Chelodina longicollis

Kura-kura leher ular​ atau nama saintifiknya Chelodina longicollis merupakan sejenis kura-kura berleher panjang[4] yang terdapat di tenggara dan barat Australia. Ia bersaiz sekitar 30cm (12 inci) dengan berat sekitar 1.2 kg (2.6 paun). Ia merupakan jenis kura-kura leher sisi (Pleurodira) bererti ia membengkokkan kepalanya pada sisi kedalam cengkerangnya dan bukannya menariknya lurus ke dalam.

Kura-kura leher ular
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
Chelodina
Spesies:
C. (C.) longicollis
Nama binomial
Chelodina longicollis
Shaw, 1794[2]
Sinonim[3]
  • Testudo longicollis Shaw, 1794
  • Emys longicollis Schweigger, 1812
  • Emys longicolis Gray, 1825 (ex errore)
  • Chelodina longicollis Fitzinger, 1826
  • Hydraspis longicollis Bell, 1828
  • Chelys (Chelodina) longicollis Gray, 1831
  • Chelodina novaehollandiae Duméril & Bibron, 1835
  • Chelodina sulcata Gray, 1856
  • Chelodina sulcifera Gray, 1856
  • Chelydura longicollis Oudemans, 1894
  • Chelodina longicollis longicollis Mertens, 1972
  • Chelodina longicollis sulcifera Mertens, 1972
  • Chelodina longicollis sulcata Webb, 1995

Kura-kura ini memiliki leher yang panjang dan mudah lentur, penglihatan yang baik dan rahang yang kuat serta merupakan pemangsa yang baik dalam habitat akuatik mereka. Ia mampu hidup sehingga 50 tahun.

Permakanan sunting

Ia merupakan haiwan pemangsa yang makan semua haiwan yang dapat ditangkap oleh mereka termasuk katak, berudu, dan ikan.

Pembiakan sunting

Kura-kura leher ular mula matang ketika berusia sekitar 4 hingga 5 tahun. Ia mengawan pada bulan September dan Oktober pada musim bunga di Australia dan menjelang bulan November, kura-kura betina akan membina antara 1 hingga 3 sarang setahun dan bertelur antara 8 hingga 12 biji serangkap di tebing paya atau kolam. Telor-telor itu akan dikambus dan ditinggalkan tanpa dijaga untuk berkembang bersendirian. Selepas tempoh antara tiga hingga lima bulan anak kura-kura akan menetas dan menggali keluar dari sarang di bawah tanah mereka dan merangkak keluar dan mencari perlindungan di dalam air. Anak kura-kura ini sering menjadi mangsa kepada pemangsa seperti ikan dan burung.

Habitat sunting

Kebanyakan kura-kura leher ular tinggal berhampiran dengan air tenang di anak sungai, sungai, paya dan lagun di bahagian barat Australia. Dari masa ke masa mereka akan berpindah merentasi daratan secara berkelompok mencari habitat baru. Menjadi perkara biasa bagi kura-kura jenis ini untuk menduduki kolam buatan.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  • The Complete Illustrated Encyclopedia of Animals of the World, Herms House, Anness Publishing Ltd-2008,2009
  1. ^ Kennett, R., Roe, J., Hodges, K., and Georges, A. 2009. Chelodina longicollis (Shaw 1794) Eastern Long-Necked Turtle, Common Long-Necked Turtle, Common Snake-Neck Turtle Diarkibkan 2012-03-16 di Wayback Machine. Chelonian Research Monographs. 5.31.
  2. ^ Shaw, G. 1794. Zoology of New Holland. Vol 1. Davis, London. 33pp.
  3. ^ Fritz Uwe (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 325–326. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Kennett, R and Georges, A. 1990 Habitat utilization and its relationship to growth and reproduction of the eastern long-necked turtle, Chelodina longicollis (Testudinata: Chelidae), from Australia. Herpetologica, 46, 1, 1990. 22-33.

Pautan luar sunting