. Ia kerap boleh didapati tidur di atas satu sama lain untuk kehangatan dan pendampingan.[4]

Sejarah baka sunting

 
Azawakh sesama orang Tuareg

Baka ini agak jarang di Eropah dan di Amerika Utara tetapi terdapat kumpulan penganut semakin membesar. Azawakh boleh didaftarkan dengan FCI di Amerika Syarikat melalui Federación Canófila de Puerto Rico (FCPR).[5] Kelab-kelab Eropah FCI dan AKC mengiktiraf FCPR sebagai pejabat pendaftaran yang boleh diterima. AKC mengiktiraf azawakh sebagai anggota Kumpulan Hound pada tahun 2019.[6] American Azawakh Association (AAA)[7] ialah kelab induk AKC untuk azawakh. Azawakh boleh berdaftar dengan UKC dan ARBA. Baka ini belum didaftarkan oleh CKC. Azawakh layak untuk lure coursing ASFA dan AKC dan acara coursing padang terbuka NOFCA.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: ازاوخ

Rujukan sunting

  1. ^ Crapon de Caprona, Dr. Dominique; Fritzsch, Dr. Bernd. "Sloughi, Saluki, Saluqi… Genetic Data Help Separate Semantics From Evidence". Dogs in Review (dalam bahasa Inggeris). Sloughi Fanciers Association. Dicapai pada 25 Januari 2024.
  2. ^ Colour, Pattern and Marking Varieties of the Azawakh in the Regions of Origin (Inggeris), 2005, Dr. Gabriel Meissen.
  3. ^ Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 139. ISBN 978-0-470-00921-5.
  4. ^ Tombouktous-azawakhs.de (Jerman)
  5. ^ Federación Canófila de Puerto Rico (Sepanyol) Diarkibkan 21 September 2008 di Wayback Machine
  6. ^ "Azawakh - Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  7. ^ American Azawakh Association (Inggeris) Diarkibkan 2 Februari 2007 di Wayback Machine

Pautan luar sunting