Scuderia Toro Rosso

Scuderia Toro Rosso, juga dikenali sebagai Toro Rosso atauSTR, ialah sebuah pasukan Formula Satu Itali. Toro Rosso ialah salah satu daripada dua pasukan F1 yang dimiliki oleh syarikat minuman Red Bull, dan yang satu lagi ialah Red Bull Racing. Toro Rosso bertanding dalam Formula Satu sejak musim 2006, selepas Paul Stoddart menjual pasukan Minardi beliau pada akhir tahun 2005 kepada pemilik Red Bull, Dietrich Mateschitz, yang kemudiannya mempersetujui sebuah perjanjian 50/50 bersama bekas pemandu Formula Satu, Gerhard Berger, sebelum musim tersebut bermula. Pada akhir bulan November 2008, Red Bull mendapat semula jumlah pemilikan pasukan selepas membeli semula saham Berger.[1]

Itali Toro Rosso-Ferrari
Nama penuhScuderia Toro Rosso
PangkalanFaenza, Itali
Ketua pasukanFranz Tost
Pengarah teknikalJames Key
Laman sesawangwww.scuderiatororosso.com
Nama terdahuluMinardi F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Bahrain 2006
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai139
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan1
Petak pertama1
Pusingan terpantas0
Kedudukan 2012Ke-9 (26 mata)

Scuderia Toro Rosso merupakan pasukan junior/adik Red Bull Racing, dengan tujuan untuk membangunkan pemandu yang berpotensi untuk berlumba dengan pasukan senior tersebut. Sejak tahun 2010, Toro Rosso bertanding sebagai "pengeluar sebenar".[2]

Vitantonio Liuzzi menyumbang mata pertama pasukan pada musim pertama mereka di Grand Prix Amerika Syarikat 2006. Petak pertama, podium dan kemenangan pertama pasukan telah disumbangkan oleh Sebastian Vettel di Grand Prix Itali 2008.

Bagi musim 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011, Toro Rosso menggunakan enjin V8 Ferrari, dan mengambil alih kontrak pasukan senior mereka yang berpecah pada akhir tahun 2006. Ketua pasukan Toro Rosso ialah Franz Tost. Dahulunya, beliau merupakan ketua bahagian sukan bermotor BMW.

Barisan pemandu pasukan pada tahun 2008 ialah Sebastian Vettel, yang merupakan pemandu ketiga untuk BMW Sauber pada tahun 2006 sebelum beralih ke Toro Rosso pada pertengahan musim 2007, dan Sébastien Bourdais. Sébastien Buemi mengambil tempat Vettel sebagai pemandu pasukan bagi musim 2009 selepas beliau menyertai Red Bull Racing, sementara Bourdais telah digugurkan dari pasukan selepas Grand Prix Jerman, berikutan siri perlumbaan yang hanya menyumbang dua mata. Jaime Alguersuari mengambil alih tempat duduk Bourdais di Grand Prix Hungary dan seterusnya. Kedua-dua Alguersuari dan Buemi berlumba untuk pasukan bagi kesemua perlumbaan bagi musim 2010 dan 2011. Pasukan mengumumkan pada 14 Disember 2011, bahawa Daniel Ricciardo dan Jean-Éric Vergne akan berlumba untuk mereka bagi musim 2012.[3]

Asal-usul sunting

Minardi telah bersaing dalam Formula Satu dari tahun 1985 hingga 2005. Walaupun mempunyai bilangan peminat yang besar, Minardi merupakan salah satu pasukan yang kurang berdaya saing dalam sukan ini. Ini kerana Minardi mempunyai bajet yang agak terhad. Pemilik Minardi, Paul Stoddart, mendakwa mempunyai 41 pihak yang ingin membeli pasukannya, tetapi beliau lebih suka untuk menjual kepada seseorang yang boleh 'mengambil ia terus', daripada mengekalkan asas pasukan tersebut di Itali. Terkandung dalam terma perjanjian dengan Red Bull adalah fasal bahawa pasukan tersebut mestilah menempatkan ibu pejabatnya di Faenza, Itali, sekurang-kurangnya sehingga musim 2007.

Walaupun Red Bull telah menggugurkan nama Minardi untuk menyelaraskan dengan tajaan dan pelan pemasaran mereka sendiri, penggunaan bahasa Itali dalam nama pasukan bertujuan untuk menunjukkan bahawa warisan Itali masih ada dalam pasukan. Red Bull menukar nama pasukan serta-merta selepas mengambil alih pasukan ini pada 1 November 2005. Pada mulanya, pasukan ini dinamakan sebagai 'Squadra Toro Rosso' (pasukan Red Bull), tetapi kemudiannya diubah kerana 'squadra' dalam Bahasa Itali bermaksud 'skuad', seperti sebuah pasukan bola sepak dan kemudian diubah menjadi 'Scuderia Toro Rosso'. Ramai peminat Minardi kecewa dengan keputusan ini dan lebih daripada 15,000 peminat menandatangani petisyen untuk mengekalkan nama Minardi, namun tidak berjaya.

Sejarah perlumbaan sunting

2006 sunting

 
Vitantonio Liuzzi di Grand Prix Kanada 2006

Vitantonio Liuzzi dan Scott Speed merupakan pemandu pasukan bagi musim 2006, dengan Neel Jani menjadi pemandu ujian. Liuzzi telah berlumba separuh masa untuk Red Bull Racing pada tahun 2005, manakala Speed ​​memasuki Formula Satu berikutan pertandingan Red Bull Driver Search di Amerika Syarikat. Sebelum ini, Jani merupakan pemandu ujian untuk Sauber Petronas pada tahun 2004.

Casis Toro Rosso bagi musim 2006 adalah versi RB1 yang telah diubahsuai, iaitu kereta Red Bull Racing pada tahun 2005. Sesetengah pasukan merasakan bahawa ini telah melanggar Perjanjian Concorde kerana setiap pasukan sepatutnya mereka bentuk kereta mereka sendiri. Toro Rosso menuntut bahawa reka bentuk ini, pada asalnya dihasilkan pada tahun 2004 oleh Jaguar Racing, dan hak intelek tersebut merupakan milik Ford Motor Company, syarikat induk Jaguar Racing, sebelum diberikan kepada Toro Rosso.

Pasukan tersebut diberikan tujahan dan udara terhad enjin V10 Cosworth 3.0 milik Minardi. Konsesi ini telah diberikan untuk membantu pasukan dengan mengelakkan kos sumber bekalan baru enjin V8 seperti yang dikehendaki untuk musim 2006.

2007 sunting

 
Vitantonio Liuzzi di Grand Prix Malaysia 2007.

Bagi musim 2007, Toro Rosso menggunakan enjin V8 Ferrari, dan mengambil alih kontrak pasukan senior mereka yang beralih kepada enjin berkuasa Renault.

Pada pelancaran STR2 pada 13 Februari, Toro Rosso mengesahkan bahawa Liuzzi akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2007.[4] Pada 2 Februari, Scott Speed telah disahkan sebagai pemandu kedua. Juara Champ Car, Sébastien Bourdais, menjadi pemandu ujian untuk beberapa beberapa kali sepanjang musim ini.

Pengarah teknikal pasukan yang baru ialah Giorgio Ascanelli. Beliau menggantikan Alex Hitzinger untuk sementara pada 2 April.[5]

Musim 2007 ialah musim yang mengecewakan bagi Toro Rosso, dengan kesilapan pemandu yang membawa kepada keputusan yang teruk. Berikutan Grand Prix Eropah, Scott Speed telah digantikan dalam keadaan yang penuh kontroversi oleh pemandu ujian BMW Sauber, Sebastian Vettel, yang kemudiannya memandu untuk Toro Rosso bagi musim 2008.[6]

Di Grand Prix Jepun 2007, Vettel berlanggar dengan pemandu Red Bull, Mark Webber, di bawah keadaan kereta keselamatan semasa mereka berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing, dan Liuzzi berpotensi untuk mendapat satu mata, namun gagal selepas menerima penalti 25 saat kerana memintas Adrian Sutil untuk tempat kelapan di bawah keadaan bendera kuning.

Dengan Perjanjian Concorde 2008 mengharamkan kereta pelanggan dari musim 2010 dan seterusnya, Dietrich Mateschitz meletakkan pasukan Toro Rosso untuk dijual pada Mac 2008. Beliau ingin memastikan bahawa adanya pembeli yang akan membeli pasukan beliau menjelang akhir musim 2009.[7]

2008 sunting

 
Sebastian Vettel (hadapan) dan Sébastien Bourdais di Grand Prix Jepun 2008.

Pemandu Toro Rosso bagi musim 2008 ialah Sebastian Vettel dan Sébastien Bourdais. Bourdais memperoleh mata pertamanya dalam F1 dengan mendapat tempat ketujuh di Australia. Vettel memperoleh mata pertamanya bagi musim ini dengan mendapat tempat kelima di Grand Prix Monaco. Toro Rosso meningkat dengan mantap sepanjang musim, yang membawa kepada prestasi yang kukuh di Belgium, yang menyaksikan kedua-dua kereta menduduki tempat enam teratas bagi kebanyakan tempoh perlumbaan tersebut dengan Bourdais dan Vettel terus menduduki tempat ke-3 dan ke-4 masing-masing pada pusingan terakhir sebelum mereka dipotong oleh kereta yang mempunyai tayar yang lebih sesuai dalam keadaan basah, dan menjatuhkan Vettel ke tempat kelima dan Bourdais ke tempat ketujuh.

 
Sébastien Bourdais dan Felipe Massa bersaing di Grand Prix Jepun 2008. Mereka kemudiannya berlanggar, dan Bourdais diberikan penalti.

Pada perlumbaan seterusnya di Jepun, Vettel sekali lagi menunjukkan kehebatannya, dengan mendapat tempat ke-6. Bourdais pula beraksi dengan baik, namun berlanggar dengan Felipe Massa, yang berada di tempat ke-8 dan cuba untuk memintas Bourdais. Selepas Bourdais melakukan perhentian pit terakhirnya, Massa cuba untuk memintasnya dan mereka berdua berlanggar di selekoh pertama. Massa terbabas, tetapi menyertai semula perlumbaan dan akhirnya mendapat tempat ke-8. Bourdais menamatkan perlumbaan di tempat ke-6, tetapi diberikan penalti masa 25 saat, dan menjatuhkan beliau ke tempat ke-10. Massa kemudiannya dinaikkan ke tempat ke-7 selepas Bourdais diberikan penalti, dan memberinya satu mata kejuaraan tambahan. Ia merupakan sebuah penalti yang berkontroversi, dan Bourdais berkeras bahawa beliau tidak patut disalahkan.[8]

Toro Rosso membuat kejutan yang besar di Itali, dengan Vettel mendapat petak pertama untuk perlumbaan tersebut dan memenangi perlumbaan pertama dalam kerjaya dan untuk pasukannya. Ia merupakan kemenangan pertama oleh pasukan yang berasaskan di Itali selain daripada Ferrari sejak Grand Prix Jerman 1957, yang dijuarai oleh Juan Manuel Fangio dalam kereta Maserati dan juga kemenangan pertama bagi enjin Ferrari dalam casis pelanggan. Vettel menewaskan Heikki Kovalainen dengan jurang sebanyak 12 saat. Di Singapura, Vettel mendapat tempat kelima manakala Bourdais tidak dapat mengutip sebarang mata. Di China, beliau sekali lagi beraksi dengan cemerlang dengan mendapat tempat keenam.

