Daniel Joseph Ricciardo (lahir pada 1 Julai 1989 di Perth, Australia Barat) ialah seorang pemandu kereta lumba, yang kini bersaing dalam Formula Satu untuk pasukan Scuderia Toro Rosso.[1] Beliau memenangi kejuaraan British Formula Three pada tahun 2009. Selepas Mark Webber mengumumkan persaraannya dari Formula 1, Ricciardo disahkan sebagai pengantinya di Red Bull untuk tahun 2014.[2] Beliau akan menjadi rakan sepasukan Sebastian Vettel, yang kini merupakan Juara Dunia sebanyak tiga kali dan pendahulu kejuaraan tahun 2013.

Daniel Ricciardo
Daniel Ricciardo pada tahun 2019.
LahirDaniel Joseph Ricciardo
(1989-07-01) 1 Julai 1989 (umur 34)
Perth, Australia Barat, Australia
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanAustralia Australia
Pasukan 2024RB-Honda RBPT
Nombor kereta3
Entri240 (239 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan8
Podium32
Mata kerjaya1.317
Petak pertama3
Pusingan terpantas16
Perlumbaan pertamaGrand Prix British 2011
Kemenangan pertamaGrand Prix Kanada 2014
Kemenangan terakhirGrand Prix Itali 2021
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2023
Kedudukan 2023Ke-17 (6 mata)

Kerjaya sunting

Formula Satu sunting

 
Ricciardo sebagai pemandu ketiga Scuderia Toro Rosso di Grand Prix Malaysia 2011.

Ricciardo memandu sebuah kereta Formula Satu buat kali pertama apabila beliau memandu untuk Red Bull Racing pada acara Ujian Pemandu Muda di Circuito de Jerez selama tiga hari, 1-3 Disember 2009.[3] Pada hari terakhir ujian, beliau mencatat masa terpantas dalam ujian tersebut. Pengurus pasukan Red Bull Racing, Christian Horner, mengatakan bahawa Ricciardo mungkin akan menggantikan juara World Series 2010, Brendon Hartley, sebagai pemandu ujian dan simpanan pasukan.[4] Namun begitu, Ricciardo dan Hartley berkongsi tugas pemandu ujian dan simpanan untuk kedua-dua pasukan Red Bull dan Scuderia Toro Rosso, sehinggalah Hartley dikeluarkan daripada pasukan Red Bull Junior.[5]

Pada 11 November 2010, Ricciardo telah disahkan sebagai pemandu tunggal untuk mewakili Red Bull Racing pada acara Ujian Pemandu Muda di Litar Yas Marina pada 16-17 November. Dalam pengumuman tersebut, beliau berkata, "Saya tidak sabar memandu kereta Formula Satu Red Bull Racing sekali lagi."[6] Ricciardo terus menunjukkan kehebatannya dengan menguasai acara tersebut. Beliau merekodkan masa yang lebih pantas daripada masa pusingan kelayakan Juara Dunia 2010, Sebastian Vettel, Sabtu sebelum ini.[7]

 
Ricciardo memandu untuk HRT.

Beberapa hari selepas melengkapkan sesi ini, Ricciardo telah disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan bagi pasukan Toro Rosso bagi musim 2011, dan akan mengambil bahagian pada sesi latihan pertama bagi setiap perlumbaan.[8] Ketua pasukan Toro Rosso, Franz Tost, menyatakan bahawa, "terdapat ramai pemandu muda yang bersemangat dan pemandu semasa kami amat bagus", merujuk kepada pemandu Toro Rosso pada masa itu, Jaime Alguersuari dan Sébastien Buemi.[9] Ricciardo juga memandu untuk Toro Rosso pada sesi ujian pra-musim 2011.

Di Grand Prix Australia, Ricciardo mendapat tempat ke-16 pada sesi latihan bebas pertama. Beliau mendapat tempat kelapan pada sesi latihan di Grand Prix Turki, satu tempat di hadapan Sébastien Buemi.

HRT (2011) sunting

Pada 30 Jun 2011, Ricciardo menandatangani kontrak bersama Hispania Racing, dengan menggantikan Narain Karthikeyan untuk kesemua baki perlumbaan musim 2011 kecuali Grand Prix India, di mana Karthikeyan menggantikan Vitantonio Liuzzi.

Di Abu Dhabi, Ricciardo bersara selepas mengalami masalah mekanikal, dan pada perlumbaan terakhir musim di Grand Prix Brazil, Ricciardo mendapat tempat ke-20 setelah bermula dari tempat ke-22.

Toro Rosso (2012-2013) sunting

 
Ricciardo memandu untuk Toro Rosso di Grand Prix Malaysia 2012.
 
Ricciardo di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Pada 14 Disember 2011, ia telah disahkan bahawa Ricciardo akan memandu untuk Scuderia Toro Rosso bagi musim 2012, bersama-sama pelumba Perancis, Jean-Éric Vergne.[10]

Di Grand Prix Australia pada 18 Mac 2012, Ricciardo berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan, Vergne, setelah mendapat tempat kesembilan, dan mendapatkan dua mata Kejuaraan Dunia.

