Sergio Michel "Checo" Pérez Mendoza (lahir pada 26 Januari 1990[2]), juga dikenali sebagai "Checo" Pérez, ialah seorang pemandu kereta lumba dari negara Mexico, yang kini memandu untuk Red Bull, dan sebelum ini memandu untuk Sauber, McLaren, Force India, dan Racing Point. Beliau telah memenangi 6 perlumbaan Grand Prix dan mendapat 35 penamat podium.

Sergio Pérez
Pérez di 2019
Kelahiran
Sergio Michel Pérez Mendoza

(1990-01-26) 26 Januari 1990 (umur 34)
PekerjaanPemandu kereta lumba
Ketinggian1.73 m (5 ka 8 in)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanMexico Mexico
Pasukan 2024Red Bull Racing-Honda RBPT[1]
Nombor kereta11
Entri261 (257 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan6
Podium35
Mata kerjaya1.486
Petak pertama3
Pusingan terpantas11
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2011
Kemenangan pertamaGrand Prix Sakhir 2020
Kemenangan terakhirGrand Prix Azerbaijan 2023
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2023
Kedudukan 2023Ke-2 (285 mata)
Laman web rasmiTapak web rasmi
Tandatangan

Beliau memenangi perlumbaan Grand Prix pertamanya untuk Racing Point di Grand Prix Sakhir 2020, memecahkan rekod untuk bilangan permulaan sebelum kemenangan perlumbaan pada 190 perlumbaan.[3] Beliau memperoleh petak pertamanya di Formula Satu di Grand Prix Arab Saudi 2022, memecahkan rekod perlumbaan terbanyak sebelum memperoleh petak pertama pada 215 perlumbaan.[4]

Pérez adalah seorang ahli Akademi Pemandu Ferrari sehingga tahun 2012. Beliau juga mendapat podium pertamanya dalam Formula Satu di Grand Prix Malaysia 2012, dan ia menimbulkan spekulasi bahawa Pérez akan menyertai Ferrari pada masa akan datang.[5] Walau bagaimanapun, Pérez kemudiannya memberitahu kepada pemberita bahawa beliau dijangka kekal bersama Sauber sekurang-kurangnya sehingga akhir musim 2012.[6] Oleh kerana usia muda dan prestasinya, beliau digelar sebagai "The Mexican Wunderkind".[7]

Pérez menyertai McLaren pada musim 2013, dengan mengantikan Lewis Hamilton, dan menjadi rakan sepasukan Jenson Button.

Kehidupan peribadi sunting

Dilahirkan di Guadalajara, Jalisco, Sergio Pérez ialah anak bongsu kepada Antonio Pérez Garibay dan Marilu Pérez (nama lahir ialah Mendoza). Beliau mempunyai seorang kakak yang bernama Paola, dan seorang abang yang bernama Antonio, yang bertanding dalam kejuaraan NASCAR Toyota Series.[8]

Pérez dan Antonio ialah peminat bola sepak, dan pernah menyatakan bahawa mereka pernah berfikir tentang meninggalkan kerjaya sukan permotoran mereka untuk bermain secara profesional. Mereka berdua juga merupakan kawan kepada pemain bola sepak Mexico, Javier Hernández.[9] Dalam sebuah temu bual yang dilakukan pada tahun 2012 untuk laman sesawang rasmi Formula Satu, Pérez menyatakan bahawa jika beliau bukan seorang pemandu kereta lumba, beliau ingin menjadi seorang peguam.[10]

Pada bulan November 2012, Pérez melancarkan Yayasan Checo Pérez untuk membantu anak-anak yatim dan kanak-kanak yang menghidapi kanser. Kakaknya, Paola, menjadi Presiden yayasan tersebut.[11]

Kerjaya awal sunting

Skip Barber sunting

Pérez bertanding dalam Skip Barber National Championship pada tahun 2004. Beliau mendapat tempat kesebelas dalam kejuaraan.

Formula BMW sunting

Pérez pergi ke Eropah pada tahun 2005 untuk bertanding dalam kejuaraan German Formula BMW ADAC. Beliau mendapat tempat ke-14 dalam kejuaraan, dengan bersaing untuk Team Rosberg, dan mendapat tempat keenam pada tahun berikutnya.

A1 Grand Prix sunting

Dalam kejuaraan A1 Grand Prix musim 2006–07, Pérez mengambil bahagian dalam satu pusingan kejuaraan untuk A1 Team Mexico. Beliau merupakan pemandu ketiga termuda untuk mengambil bahagian dalam siri ini.

GP2 Series sunting

Pérez memandu untuk Campos Grand Prix bagi GP2 Asia Series musim 2008–09, dan menjadi rakan sepasukan Vitaly Petrov. Beliau memenangi perlumbaan GP2 Asia Series pertamanya di Sakhir, selepas bermula dari petak pertama. Beliau menang sekali lagi di Losail.

Beliau menyertai pasukan Arden International untuk bertanding dalam kejuaraan GP2 Series musim 2009, dan memandu bersama Edoardo Mortara. Pérez mendapat tempat ke-12 dalam kejuaraan tersebut, dan keputusan terbaiknya ialah tempat kedua di Valencia. Di luar musim, beliau bertanding dalam dua pusingan GP2 Asia Series 2009-10 untuk Barwa Addax.[12] Beliau memenangi lima buah perlumbaan, dan menamatkan musim di tangga kedua dalam kejuaraan, di belakang Pastor Maldonado.[13]

Kerjaya Formula Satu sunting

Sauber (2011–2012) sunting

Musim 2011 sunting

 
Pérez memandu untuk Sauber di Grand Prix Malaysia 2011.

Pada 4 Oktober 2010, Sauber mengumumkan bahawa Pérez akan menyertai mereka pada tahun 2011 dan akan mengantikan Nick Heidfeld. Sauber kemudiannya mengumumkan perkongsian bersama penaja Pérez, iaitu Telmex.[14] Pérez merupakan pemandu Mexico yang kelima untuk bersaing dalam Formula Satu, dan yang pertama sejak Héctor Rebaque, yang bersaing antara tahun 1977 dan 1981. Pada 8 Oktober 2010, Ferrari mengesahkan bahawa Sergio Pérez telah menjadi salah seorang ahli dalam skim Akademi Pemandu Ferrari mereka.

Beliau mendapat tempat ketujuh pada perlumbaan sulungnya di Grand Prix Australia, dan hanya membuat satu perhentian pit untuk menukar tayar.[15] Walau bagaimanapun, kedua-dua kereta Sauber disingkirkan daripada perlumbaan tersebut kerana melanggar peraturan teknikal.[16] Di Grand Prix China, Pérez bermula dari tempat ke-12, dan berlanggar dengan beberapa pemandu lain sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-17. Di Sepanyol, Pérez mendapat mata pertama beliau dengan mendapat tempat kesembilan, di hadapan rakan sepasukan, Kamui Kobayashi, yang mendapat tempat kesepuluh.

Semasa sesi kelayakan bahagian ketiga di Grand Prix Monaco, Pérez mengalami kemalangan yang dashyat selepas keluar dari seksyen terowong litar. Sesi tersebut digantung, dan marshal serta kakitangan perubatan membantu Pérez keluar dari kereta beliau. Seorang jurucakap pasukan Sauber mengesahkan bahawa Pérez sedar dan boleh bercakap selepas kemalangan itu, dan beliau dibawa ke pusat perubatan di litar.[17] Beliau tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan atas sebab perubatan.[18] Pérez tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan pada hari berikutnya, dan Kobayashi sahajalah yang mewakili Sauber untuk hari tersebut. Selepas mengambil bahagian dalam sesi latihan pertama di Grand Prix Kanada, Pérez merasakan yang beliau belum pulih sepenuhnya dan memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam mana-mana sesi selanjutnya. Beliau telah digantikan oleh Pedro de la Rosa. Beliau kembali untuk berlumba di Valencia bagi Grand Prix Eropah, dan mendapat tempat kesebelas selepas melakukan hanya satu perhentian pit. Pérez mendapat tempat ketujuh di Grand Prix British dan kesebelas di Jerman. Selepas mendapat tempat ke-15 di Hungary, bersara di Belgium, diikuti oleh kegagalan kotak gear semasa berada di tempat ketujuh di Itali, beliau mendapat satu mata di Singapura, selepas dipotong oleh Felipe Massa. Di Jepun, beliau mendapat tempat kelapan dan mendapat empat mata kejuaraan. Di Korea, beliau gagal untuk mendapat sebarang mata selepas mendapat tempat ke-16. Beliau memperoleh satu mata di India, selepas mendapat tempat kesepuluh. Di Abu Dhabi, beliau memulakan dan menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas.

Pada 28 Julai, ia telah diumumkan bahawa Pérez akan kekal bersama Sauber bagi musim 2012, bersama-sama rakan sepasukan, Kobayashi.[19] Pada 13 September, Pérez menguji untuk Ferrari, sebagai seorang ahli dalam Akademi Pemandu Ferrari dalam sebuah Ferrari F60, iaitu kereta Ferrari pada musim 2009. Pérez melakukan ujian tersebut bersama ahli akademi, Jules Bianchi.[20]

Pérez menamatkan musim 2011 di tempat ke-16, dengan 14 mata.

Musim 2012 sunting

 
Pérez mengejar Alonso di Grand Prix Malaysia 2012.

Pérez memulakan musim ini dengan mendapat tempat kelapan di Grand Prix Australia, setelah kehilangan beberapa tempat pada pusingan terakhir.[21] Di Malaysia, beliau bersaing bersama Fernando Alonso untuk mendapatkan kemenangan mereka yang pertama bagi musim ini. Dalam beberapa pusingan terakhir perlumbaan, beliau merapatkan jurang kepada 0.5 saat, tetapi tidak mampu untuk memintas Alonso selepas melakukan kesilapan pada selekoh ke-14. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua, dengan jurang 2.2 saat di belakang Alonso. Ramai yang memuji prestasi Pérez pada perlumbaan tersebut walaupun melakukan kesilapan pada saat-saat akhir.[22][23][24] Keputusan tersebut merupakan yang terbaik bagi Sauber sebagai sebuah pasukan.[25] Di Grand Prix China, Pérez bermula di tempat kelapan, namun menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas selepas mengalami masalah dengan strategi pit dan cekam keretanya.[26]

Beliau gagal mendapat mata dalam tiga perlumbaan seterusnya, namun menetapkan masa pusingan terpantas di Monaco[27] Pérez mendapat podium kedua dalam kerjayanya di Grand Prix Kanada dengan mendapat tempat ketiga, setelah bermula dari tempat ke-15.[28]

 
Pérez mendapat tempat ketiga di Grand Prix Kanada 2012.

Di Grand Prix Eropah, Pérez memulakan perlumbaan di tempat ke-15. Namun selepas beraksi dengan cemerlang, beliau menamatkan perlumbaan kesembilan.[29] Pada pusingan ke-12 di Grand Prix British, Pérez berlanggar dengan Pastor Maldonado, dan terpaksa bersara dari perlumbaan selepas ampaian keretanya rosak. Beliau kemudiannya mengkritik pemandu Venezuela tersebut, dan mendakwa bahawa, "Semua orang bimbang akan dia", sebelum menambah, "Dia ialah seorang pemandu yang tidak tahu bahawa kita mempertaruhkan nyawa kita dan dia tidak mempunyai rasa hormat langsung". Maldonado menerima dua penalti, iaitu dalam bentuk teguran dan didenda sebanyak €10,000 selepas perlumbaan. Pérez kemudian menambah: "Lihatlah pada perlumbaan terakhir dia. Dia menyebabkan Hamilton bersara (di Valencia) dan merosakkan perlumbaan saya di Monaco dengan melakukan perkara-perkara bodoh. Saya tidak faham mengapa steward tidak mengambil keputusan yang serius terhadap dia. Dengan Pastor, mereka tidak melakukan apa-apa yang akan memberinya pengajaran."[30]

 
Pérez di Grand Prix Amerika Syarikat 2012

Di Grand Prix Jerman, Pérez bermula dari tempat ke-17 dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Beliau mempertahankan kedudukan tersebut daripada Michael Schumacher, yang menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan tersebut.

Di Grand Prix Belgium, Pérez berjaya memasuki Q3 dan mencatatkan masa pusingan kelima terpantas. Penalti bagi Maldonado kemudiannya menaikkan kedudukan Pérez ke tempat keempat. Dalam perlumbaan, Pérez terpaksa bersara di selekoh pertama pada pusingan pertama selepas Romain Grosjean menyebabkan sebuah kemalangan yang dashyat. Grosjean merempuh ke belakang kereta Lewis Hamilton, dan menyebabkan beberapa pemandu lain terlibat dalam kemalangan tersebut. Antara yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah pendahulu kejuaraaan, Fernando Alonso, dan rakan sepasukan Pérez, Kamui Kobayashi.[31]

Pérez mendapat podium ketiga dalam kerjayanya di Grand Prix Itali. Pada hari Sabtu, beliau gagal memasuki Q3 dan terpaksa bermula dari tempat ke-12. Pada hari Ahad, beliau memulakan perlumbaan dengan menggunakan tayar keras dan kemudiannya mengantikan tayar tersebut kepada tayar sebatian sederhana pada pusingan ke-29. Beliau juga mendahului lima pusingan dalam perlumbaan tersebut.

Pérez menamatkan musim di tangga kesepuluh dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dengan 66 mata, 6 mata lebih daripada rakan sepasukan, Kobayashi.[32]

McLaren (2013) sunting

Musim 2013 sunting

 
Pérez memandu untuk McLaren di Grand Prix Malaysia

Pada 28 September 2012, Lewis Hamilton membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan McLaren untuk ke Mercedes bagi musim 2013, dan Pérez disahkan sebagai penganti Hamilton. Beliau juga mengantikan Hamilton dalam kartun McLaren, Tooned.[33]

Di Grand Prix Australia, Pérez mengalami minggu untuk mengecewakan. Beliau melayakkan diri di tempat ke-15 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-11. Pérez memulakan Grand Prix Malaysia di tempat kesembilan, dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama. Pérez juga menetapkan masa pusingan terpantas pada perlumbaan ini.[34][35]

Di Grand Prix Bahrain, Pérez berjaya mendapat mata sekali lagi, setelah bermula di tempat ke-12 dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam, di hadapan Alonso (ke-8) dan rakan sepasukan, Button (ke-10).[36]

Di Grand Prix Monaco 2013, Pérez memintas beberapa kereta secara agresif, sebelum bersara selepas berlanggar dengan Kimi Räikkönen. Berikutan insiden itu, Räikkönen berkata bahawa Pérez sepatutnya "ditumbuk di muka".[37]

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2004 Skip Barber National Championship Telmex Racing 14 0 0 77 Ke-11
2005 Formula BMW ADAC Team Rosberg 19 0 0 0 0 37 Ke-14
2006 Formula BMW ADAC ADAC Berlin-Brandenburg 18 0 0 0 0 112 Ke-6
2006–07 A1 Grand Prix A1 Team Mexico 2 0 0 0 0 35† Ke-10†
2007 British Formula Three – National Class T-Sport 21 14 14 0 19 376 Pertama
2008 British Formula Three T-Sport 22 4 0 1 7 195 Ke-4
2008–09 GP2 Asia Series Campos Grand Prix 11 2 0 1 3 26 Ke-7
2009 GP2 Series Arden International 20 0 0 1 2 22 Ke-12
2009–10 GP2 Asia Series Barwa Addax Team 4 0 0 0 0 5 Ke-15
2010 GP2 Series Barwa Addax Team 20 5 1 5 7 71 Ke-2
2011 Formula Satu Sauber F1 Team 19 0 0 0 0 14 Ke-16
2012 Formula Satu Sauber F1 Team 20 0 0 1 3 66 Ke-10
2013 Formula Satu Vodafone McLaren Mercedes 19 0 0 1 0 49 ke-11
2014 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 19 0 0 1 1 59 ke-10
2015 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 19 0 0 0 1 78 ke-9
2016 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 21 0 0 0 2 101 ke-7
2017 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 20 0 0 1 0 100 ke-7
2018 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 12 0 0 0 1 62 ke-8
Racing Point Force India F1 Team 9 0 0 0 0
2019 Formula Satu SportPesa Racing Point F1 Team 21 0 0 0 0 52 ke-10
2020 Formula Satu BWT Racing Point F1 Team 15 1 0 0 2 125 ke-4
2021 Formula Satu Red Bull Racing Honda 22 1 0 2 5 190 ke-4
2022 Formula Satu Oracle Red Bull Racing 4 0 Templat:F1stat 0 2 305* ke-3*

† Termasuk mata kejuaraan yang diperoleh oleh pemandu lain.
* Musim sedang berjalan.

Keputusan lengkap A1 Grand Prix sunting

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – Pusingan terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 DC Mata
2006–07 A1 Team Mexico NED
SPR
NED
FEA
CZE
SPR
CZE
FEA
CHN
SPR
CHN
FEA
MYS
SPR
MYS
FEA
IDN
SPR
IDN
FEA
NZL
SPR
PO
NZL
FEA
PO
AUS
SPR
PO
AUS
FEA
PO
RSA
SPR
RSA
FEA
MEX
SPR
PO
MEX
FEA
PO
CHN
SPR
15
CHN
FEA
Ret
GBR
SPR
GBR
SPR
Ke-10 35

Keputusan lengkap GP2 Series sunting

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – Pusingan terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DC Mata
2009 Arden International ESP
FEA

14
ESP
SPR

17
MON
FEA

12
MON
SPR

9
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

16
GBR
FEA

4
GBR
SPR

6
GER
FEA

8
GER
SPR

20
HUN
FEA

Ret
HUN
SPR

16
VAL
FEA

3
VAL
SPR

2
BEL
FEA

Ret
BEL
SPR

4
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

Ret
POR
FEA

Ret
POR
SPR

11
Ke-12 22
2010 Barwa Addax Team ESP
FEA

4
ESP
SPR

Ret
MON
FEA

1
MON
SPR

6
TUR
FEA

DSQ
TUR
SPR

7
VAL
FEA

11
VAL
SPR

16
GBR
FEA

5
GBR
SPR

1
GER
FEA

2
GER
SPR

1
HUN
FEA

3
HUN
SPR

Ret
BEL
FEA

7
BEL
SPR

1
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

13
ABU
FEA

1
ABU
SPR

Ret
Ke-2 71

Keputusan lengkap GP2 Asia Series sunting

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2008–09 Campos Grand Prix CHN
FEA

