Beat Down: Fists of Vengeance

Beat Down: Fists of Vengeance (bahasa Melayu: Beat Down: Tinjuan Penuh Dendam/بيات دونح:فيستس اوف فى عانچى) dikenali di Jepun hanya sebagai Beat Down (Jepun: ビートダウン, Hepburn: Bīto Daun), ialah permainan video pertarungan, merayau bebas dan beat 'em up bagi platform PlayStation 2 dan Xbox . Ia dibangunkan oleh Cavia dan diterbitkan oleh Capcom, dan terbit pada tahun 2005. Di dalam permainan ini, pemain boleh mengambil salah satu peranan daripada 5 watak samseng. Kelima-lima mereka telah dikhianati oleh ketua mafia dan mengembara ke seluruh bandar. Pemain mendapat markah penghormatan di jalanan apabila melawan musuh bagi menumbangkan organisasi penjenayah yang menguasai bandaraya Los Sombras. Pemain juga bebas memilih mana-mana watak di dalam permainan bagi menyertai anggota pasukan dan boleh merayau sepanjang cerita permainan kecuali ketika memulakan misi-misi terakhir.

Beat Down: Fists of Vengeance
Fail:Beat Down.jpg
PembangunCavia
PenerbitCapcom
PengarahYasuhiro Seto
Nobuhiko Ikeuchi
PengeluarHironobu Takeshita
Makoto Oshitani
EnjinRenderWare
PlatformPlayStation 2
Xbox
Pelepasan
  • NA: 23 Ogos, 2005
  • EU: 30 September, 2005
  • JP: 2 November, 2005 (PS2)
  • JP: 3 November, 2005 (Xbox)
GenrePermainan video pertarungan
Merayau bebas
Beat 'em up
ModPemain tunggal

Pembangunan sunting

Beat Down: Fists of Vengeance dibangunkan oleh syarikat permainan video Jepun bernama Cavia. Merujuk kepada penerbit eksekutif, Tatsuya Minami, permainan ini dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat. Pada mulanya permainan ini hendak diterbitkan sebagai tajuk khas platform PS2, tetapi Cavia berubah fikiran dan mempunyai rancangan bagi menerbitkan permainan ke dalam platform-platform lain.[1] Minami memilih Xbox dengan alasan bahawa platform itu memiliki penjualan yang bagus di Amerika Utara.

Sebagai syarikat Jepun yang belum pernah mempunyai pengalaman membuat permainan video di luar negaranya, Minami sempat merasa kesulitan saat Beat Down dalam tingkatan pembangunan. Saat ditanya dalam sebuah wawancara, apakah ada salah satu daripada filem jenayah atau polis Amerika Syarikat yang menjadi inspirasi langsung, beliau menjawab: "sampai saat ini aku belum boleh pastikan mana-mana tajuk filem yang menginspirasi kami, tetapi kami dapat pastikan kakitangan yang seluruhnya orang Jepun ini telah mempelajari keadaan slum di kawasan perbandaran Amerika Utara".[1]

Gaya Permainan sunting

Beat Down: Fists of Vengeance menawarkan pelbagai cara dalam menewaskan musuh ketika telah memasuki moda duel atau pertarungan. Penggunaan seni bela diri, senjata tumpul dan tajam, dan menuju akhir cerita pemain boleh mendapatkan senjata api seperti pistol dan penembak patah. Beberapa gerakan kombinasi (disebut di dalam permainan sebagai "combos") dapat dipelajari dari bersemuka dengan NPC (watak kameo), mereka akan mengajari pemain combos tersebut dengan wang atau menamatkan suatu tugas.

Saat bermain, pemain boleh membeli baju atau pergi doktor ahli bedah plastik untuk bersembunyi dari kejaran samseng atau pegawai polis. Terdapat sebuah sistem peringkat berdasarkan daripada tiga atribut: Cash Flow (merangkumi item), Leadership (saiz samseng anda dan rasa hormat daripada NPC) dab Charisma (kemampuan runding). Ketiga atribut ini akan mempengaruhi ending apa yang didapat pada akhir cerita.

NPC ialah bahagian terpenting dalam permainan sederum mempengaruhi ending yang boleh didapat dalam akhir cerita, selain bertarung pemain dapat berunding dengan NPC. Bagi NPC yang boleh dipanggil untuk menyertai jenayah samseng, ada lima pilihan berundingan dan hasilnya sepadan keadaan. Apabila di dalam pertarungan, penentang harus dilemahkan dan dibuat ketakutan sebelum dipaksa berunding. Perkara ini boleh dicapai dengan senjata atau cemoohan.

  • Recruit (Memanggil): rundingan ini boleh dipakai saat bercakap biasa atau mencabarnya untuk bertarung. Apabila berhasil maka orang itu ialah bahagian daripada kelasi samseng anda.
  • Rob (Merampas): di luar daripada pertarungan, pilihan ini membuat pemain menipu NPC untuk mencuri wangnya. Dalam permainan ini, terkadang pemain boleh ditipu oleh penjual dari pasaran gelap di sekitar Los Sombras.
  • Interrogate (Mengugut): pilihan ini membuat NPC membuka mulutnya dan pemain mendapat pelbagai informasi seperti kedai tempatan, tugas atau trik gaya permainan bergantung NPC mana yang ditanyai.
  • BeatDown (Menumbuk sampai mati): pilihan ini hanya ada ketika bertarung NPC melawan NPC yang tidak ada kaitannya dengan plot. Saat penentang sudah lemah, maka protagonis akan terus menumbuk kepala lawan sampai mati. Apabila melakukan perbuatan ini, pemain akan diburu oleh polisi sampai melakukan penyamaran atau pembedahan plastik.
  • Cancel (Menyudahi): pilihan akan membatalkan rundingan, termasuk apabila dicabar oleh NPC yang memusuhi protagonis, menyudahi dapat meredakan keadaan sampai beberapa masa.