Persembahan Vettel pada tahun ini menempatkan beliau sebuah kerusi perlumbaan di pasukan Red Bull bagi musim 2009. Bagaimanapun, perlumbaan terakhirnya untuk Toro Rosso hampir menyebabkan beliau memainkan peranan yang penting dalam keputusan kejuaraan dunia di Brazil. Lewis Hamilton memerlukan tempat ke-5 untuk memenangi kejuaraan, dan berada di tempat ini ketika beliau dipintas oleh Vettel dengan baki dua pusingan. Selepas gagal mengekalkan jurang dengan Vettel, Hamilton terus jatuh ke belakang, dan hanya memenangi kejuaraan selepas kedua-dua mereka memintas Timo Glock pada pusingan terakhir.

2009 sunting

Disebabkan Vettel menyertai ke pasukan Red Bull Racing untuk menggantikan David Coulthard yang bersara dari Formula Satu,[9] Sébastien Buemi dan Sébastien Bourdais memulakan musim 2009 untuk pasukan. Toro Rosso merupakan pasukan yang terakhir memperkenalkan kereta terbaru mereka. Toro Rosso berbuat demikian pada 9 Mac 2009. Disebabkan oleh kejayaan pasukan pada tahun-tahun sebelumnya, beberapa pemandu ingin berlumba bersama Toro Rosso, termasuk Takuma Sato (yang melakukan tiga ujian bersama mereka) dan Bruno Senna. Pada 16 Julai 2009, Toro Rosso mengumumkan bahawa kontrak Sébastien Bourdais telah ditamatkan serta merta selepas mendapat hanya dua mata pada musim ini. Pada 20 Julai 2009, Toro Rosso mengumumkan bahawa Jaime Alguersuari akan menggantikan Bourdais sepanjang musim ini. Juara World Rally Championship, Sébastien Loeb, telah dipetik oleh sebuah majalah sukan Perancis untuk mengantikan Bourdais. Ia telah dinyatakan bahawa Loeb akan tidak boleh memandu dalam Formula Satu sehingga selepas tamat musim WRC. Beliau bersedia untuk membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu di Grand Prix Abu Dhabi pada bulan November. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku kerana FIA menolak keinginan Loeb untuk mendapatkan Lesen Super FIA yang diperlukan untuk berlumba dalam Formula Satu. Toro Rosso menamatkan musim ini di tempat kesepuluh dan terakhir dalam kejuaraan. Walau bagaimanapun, prestasi Toro Rosso meningkat pada akhir musim dengan Sébastien Buemi memperolehi mata kejuaraan pada dua perlumbaan terakhir. Namun pemandu baru, Jaime Alguersuari, gagal untuk mendapat mata pada musim ini.

2010 sunting

 
Sébastien Buemi memandu STR5 sebelum musim 2010 bermula di Circuito de Jerez.

Toro Rosso mengesahkan bahawa mereka akan mengekalkan Sébastien Buemi dan Jaime Alguersuari, dengan harapan untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Pada 10 November 2009, Toro Rosso mengumumkan bahawa Sébastien Buemi akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2010. Tiada pengumuman rasmi dibuat tentang Alguersuari, walau bagaimanapun Jaime Alguersuari telah dilaporkan akan mengambil tempat duduk pemandu kedua pasukan. Pada 22 Januari 2010, Toro Rosso mengesahkan yang Alguersuari telah menandatangani kontrak yang baru dan mendapat mata pertama dalam kerjayanya dengan mendapat tempat kesembilan di bawah sistem pemarkahan baru di Grand Prix Malaysia. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh di Sepanyol dan mendapat mata kejuaraan selepas Lewis Hamilton bersara lewat dalam perlumbaan. Beliau juga menerima penalti pandu lalu dalam perlumbaan ini. Pada perlumbaan seterusnya di Monaco, Buemi mendapat tempat kesebelas dan Alguersuari mendapat tempat kedua belas. Walau bagaimanapun, apabila Michael Schumacher menerima penalti 20 saat kerana memotong Fernando Alonso, Buemi dinaikkan ke tempat kesepuluh dan mendapat satu mata.

2011 sunting

Sébastien Buemi dan Jaime Alguersuari telah telah disahkan sebagai pemandu pasukan bagi musim 2011.[10] Daniel Ricciardo menjadi pemandu ujian pasukan dan mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas pada setiap Grand Prix.[11] Kereta Toro Rosso bagi musim 2011, STR6, telah dilancarkan pada 1 Februari di Valencia, Sepanyol.

 
Jaime Alguersuari mendapat tempat ketujuh di Grand Prix Itali 2011, iaitu keputusan terbaiknya dalam Formula Satu.

Pada awal musim di Australia, Buemi mendapat tempat kelapan. Di Malaysia, kedua-dua Buemi dan Alguersuari gagal mendapatkan mata, manakala di China, kedua-dua kereta berjaya memasuki pusingan kelayakan bahagian ketiga, dan Alguersuari bermula dari tempat ketujuh dan Buemi di tempat kesepuluh. Walau bagaimanapun usaha Alguersuari disia-siakan selepas beliau gagal menamatkan perlumbaan dan Buemi gagal mendapat mata. Grand Prix Turki menyaksikan Buemi manamatkan perlumbaan di tempat kesembilan manakala di Sepanyol, Alguersuari sekali lagi gagal untuk mengutip mata. Di Monaco, Buemi mendapat tempat kesepuluh, manakala Alguersuari gagal menamatkan perlumbaan selepas berlanggar dengan Vitaly Petrov dalam sebuah kemalangan yang membawa kepada bendera merah. Di Kanada, Alguersuari menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Alguersuari dan Buemi gagal mendapat mata di Grand Prix Jerman, tetapi mereka berdua mendapat mata di Grand Prix Hungary. Buemi bermula di tempat ke-23 dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan manakala Alguersuari menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Di Belgium, Alguersuari mendapat tempat keenam pada pusingan kelayakan namun bersara awal selepas berlanggar dengan Bruno Senna. Buemi juga bersara selepas berlanggar dengan Sergio Pérez. Kedua-dua pemandu mendapat mata di Grand Prix Itali, dengan Alguersuari mendapat tempat ketujuh manakala Buemi mendapat tempat kesepuluh. Di Singapura, kedua-dua mereka gagal mendapat mata.

Di Grand Prix Jepun, Alguersuari mendapat tempat ke-15, manakala Buemi bersara dari perlumbaan disebabkan tayar kereta yang longgar. Di Grand Prix Korea, Buemi mendapat tempat kesembilan, manakala Alguersuari mendapat tempat ketujuh. Alguersuari menamatkan perlumbaan di tempat kelapan di Grand Prix India, manakala Buemi bersara daripada perlumbaan. Di Grand Prix Abu Dhabi, Alguersuari gagal mendapat mata manakala Buemi bersara dari perlumbaan. Kedua-dua pemandu tidak mendapat mata di Grand Prix Brazil.

2012 sunting

 
Jean-Éric Vergne mendapat mata kejuaraan pertamanya dalam Formula Satu di Grand Prix Malaysia 2012, seperti rakan sepasukan, Daniel Ricciardo, yang mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan sebelumnya di Australia.

Pada 14 Disember 2011, ia telah diumumkan bahawa Daniel Ricciardo dan Jean-Éric Vergne akan memandu untuk pasukan bagi musim 2012, dengan menggantikan Sébastien Buemi dan Jaime Alguersuari. Pengarah pasukan, Franz Tost, kemudiannya menyatakan bahawa Toro Rosso terpaksa melakukan sesuatu tentang "sekolah latihan rookie" mereka, dengan harapan untuk membawa bakat baru kepada Toro Rosso. Selepas mendapat mata dalam dua perlumbaan pertama pada musim ini, Toro Rosso gagal mendapat sebarang mata dalam sembilan perlumbaan berturut-turut, namun mendapat mata di Grand Prix Belgium.

Pada 6 September 2012, ia telah diumumkan bahawa James Key telah menjadi Pengarah Teknikal Toro Rosso selepas mengantikan Giorgio Ascanelli.[12]

Walaupun mendapat keputusan yang baik dalam beberapa perlumbaan terakhir, Toro Rosso mengharungi musim yang sukar, di mana pasukan hanya mendapat tempat kesembilan dalam Kejuaraan Pengeluar, hanya di hadapan Caterham, Marussia dan HRT.

2013 sunting

Pada 31 Oktober 2012, ia telah disahkan oleh Toro Rosso bahawa mereka akan mengekalkan pemandu musim 2012, iaitu Daniel Ricciardo dan Jean-Éric Vergne bagi musim 2013. [13]

Pasukan gagal untuk memulakan musim ini dengan baik di Grand Prix Australia selepas Vergne mendapat tempat ke-12 dan Ricciardo disebabkan oleh masalah ekzos. Bagaimanapun di Grand Prix Malaysia, Vergne berjaya mendapat mata pertama pasukan pada musim ini dengan mendapat tempat kesepuluh. Ricciardo sekali lagi bersara disebabkan oleh masalah ekzos, namun diklasifikasikan di tempat ke-18. Di Grand Prix China, nasib Ricciardo berubah selepas mendapat tempat ketujuh, manakala Vergne hanya mampu mendapat tempat ke-12. Di Grand Prix Bahrain, tayar kereta Vergne pancit dan terpaksa bersara dan Riccardo menamatkan perlumbaan di tempat ke-16, satu pusingan di belakang pemenang. Di Sepanyol, Riccardo mampu mendapat mata dengan mendapat tempat ke-10, tetapi sekali lagi menamatkan perlumbaan satu pusingan di belakang pemenang, manakala Vergne mengalami kamalangan dan terpaksa bersara. Di Monaco, nasib Vergne pula berubah setelah mendapat tempat ke-8 dan mendapat 4 mata manakala Riccardo, seperti rakan sepasukannya di Sepanyol, terlibat dalam kemalangan dan bersara.

Di Grand Prix Kanada, pasukan mendapat keputusan kelayakan terbaik mereka sejak Grand Prix China 2011, selepas Vergne mendapat tempat ketujuh dan Ricciardo di tempat kesepuluh. Vergne menamatkan perlumbaan di tempat keenam, dan ia merupakan keputusan Toro Rosso yang terbaik sejak Grand Prix Brazil 2008.

2014 sunting

Pada hujung minggu di Grand Prix Monaco 2013, ia telah diumumkan bahawa Toro Rosso telah menandatangani perjanjian jangka masa lama bersama Renault untuk menggunakan enjin mereka pada tahun 2014.[14]

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - Pusingan terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2006 STR1 Cosworth TJ2005 V10 M BHR MAL AUS SMR EUR ESP MON GBR CAN USA FRA GER HUN TUR ITA CHN JPN BRA 1 Ke-9
  Vitantonio Liuzzi 11 11 Ret 14 Ret 15 10 13 13 8 13 10 Ret Ret 14 10 14 13
  Scott Speed 13 Ret 9 15 11 Ret 13 Ret 10 Ret 10 12 11 13 13 14 18 11
2007 STR2 Ferrari 056 2.4 V8 B AUS MAL BHR ESP MON CAN USA FRA GBR EUR HUN TUR ITA BEL JPN CHN BRA 8 Ke-7
  Vitantonio Liuzzi 14 17 Ret Ret Ret Ret 17 Ret 16 Ret Ret 15 17 12 9 6 13
  Scott Speed Ret 14 Ret Ret 9 Ret 13 Ret Ret Ret
  Sebastian Vettel 16 19 18 Ret Ret 4 Ret
2008 STR2B STR3 Ferrari 056 2.4 V8 B AUS MAL BHR ESP TUR MON CAN FRA GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN CHN BRA 39 Ke-6
  Sébastien Bourdais 7 Ret 15 Ret Ret Ret 13 17 11 12 18 10 7 18 12 10 13 14
  Sebastian Vettel Ret Ret Ret Ret 17 5 8 12 Ret 8 Ret 6 5 1 5 6 9 4
2009 STR4 Ferrari 056 2.4 V8 B AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR BEL ITA SIN JPN BRA ABU 8 Ke-10
  Sébastien Bourdais 8 10 11 13 Ret 8 18 Ret Ret
  Jaime Alguersuari 15 16 Ret Ret Ret Ret 14 Ret
  Sébastien Buemi 7 16 8 17 Ret Ret 15 18 16 16 Ret 12 13 Ret Ret 7 8
2010 STR5 Ferrari 056 2.4 V8 B BHR AUS MAL CHN ESP MON TUR CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR BRA ABU 13 Ke-9
  Sébastien Buemi 16 Ret 11 Ret Ret 10 16 8 9 12 Ret 12 12 11 14 10 Ret 13 15
  Jaime Alguersuari 13 11 9 13 10 11 12 12 13 Ret 15 Ret 13 15 12 11 11 11 9
2011 STR6 Ferrari 056 2.4 V8 P AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU BRA 41 Ke-8
  Sébastien Buemi 8 13 14 9 14 10 10 13 Ret 15 8 Ret 10 12 Ret 9 Ret Ret 12
  Jaime Alguersuari 11 14 Ret 16 16 Ret 8 8 10 12 10 Ret 7 21 15 7 8 15 11
2012 STR7 Ferrari 056 2.4 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 26 Ke-9
  Daniel Ricciardo 9 12 17 15 13 Ret 14 11 13 13 15 9 12 9 10 9 13 10 12 13
  Jean-Éric Vergne 11 8 16 14 12 12 15 Ret 14 14 16 8 Ret Ret 13 8 15 12 Ret 8
2013 STR8 Ferrari 056 2.4 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN GBR GER HUN BEL ITA SIN KOR JPN IND ABU USA BRA 25* Ke-7*
  Jean-Éric Vergne 12 10 12 Ret Ret 8 6 Ret Ret 12 12
  Daniel Ricciardo Ret 18 7 16 10 Ret 15 8 12 13 10

* Musim sedang dijalankan.
Pemandu tidak menamatkan Grand Prix, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
Pada musim 2010, Formula Satu memperkenalkan sistem pemarkahan baru.

Rujukan sunting

  1. ^ "Red Bull akan membeli saham Berger di Torro Rosso". formula1.com.
  2. ^ "Toro Rosso". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. Dicapai pada 24 Februari 2011.
  3. ^ "Toro Rosso name Daniel Ricciardo & Jean-Eric Vergne as drivers for 2012". BBC Sport. BBC. 14 Disember 2011. Dicapai pada 14 Disember 2011.
  4. ^ "Liuzzi akan berlumba untuk Toro Rosso". GPUpdate.net. 13 Februari 2007. Dicapai pada 1 Februari 2011. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ "Toro Rosso melantik pengarah teknikal baru". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 2 April 2007. Dicapai pada 3 Oktober 2010.
  6. ^ "Vettel akan berlumba untuk Toro Rosso bagi musim 2008". autosport.com. 2 Ogos 2007. Dicapai pada 2 Ogos 2007.
  7. ^ "Toro Rosso untuk dijual". autosport.com. 18 March 2007. Dicapai pada 18 March 2007.
  8. ^ "Bourdais view on Massa incident". Autosport.
  9. ^ "Vettel disahkan di Red Bull bagi tahun 2009". autosport.com. 17 Julai 2008. Dicapai pada 17 Julai 2008.
  10. ^ Elizalde, Pablo (15 Julai 2010). "Toro Rosso to retain Buemi, Alguersuari". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 27 November 2010.
  11. ^ "Ricciardo akan berada dalam STR6 pada hari Jumaat". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 26 November 2010. Dicapai pada 27 November 2010.
  12. ^ "Key mengantikan Ascanelli di Toro Rosso". formula1.com. 6 September 2012. Dicapai pada 8 September 2012. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  13. ^ "Toro Rosso mengekalkan Ricciardo dan Vergne untuk 2013". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 31 Oktober 2012. Dicapai pada 23 November 2012.
  14. ^ "Toro Rosso to make Renault switch in 2014". AUSmotive.com. 26 May 2013. Dicapai pada 26 May 2013.

Pautan luar sunting