Charoen Wattanasin

Charoen Wattanasin (Bahasa Thai: เจริญ วรรธนะสิน; lahir: 1937) ialah bekas pemain badminton Thailand yang berjaya dalam beberapa kejohanan antarabangsa pada akhir 1950-an dan awal 1960-an.

Charoen Wattanasin
Charoen Wattanasin pada sebuah perlawanan badminton tahun 1962
Maklumat peribadi
NegaraSiam
Lahir (1937-04-04) 4 April 1937 (umur 87)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Thailand
Piala Thomas
Pingat perak – tempat kedua Jakarta 1961 Beregu lelaki
Sukan Asia
Pingat emas – tempat pertama Bangkok 1966 Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua Jakarta 1962 Beregu lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Bangkok 1966 Beregu lelaki
Sukan SEAP
Pingat emas – tempat pertama Bangkok 1959 Beregu lelaki
Pingat perak – tempat kedua Bangkok 1959 Perseorangan lelaki

Kerjaya sunting

Charoen ialah salah satu pemain badminton Thailand paling berjaya pada dekad 50an dan 60an. Dari tahun 1958 sehingga 1962, beliau memenangi gelaran terbuka perseorangan lelaki dari Malaya, Ireland, Scotland, Norway, dan Perancis.[1] Pada gelaran beregu lelaki Charoen memenanginya di Malaya, Scotland, Belanda, dan Amerika Syarikat.[2] Dalam Kejohanan Terbuka Seluruh England 1960 dan 1962, beliau mara ke pentas akhir perseorangan lelaki tetapi tewas di tangan pemain badminton fenomenal Denmark semasa itu yang bernama Erland Kops.[3] Charoen berkhidmat untuk Thailand dalam perlawanan Piala Thomas (kejohanan antarabangsa khas bagi beregu lelaki) semasa kempen 1957-1958 dan 1963-1964.[4]

Selepas masa persaraannya sebagai pemain badminton, beliau ditunjuk sebagai dewan eksekutif Badminton Asia pada tahun 1971-1978, pensyarah tamu kepujian pemasaran Universiti Chulalongkorn pada 1987 dan naib presiden BWF (1991-1995). Beliau mendapat jawatan sebagai naib presiden Dewan Olimpik Thailand sejak 2003 dan anugerah naib presiden BWF seumur hidup pada 2005.

Kehidupan peribadi sunting

Charoen ialah ayah kepada dua penyanyi terkenal Thailand yaitu Jirayut Wattanasin and Jetrin Wattanasin. Ayah kepada tiga anak, beliau memiliki seorang puteri bernama Jittima Wattanasin yang bekerja sebagai model selama 18 tahun lamanya.

Charoen ialah alumni kepada The City of Liverpool College dengan mengambil kepujian bisnis administrasi.

Pencapaian sunting

Sukan Asia sunting

Beregu Lelaki

Tahun Tempat Pasangan Penentang Mata Hasil
1966 Kittikachorn Stadium, Bangkok, Thailand   Tuly Ulao   Ang Tjin Siang
  Tjoa Tjong Boan
15–11, 7–15, 10–15   Gangsa

Sukan SEAP sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Penentang Mata Hasil
1959 Bangkok, Thailand   Thanoo Khadjadbhye 14–15, 13–15   Perak

Beregu lelaki

Tahun Tempat Pasangan Penentang Mata Hasil
1959 Bangkok, Thailand   Kamal Sudthivanich   Narong Bhornchima
  Raphi Kanchanaraphi
15–12, 15–14   Emas

Kejohanan antarabangsa sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Penentang Mata Hasil
1958 Terbuka Malaya   Juara
1959 Terbuka Kanada   Tan Joe Hock 4–15, 10–15   Naib juara
1959 Terbuka Amerika Syarikat   Tan Joe Hock 15–7, 5–15, 14–18   Naib juara
1959 Terbuka Malaya   Teh Kew San 15–11, 15–12   Juara
1960 Terbuka Seluruh England   Erland Kops 11–15, 15–11, 6–15   Naib juara
1960 Antarabangsa Norway   Juara
1961 Terbuka Belanda   Ferry Sonneville 8–15, 5–15   Naib juara
1961 Terbuka Scotland   Juara
1962 Terbuka Scotland   Juara
1962 Terbuka Belanda   Ferry Sonneville 7–15, 3–15   Naib juara
1962 Terbuka Ireland   Juara
1962 Terbuka Seluruh England   Erland Kops 10–15, 5–15   Naib juara
1962 Terbuka Perancis   Finn Kobberø 15–4, 18–13   Juara
1962 Terbuka Malaya   Juara

Beregu lelaki

Tahun Kejohanan Pasangan Penentang Mata Hasil
1958 Terbuka Malaya   Kamal Sudthivanich   Juara
1959 Terbuka Kanada   Thanoo Khadjadbhye   Lim Say Hup
  Teh Kew San
15–10, 13–15, 13–15   Naib juara
1960 Terbuka Kanada   Tan Joe Hock   Lim Say Hup
  Teh Kew San
8–15, 8–15   Naib juara
1960 Terbuka Amerika Syarikat   Finn Kobberø   Juara
1962 Terbuka Scotland   Jimmy Lim   Juara
1962 Terbuka Belanda   Oon Chong Teik   Oon Chong Jin
  Ole Mertz
15–12, 15–13   Juara
1962 Terbuka Perancis   Torkild Nielsen   Finn Kobberø
  Bengt Nielsen
16–18, 15–1, 4–15   Naib juara
1969 Terbuka Kanada   Tan Joe Hock   Tony Jordan
  Robert McCoig
7–15, 6–15   Naib juara

Beregu campuran

Tahun Kejohanan Pasangan Penentang Mata Hasil
1962 Terbuka Belanda   Els Robbé   Oon Chong Teik
  Ulla Rasmussen
10–15, 5–15   Naib juara
1962 Terbuka Perancis   Veronica Brock   Finn Kobberø
  Tan Gaik Bee
3–15, 2–15   Naib juara

Kejohanan panggilan sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Penentang Mata Hasil
1959 Kejohanan Panggilan Dunia   Teh Kew San 15–1, 15–7   Emas

Rujukan sunting

  1. ^ Herbert Scheele ed., The International Badminton Federation Handbook for 1971 (Canterbury, Kent, England: J. A. Jennings Ltd., 1971) 174, 209, 229, 256, 273.
  2. ^ Scheele, 209, 246, 274, 313.
  3. ^ Scheele, 163, 164.
  4. ^ Scheele, 86.