Di Malaysia, beliau mendapat tempat ke-12, setelah menjadi pelumba yang pertama untuk menukar tayar hujan kepada tayar cuaca kering. Di Bahrain, beliau berlumba di tempat keenam, namun menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Di Grand Prix Monaco, beliau bersara buat kali pertama pada musim ini setelah bermula dari tempat ke-15.

Pada 31 Oktober 2012, Toro Rosso mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani semula Ricciardo untuk musim 2013.[11]

Red Bull (2014) sunting

Pada 2 September 2013, Ricciardo diumumkan sebagai penganti untuk Mark Webber di Red Bull secara langsung di stesen televisyen Austria, Servus TV. Beliau akan menjadi rakan sepasukan Sebastian Vettel, yang kini merupakan Juara Dunia sebanyak tiga kali dan pendahulu kejuaraan tahun 2013.

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2005 Western Australian Formula Ford Champ. Privateer 3 0 0 ? 0 74 Ke-8
2006 Formula BMW Asia Eurasia Motorsport 19 2 3 3 12 231 Ke-3
Formula BMW UK Motaworld Racing 2 0 0 0 0 3 Ke-20
Formula BMW World Final Fortec Motorsport 1 0 0 0 0 N/A Ke-5
2007 Formula Renault 2.0 Italy RP Motorsport 14 0 0 0 0 196 Ke-6
Eurocup Formula Renault 2.0 4 0 0 0 0 0 NC
2008 Formula Renault 2.0 WEC SG Formula 15 8 9 7 11 192 Pertama
Eurocup Formula Renault 2.0 18 6 5 5 7 136 Ke-2
Formula Three Euroseries 2 0 0 0 0 N/A NC†
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A NC
2009 British Formula Three Championship Carlin Motorsport 20 7 6 5 13 275 Pertama
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A NC
Formula Renault 3.5 Series Tech 1 Racing 2 0 0 0 0 0 Ke-34
Macau Grand Prix Carlin 1 0 0 0 0 N/A NC
2010 Formula Renault 3.5 Series Tech 1 Racing 16 4 8 5 8 136 Ke-2
Formula Satu Toro Rosso Pemandu ujian
2011 Formula Renault 3.5 Series ISR 12 1 2 3 6 144 Ke-5
Formula Satu Scuderia Toro Rosso Pemandu ujian
Formula Satu HRT F1 Team 11 0 0 0 0 0 Ke-27
2012 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 20 0 0 0 0 10 Ke-18
2013 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 12 0 0 0 0 18* Ke-13*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2011 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR6 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
TD
MAL
TD
CHN
TD
TUR
TD
ESP
TD
MON
TD
CAN
TD
EUR
TD
Ke-27 0
Hispania Racing F1 Team Hispania F111 Cosworth CA2011 V8 GBR
19
GER
19
HUN
18
BEL
Ret
ITA
NC
SIN
19
JPN
22
KOR
19
IND
18
ABU
Ret
BRA
20
2012 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR7 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
9
MAL
12
CHN
17
BHR
15
ESP
13
MON
Ret
CAN
14
EUR
11
GBR
13
GER
13
HUN
15
BEL
9
ITA
12
SIN
9
JPN
10
KOR
9
IND
13
ABU
10
USA
12
BRA
13
Ke-18 10
2013 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR8 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
18
CHN
7
BHR
16
ESP
10
MON
Ret
CAN
16
GBR
8
GER
12
HUN
13
BEL
10
ITA
7
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Ke-13* 18*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Ricciardo akan memandu untuk Toro Rosso pada tahun 2012". AUSmotive.com. Dicapai pada 2011-12-15.
  2. ^ "F1: Australian Daniel Ricciardo named as successor to Mark Webber driving for team Red Bull in 2014". Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 2013-09-03.
  3. ^ Beer, Matt; Noble, Jonathan (2009-11-09). "Red Bull menguji Ricciardo". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2009-11-10.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  4. ^ O'Leary, Jamie (2009-12-02). "Ricciardo menyasarkan tugas pemandu ujian Red Bull". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2009-12-04.
  5. ^ "Hartley dikeluarkan sebagai pemandu simpanan Red Bull". GPUpdate.net. GPUpdate.net. 2010-17-21. Dicapai pada 2010-10-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ "Ricciardo mewakili Red Bull pada acara ujian pemandu muda". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 11 November 2010. Dicapai pada 2010-11-11.
  7. ^ Straw, Edd (17 November 2010). "Ricciardo mendominasi ujian rookie". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-11-17.
  8. ^ Beer, Matt (26 November 2010). "Ricciardo bersama STR pada hari Jumaat". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 26 November 2010.
  9. ^ Reynolds, Jonathan (Jun 2011). "Careful Webber: this guy wants your seat...". F1 Racing.
  10. ^ Elizalde, Pablo (2011-12-14). "Ricciardo, Vergne akan berlumba untuk Toro Rosso pada musim 2012". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2011-12-14.
  11. ^ "Ricciardo dan Vergne untuk setahun lagi". AUSmotive.com. AUSmotive.com. 2012-11-31. Dicapai pada 2011-11-01. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting