Chula Rajamontri
Menteri Cularaja (Jawi: منتري چولاراج , Bahasa Thai: จุฬาราชมนตรี Chularatchamontri atau Chula Rajamontri,[1] "Menteri Cula[a] Raja") atau Syeikhul-Islam (Jawi: شيخ الإسلام ) ialah ketua hal ehwal Islam dan para penganutnya di Negara Thai selaku mufti pemberi nasihat utama mengenai bidang agama kepada kerajaan terutamanya kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan negara tersebut. Ia mempunyai sejarah yang panjang sejak zaman Ayutthaya hingga kini.[3]
Chula Rajamontri Thailand | |
---|---|
Majlis Islam Pusat Thailand | |
Bidang kuasa | Thailand |
Institusi | Majlis Islam Pusat Thailand |
Dilantik oleh | Raja Thailand |
Dibentuk | 1602 |
Pemegang pertama | Ahmad Qomi |
Nama tidak rasmi | Syeikhul Islam Thailand Mufti Thailand |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingAwal penubuhan
suntingSelepas perubahan sistem pemerintahan Thailand, kedudukan Menteri Cularaja telah berubah daripada sebuah jawatan yang dilantik oleh Raja dan disandang oleh keturunan Syeikh Ahmad Qumi yang berpegang kepada beraliran Syiah, bertukar kepada sebuah jawatan yang dipilih oleh perwakilan Majlis Islam Wilayah dan mereka yang dipilih adalah Muslim yang beraliran Sunnah, yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Thailand.[4]
Era demokrasi moden
suntingSemasa pentadbiran Perdana Menteri Pridi Banomyong, jawatan Menteri Cularaja telah dihidupkan semula pada 1945 dengan menjadi penasihat kerajaan kepada Raja dalam hal ehwal agama Islam. Pada 1948, pentadbiran Perdana Menteri Plaek Phibunsongkhram menukar peranan Menteri Cularaja menjadi penasihat Jabatan Hal Ehwal Agama di Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun, selepas penggubalan Akta Pentadbiran Pertubuhan Islam 1997, dinyatakan dalam undang-undang tersebut bahawa Menteri Cularaja ialah pemimpin hal ehwal Islam di Thailand, yang mempunyai peranan berikut:
- Memberi nasihat dan pendapat kepada kerajaan berkenaan agama Islam.
- Melantik pakar-pakar yang berkelayakan untuk memberi nasihat tentang hukum agama Islam.
- Mengumumkan keputusan melihat anak bulan untuk menentukan hari keagamaan yang penting.
- Mengeluarkan pengumuman berhubung keputusan (fatwa) mengikut hukum Islam.
- Menjadi pengerusi jawatankuasa penganjur sambutan Maulid peringkat negara di Thailand
Daripada undang-undang ini juga telah ditubuhkan Majlis Pusat Islam Thailand, yang terdiri daripada Menteri Cularaja sebagai yang dipertua dan dianggotai oleh ahli jawatankuasa lain daripada wakil Majlis Islam Wilayah dan ahli jawatankuasa yang dicalonkan oleh Menteri Cularaja. Semua ahli jawatankuasa memainkan peranan dalam pentadbiran pertubuhan agama Islam, manakala Pejabat Menteri Cularaja/Syeikhul Islam turut ditempatkan dalam majlis tersebut.
Sejurus selepas penguatkuasaan undang-undang tersebut pada 1997, Prasert Mahamad, Menteri Cularaja ketika itu, meninggal dunia.[5] Sawasdi Sumalayasak, bekas Ahli Parlimen Bangkok telah dipilih untuk menjadi Menteri Cularaja seterusnya dan menjadi Menteri Cularaja pertama yang dipilih mengikut undang-undang tersebut.[6]
Senarai penjawat
suntingNota
suntingRujukan
sunting- ^ "PENGAJIAN ISLAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM DI SELATAN THAILAND: KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KOLEJ PENGAJIAN ISLAM (CIS) DAN UNIVERSITI ISLAM YALA (YIU)" (PDF).
- ^ "cula". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Haque, Marissa Grace; Nelmida, Nelmida; Putri, Vidiyanna Rizal; Sunarsi, Denok; Dewi, Rr Vemmi Kesuma (2019-08-01). ""Islam Datang dan Menetap di Thailand"". Didaktika: Jurnal Kependidikan (dalam bahasa Inggeris). 8 (3): 131–144. doi:10.58230/27454312.75. ISSN 2745-4312.
- ^ Imtiyaz Yusuf (Mac 2007). "Faces of Islam in Southern Thailand" (PDF). EAST-WEST CENTER WASHINGTON WORKING PAPERS.
- ^ "ASIANOW - Asiaweek". edition.cnn.com. Dicapai pada 2023-12-23.
- ^ "Muslim Leader Sawas Dies At 94". Thailand News, Travel & Forum - ASEAN NOW (dalam bahasa Inggeris). 2010-03-25. Dicapai pada 2023-12-23.