Sloughi

baka anjing dari Afrika Utara

Sloughi,[a][1] atau grehaun Arab,[b] ialah satu baka anjing bela jinak purba yang khususnya merupakan anggota keluarga anjing pemburu penglihatan. Ia berasal dari Afrika Utara dan terdapat di Algeria, di Tunisia, di Maghribi, dan di Libya.[2][3][4][5]

Sloughi
Nama lainUskay (oska)
Grehaun Barbar
Grehaun Arab
Sloughi Mughrabi
Negara asalAfrika Utara
Trait
Berat Jantan 22–28 kg (49–62 lb)
Betina 18–24 kg (40–53 lb)
Tinggi Jantan 66–72 cm (26–28 in)
Betina 61–68 cm (24–27 in)
Jangka hayat purata 12–15 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

 
Grehaun Arab sekitar 1915

Sloughi telah wujud selama berabad-abad di Afrika Utara, terutamanya di Algeria, di Maghribi, di Tunisia, di Libya, dan di Mesir.[6] Perkataan sloughi berkemungkinan merupakan sebutan bahasa Barbar bagi saluki bahasa Arab, iaitu anjing pemburu penglihatan Arab yang kelihatan dan berkelakuan serupa; kedua-dua baka berkemungkinan mengongsi leluhur bersama.[6] Lukisan batu Neolitik Algeria, ditambah dengan lukisan makam dan hieroglif di Mesir, telah ditemukan sejelasnya menggambarkan anjing langsing dengan telinga terkelepai, membayangkan asal usul lebih awal baka ini.[6] Sloughi masih digunakan untuk perburuan di negara-negara Afrika Utara, serta menjadi anjing penjaga yang boleh dipercayai untuk keluarga. Sloughi diterima ke dalam FCI pada tahun 1998 dan menerima pengiktirafan oleh American Kennel Club selewat 1 Januari 2016 serta dapat bertanding dalam Kumpulan Hound AKC.[7][4][5]

Penampilan sunting

Walaupun serupa, sloughi tidak patut dikelirukan dengan saluki berlapis bulu lebih licin, mahupun dikelirukan dengan anjing pemburu Afghan berlapis bulu panjang. Sloughi ialah anjing pemburu penglihatan aktif bersaiz sederhana dan berbulu pendek (berlapis bulu licin) yang dikembangkan oleh orang Barbar di Afrika Utara (di kawasan termasuk Algeria, Maghribi, Tunisia, dan Libya) untuk memburu buruan seperti kelinci, rubah, jakal, gazel, antelop, grouse pasir, dan haiwan lebih kecil hingga sederhana lain.[7][8] Ia merupakan baka purba yang dihargai di Afrika Utara kerana kemahiran perburuan, kelajuan, ketangkasan, dan daya ketahanannya di sepanjang jarak jauh. Ia merupakan anjing pemburu penglihatan teguh, namun anggun dan racy dengan anggota, belakang, dan ekor berperkadaran sekata. Walaupun begitu, sloughi tidak dibiakbakakan untuk menjadi anjing rapuh. Sikap keseluruhannya adalah mulia dan agak menyendiri, tetapi dengan kesan kelas agung; ekspresi mata gelapnya adalah lemah lembut dan melankolik.[7][9] Di kawasan yang masih menyaksikan penggunaannya sebagai anjing pemburu penglihatan, penampilannya mdapat berbeza-beza dari rantau ke rantau berdasarkan ternakan pembiakbakaan dan keadaan persekitaran.[6]

Kepala sloughi panjang dan anggun dengan telinga terkelepai. Tubuh dan tungkai menunjukkan struktur bertulang jelas dan otot kuat dan langsing. Struktur rangkanya tegap. Garis atasnya pada asasnya mendatar lalu bersepadu ke arah krup bertulang dan mencondong dengan lancar. Ekornya panjang dan terangkat rendah-rendah dengan lengkung ke atas di hujungnya.[10][11]

Perangai sunting

Sloughi ialah baka pemburu primitif yang menjalin ikatan sangat rapat dengan pemilik atau keluarganya sejak usia muda. Ia tidak bermungkinan terlebih malu atau agresif. Sloughi yang dibiakbakakan dengan baik dan tersosialisasi dengan baik ialah anggota keluarga stabil, penuh perhatian, dan terlebih penyayang.[12][6]

Piawaian American Sloughi Association menyatakan bahawa, "Sloughi ialah anjing yang mempunyai kelas dan keanggunan. Sikapnya mulia dan agak menyendiri."[12]

Oleh sebab asal usulnya sebagai pemburu dan penjaga bagi kaum nomad Sahara dan orang Badwi, sloughi menyendiri terhadap orang asing dan mengambil sedikit masa untuk bermesra dengan sahabat baharu. Sloughi juga mengharapkan pembatasan diri daripada orang dijumpai dan mungkin tidak menghargai mereka yang terlalu biasa. Sloughi juga terkenal kerana naluri primitifnya, kerana tidak seperti baka anjing pemburu penglihatan lain, ia sangat berwaspada dan bersifat teritorial yang menjadikannya dihargai oleh orang Barbar, bukan sahaja sebagai pemburu, tetapi sebagai anjing penjaga yang tidak takut.[12][13]