Permainan ini mempunyai tiga moda utama:

  • Story Mode - moda paling utama dalam permainan, terpisah ke dalam beberapa bab. Untuk membuka pilihan atau watak yang dikunci haruslah menamatkan moda ini dahulu.
  • Vs Mode Normal - moda ini boleh dimainkan dengan memula fail save kemudian memainkan watak yang tidak dikunci. Pemain dapat memainkan sampai tiga petarung dalam satu regu dengan menentang komputer atau pemain lain.
  • Vs Mode Custom - sama seperti moda sebelumnya, tetapi watak dalam moda ini telah diubah suai dengan pilihan pemain. Senjata, item dan kemampuan kustom boleh didapatkan dari moda story.

Bon sunting

Penerimaan
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
PS2Xbox
Edge4/10[2]4/10[2]
Electronic Gaming Monthly4.33/10[3]4.33/10[3]
Eurogamer2/10[4]N/A
Famitsu30/40[5]30/40[6]
Game Informer5/10[7]5/10[7]
GamePro     [8]     [8]
Game RevolutionD−[9]D−[9]
GameSpot5.2/10[10]5.2/10[10]
GameSpy     [11]N/A
GameZone4.1/10[12]5/10[13]
IGN4.6/10[14]4.6/10[14]
Official PlayStation Magazine (US)     [15]N/A
Official Xbox MagazineN/A6.5/10[16]
Detroit Free Press    [17]N/A
The Times     [18]     [18]
Markah agregat
Metacritic48/100[19]51/100[20]

Versi Xbox permainan mendapat penilaian yang "bercampur", manakala untuk PlayStation 2 penilaiannya ialah "bercampur atau markah rerata", merujuk kepada laman syarikat kritik Metacritic.[19][20] Meski mendapat markah yang agak negatif di Amerika Utara, Famitsu sebagai salah satu syarikat kritik memberikan ia markah 30/40.[5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Onyett, Charles (May 20, 2005). "E3 2005: Tatsuya Minami Interview". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2022. Dicapai pada April 17, 2022.
  2. ^ a b Edge staff (October 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance". Edge. No. 154. Future plc. m/s. 90.
  3. ^ a b EGM staff (October 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance". Electronic Gaming Monthly. No. 196. Ziff Davis.
  4. ^ Coxall, Martin (October 13, 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance (PS2)". Eurogamer. Gamer Network. Dicapai pada May 8, 2016.
  5. ^ a b "ビートダウン [PS2]". Famitsu (dalam bahasa Japanese). Enterbrain. Dicapai pada December 18, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b "ビートダウン [Xbox]". Famitsu (dalam bahasa Japanese). Enterbrain. Dicapai pada December 18, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ a b Zoss, Jeremy (September 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance". Game Informer. No. 149. GameStop. m/s. 100. Diarkibkan daripada yang asal pada June 14, 2006. Dicapai pada May 8, 2016.
  8. ^ a b Funky Zealot (August 22, 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance". GamePro. IDG Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2005. Dicapai pada May 9, 2016.
  9. ^ a b Hurh, JP (September 7, 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance Review". Game Revolution. CraveOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2014. Dicapai pada December 18, 2018.
  10. ^ a b Colayco, Bob (August 25, 2005). "Beatdown: Fists of Vengeance Review". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada May 8, 2016.
  11. ^ Fischer, Russ (August 30, 2005). "GameSpy: Beat Down: Fists of Vengeance (PS2)". GameSpy. IGN Entertainment. Dicapai pada May 8, 2016.
  12. ^ Knutson, Michael (September 5, 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance - PS2 - Review". GameZone. Diarkibkan daripada yang asal pada February 10, 2008. Dicapai pada May 9, 2016.
  13. ^ Valentino, Nick (September 6, 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance - XB - Review". GameZone. Diarkibkan daripada yang asal pada February 29, 2008. Dicapai pada May 9, 2016.
  14. ^ a b Onyett, Charles (August 23, 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance". IGN. Ziff Davis. Dicapai pada May 8, 2016.
  15. ^ "Beat Down: Fists of Vengeance". Official U.S. PlayStation Magazine. Ziff Davis. October 2005. m/s. 107.
  16. ^ "Beat Down: Fists of Vengeance". Official Xbox Magazine. Future US. October 2005. m/s. 108.
  17. ^ "RECENT RELEASES". Detroit Free Press. October 2, 2005.
  18. ^ a b Kendall, Nigel (October 1, 2005). "Beat Down: Fists of Vengeance". The Times. Dicapai pada December 18, 2018.(langganan diperlukan)
  19. ^ a b "Beat Down: Fists of Vengeance for PlayStation 2 Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada May 8, 2016.
  20. ^ a b "Beat Down for Xbox Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada May 8, 2016.

Pautan luar sunting