"Carilah Aku" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh pelakon dan penyanyi wanita Malaysia, Wafariena Roslan.[1][2] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Johari Teh dengan lirik ditulis oleh Aryan dan dikeluarkan pada 22 November 2019 oleh Media Asia Production (MAP Music).[3][4]

"Carilah Aku"
Single oleh Wafariena Roslan
Dilancarkan pada22 November 2019
Dirakamkan pada2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenreBalada
Panjang4:30
SyarikatMedia Asia Production
PenulisJohari Teh, Aryan
PenerbitJohari Teh, Aryan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perihal sunting

"Carilah Aku" ialah sebuah lagu bergenre balada yang berdurasi selama 4 minit dan 30 saat. Ia mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah oleh jarak jauh. Baginya, berjauhan dengan pasangan sangat menyakitkan. Wanita tersebut berharap dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia.[1][5]

Tidak lama selepas muzik video "Carilah Aku" dikeluarkan, ia mendapat sambutan negatif apabila muzik videonya dipenuhi dengan komen lucah. Wafariena kemudian mengatakan kritikan seperti itu tidak akan menjadi penghalang untuk dirinya dan berharap single solo pertamanya diterima peminat.[6]

Persembahan secara langsung sunting

Wafariena menyanyikan lagu "Carilah Aku" secara langsung menerusi segmen Santai Selebriti dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada 29 Disember 2019[7] dan segmen Bakat Lokal dalam rancangan Borak Kopitiam di TV3 pada 23 Mei 2020.[8]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[9]
  1. "Carilah Aku" – 4:30

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 22 November 2019 Muat turun digital[9]
Penstriman digital[10]
Media Asia Production

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Wafariena pertaruh single pertama, Carilah Aku". Utusan Borneo. 9 Disember 2019. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  2. ^ "'Carilah Aku', buah tangan pertama Wafa". Utusan Borneo. 21 Februari 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  3. ^ Kamaruddin Razal (7 Januari 2020). "Wafariena Roslan perkenalkan bakat nyanyian menerusi lagu Carilah Aku". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  4. ^ Budiey (25 November 2019). "Wafariena pertaruh single pertama berjudul Carilah Aku". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  5. ^ Deen (2 Januari 2020). "Single pertama Wafariena "Carilah Aku" mula mewarnai industri muzik Malaysia". The News Malaysia. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  6. ^ Fahmirul Aizat Basmi (1 Januari 2020). "Video muzik penuh komen lucah, Wafariena tak patah semangat - "Kritikan seperti itu tidak akan jadi penghalang untuk saya!". mStar Online. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  7. ^ "Santai Selebriti: Wafariena". Selamat Pagi Malaysia. TV1. 29 Disember 2019. Dicapai pada 10 Januari 2020.
  8. ^ "Bakat Lokal: Wafariena Roslan". Borak Kopitiam. TV3. 23 Mei 2020. Dicapai pada 10 September 2020.
  9. ^ a b "Carilah Aku - Single by Wafariena". iTunes (MY). Dicapai pada 10 Januari 2020.
  10. ^ "Carilah Aku - Single by Wafariena". Spotify. Dicapai pada 10 Januari 2020.

Pautan luar sunting