Azmi Rohani
Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi bin Rohani (Jawi : عزمي بن روحاني lahir 16 April 1966) merupakan Setiausaha Kerajaan Johor yang ke-24[1] bermula pada 1 Januari 2017[2]. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah PIJ Holdings Sdn. Bhd., syarikat milik penuh Kerajaan Johor
Azmi Rohani | |
---|---|
![]() | |
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke-24 | |
Memegang jawatan 1 Januari 2017 | |
Sultan | |
Menteri Besar | |
Didahului oleh |
|
Butiran peribadi | |
Lahir | Segamat, Johor | 16 April 1966
Kerakyatan | Malaysia |
Pasangan | Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latiff |
Anak-anak | 4 orang |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia |
Laman web rasmi | Tapak web rasmi |
Pendidikan Sunting
Tan Sri Dato' Dr. Azmi bin Rohani dilahirkan di Segamat, Johor pada 1966. Pada tahun 1969, Keluarganya berpindah ke FELDA Sungai Sayong, Kulai, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Sayong (INTEC) dan seterusnya Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Johor. Selepas menamatkan pendidikan Tingkatan 6 di Sekolah Melayu Ghaffar Baba, beliau menyambung pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Pengurusan & Ekonomi) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pembangunan Manusia di Universiti Teknologi Malaysia, Johor[3]. Pada 21 Mei 2022, beliau berjaya menamatkan pengajian dengan Graduate On Time dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) Universiti Teknologi Malaysia.
Kerjaya Sunting
- 1992 - Penolong Pegawai Daerah Muar
- 1995 - Penolong Pentadbir Tanah Kluang
- 1997 - Pegawai Tadbir Jabatan Pengairan & Saliran Johor
- 2004 - Penolong Pengarah Pejabat Tanah & Galian Johor
- 2006 - Pengarah Lanskap Negeri Johor
- 2007 - Ketua Penolong Pengarah Pejabat Tanah & Galian Johor
- 2008 - Pentadbir Tanah Kota Tinggi
- 2011 - Timbalan Pengarah II Pejabat Tanah & Galian
- 2012 - Timbalan Pengarah I Pejabat Tanah * Galian
- 2014 - Pengarah Pejabat Tanah & Galian
- 2017 - Setiausaha Kerajaan Johor
- 2017 - Ahli Lembaga Pengarah PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Keluarga Sunting
Mendirikan rumahtangga bersama Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr. Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif dan dikurniakan 4 orang anak[4]
Darjah kebesaran dan pingat Sunting
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat II, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) Tan Sri - 6 Jun 2022
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat II, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) Tan Sri - 5 Jun 2023
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) Dato' - 22 November 2018
- Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (D.M.I.J) Dato' - 23 Mac 2017
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga, Setia Mahkota Johor (S.M.J) - 22 November 2013
- Pingat Ibrahim Sultan Johor, Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (P.I.S II) - 8 April 2008