Sloughi yang tersosialisasi dengan tidak betul dapat menjadi pemalu dan atau agresif terhadap anjing lain dan pembiak baka perlu mempertimbangkan perangai dalam keputusan pembiakbakaan mereka dan anak anjing perlu menerima sosialisasi sesuai sejak usia muda supaya anak anjing matang menjadi dewasa yang tersesuai dengan baik. Sosialisasinya mesti termasuk bukan sahaja orang baharu, tetapi juga situasi baharu, persekitaran, dan anjing lain.[12]

Sloughi yang terbiasa dengan kanak-kanak adalah sangat baik dengan kanak-kanak. Seperti semua baka, kanak-kanak perlu diajar untuk menghormati anjing dan tidak menganiayanya.

Ia memerlukan senaman harian cukup untuk memenuhi keperluan fizikal, emosi, dan mentalnya. Ini bukan baka yang sangat sesuai untuk kehidupan pangsapuri tanpa rejimen senaman harian terancang termasuk derapan bebas.

Sloughi telah dibiakbakakan selama beribu-ribu tahun untuk meng-course dan, sebagai hasil, mempunyai dorongan pemangsa sangat tinggi. Ia dapat menjadi hebat dengan kucing, anjing kecil, dan haiwan lain jika ia diperkenalkan pada usia awal dan belajar bahawa haiwan peliharaan lain ini bukan mangsa.

Perwatakan sloughi juga lembut dan cerdas dan ia sensitif terhadap pembetulan. Ia mesti dilatih dengan kaedah yang juga cerdas dan sensitif. Kaedah pelatihan tangan tegas atau melibatkan tubuh tidak berkesan untuk mana-mana baka, tetapi ia amat memudaratkan terhadap perwatakan anjing pemburu penglihatan.[12]

Kesihatan sunting

Hanya sedikit keadaan genetik telah disahkan pada baka ini. Ini termasuk gangguan autoimun tertentu, seperti penyakit Addison dan sindrom usus rengsa dan atrofi retina progresif. Sloughi ialah salah satu baka yang ujian genetik untuk atrofi retina progresif untuknya telah dibangunkan dengan ujian darah ringkas. Seperti semua anjing pemburu penglihatan, sloughi sangat peka terhadap anestesia dan dapat menjadi peka terhadap vaksin, ubat cacing, dan ubat-ubatan lain—jadi, rawatan rutin ini patut dijarakkan antara satu sama lain dan bukannya diberikan sekaligus. Baka ini cenderung untuk menikmati kesihatan cemerlang sehingga usia tua.[14]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سلوݢي, Sebutan bahasa Melayu: [slugi]; Arab: سلوقي, rumi: salūqiyy; bahasa Inggeris: sloughi, /ˈslɡi/
  2. ^ Jawi: ݢريهاءون عرب; bahasa Inggeris: Arabian greyhound

Rujukan sunting

  1. ^ "Sloughi". Encarta (dalam bahasa Inggeris). Microsoft Corporation. 1997–2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2009. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ Gibeault, Stephanie (29 Disember 2016). "The Sloughi is a Cherished Dog of North Africa – American Kennel Club". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ Fernandez, Amy (2 Januari 2009). "The Sloughi – An Ancient Hound Whose DNA Predates Christ". Canine Chronicle (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ a b "Standard FCI N°188 SLOUGHI" [Piawaian FCI No. 188 Sloughi] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 8 Januari 1998. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  5. ^ a b "FCI-Standard N° 188 SLOUGHI" [Piawaian FCI No. 188 Sloughi] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Moreau-Sipiere dan Raymond Triquet. Dikemaskinikan oleh Dr. Paschoud. 27 April 1998. Dicapai pada 24 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  6. ^ a b c d e Bamford, Susan (1 Disember 2011). "The Sloughi - Slougui - Arabian Greyhound" (PDF). Primitive and Aboriginal Dog Society (dalam bahasa Inggeris). 28: 4–23.
  7. ^ a b c "Sloughi Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  8. ^ "Ocerico Sloughis – Top Winning AKC Sloughis" (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ "ShowSight Presents The Sloughi". www.showsightonline.com (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ http://cdn.akc.org/Sloughi.pdf?_ga=1.74360786.1380922360.1452568928[PDF URL kosong]
  11. ^ Haddam H.Y. et al. Morphological characterization of an Algerian Sighthound known as The Sloughi raised in the Wilaya of Tlemcen, Northwest of Algeria (Inggeris). Genetics and Biodiversity Journal 74–86 Jil. 5 (1) 2021 [1]
  12. ^ a b c d e "Temperament" (dalam bahasa Inggeris). 3 Julai 2017.
  13. ^ Cosgrove, Nicole (28 Mac 2018). "Sloughi | Breed Info: Pictures, Characteristics, Facts, Traits". Hepper (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  14. ^ http://cdn.akc.org/Marketplace/Health-Statement/Sloughi.pdf[PDF URL kosong]

Pautan luar sunting