Ret
CHN
SPR

7
DUB
FEA

6
DUB
SPR

C
BHR1
FEA

8
BHR1
SPR

1
QAT
FEA

2
QAT
SPR

1
MYS
FEA

Ret
MYS
SPR

6
BHR2
FEA

12
BHR2
SPR

9
Ke-7 26
2009–10 Barwa Addax Team ABU1
FEA

ABU1
SPR

ABU2
FEA

12
ABU2
SPR

4
BHR1
FEA

7
BHR1
SPR

17
BHR2
FEA

BHR2
SPR

Ke-15 5

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – Pusingan terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 WDC Mata
2011 Sauber F1 Team Sauber C30 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
DSQ
MAL
Ret
CHN
17
TUR
14
ESP
9
MON
DNS
CAN
PO
EUR
11
GBR
7
GER
11
HUN
15
BEL
Ret
ITA
Ret
SIN
10
JPN
8
KOR
16
IND
10
ABU
11
BRA
13
Ke-16 14
2012 Sauber F1 Team Sauber C31 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
8
MAL
2
CHN
11
BHR
11
ESP
Ret
MON
11
CAN
3
EUR
9
GBR
Ret
GER
6
HUN
14
BEL
Ret
ITA
2
SIN
10
JPN
Ret
KOR
11
IND
Ret
ABU
15
USA
11
BRA
Ret
Ke-10 66
2013 Vodafone McLaren Mercedes McLaren MP4-28 Mercedes FO 108Z V8 AUS
11
MAL
9
CHN
11
BHR
6
ESP
9
MON
16
CAN
11
GBR
20
GER
8
HUN
9
BEL
11
ITA
12
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Ke-12* 18*
2021 Red Bull Racing Honda Red Bull Racing RB16B Honda RA621H 1.6 V6 t BHR
5
EMI
11
POR
4
ESP
5
MON
4
AZE
1
FRA
3
STY
4
AUT
6
GBR
16
HUN
Ret
BEL
19
NED
8
ITA
5
RUS
9
TUR
3
USA
3
MXC
3
SAP
4
QAT
4
SAU
Ret
ABU
15†
ke-4 190
2022 Oracle Red Bull Racing Red Bull RB18 Red Bull RBPTH001 V6 t BHR
18 
SAU
4
AUS
2
EMI
23
MIA
4
ESP
2
MON
1
AZE
2
CAN
Ret
GBR
2
AUT
Ret5
FRA
4
HUN
5
BEL
2
NED
5
ITA
6
SIN
1
JPN
2
USA
4
MXC
3
SAP
75
ABU
3
ke-3* 305*

Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, tetapi diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan sunting

  1. ^ Filip, Cleeren (31 May 2022). "Perez signs two-year extension to Red Bull F1 contract". motorsport.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2022. Dicapai pada 18 June 2022.
  2. ^ "Profil Sergio Pérez". sauberf1team.com. Sauber F1 Team. Dicapai pada 17 Ogos 2011.
  3. ^ "Sakhir GP Facts & Stats: Sergio Perez breaks record for longest wait for first F1 win". formula1. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2020. Dicapai pada 8 December 2020.
  4. ^ "'It feels amazing' says Perez, after becoming first Mexican pole-sitter in F1 history". Formula 1. 26 March 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2022. Dicapai pada 28 March 2022.
  5. ^ [1]
  6. ^ [2]
  7. ^ ZumMallen, Ryan. "Motorsports Monday: Hamilton On Top In Hungary, Spa 24, NASCAR At Indy". autoMedia.com. Dicapai pada 15 Mei 2013.
  8. ^ "Bienvenidodosa PerezRacing.com". Official Pérez Brothers. Dicapai pada 14 Oktober 2010.
  9. ^ Cary, Tom (4 October 2012). "Sergio Perez aims to emulate his friend, Manchester United's Javier Hernandez, and win title for McLaren". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. Dicapai pada 6 September 2013.
  10. ^ "Sergio Perez". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 11 September 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  11. ^ "Checo Pérez berjumpa dengan media tentang yayasan beliau". Escuderia Telmex. Telmex. 7 November 2012. Dicapai pada 30 November 2012.
  12. ^ Beer, Matt (9 Disember 2009). "Perez menyertai Addax bagi musim 2010". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  13. ^ "Perez menang di Abu Dhabi". Yahoo! Sport (Yahoo!). 13 November 2010. Dicapai pada 12 November 2012.
  14. ^ Sauber menandatangani Perez untuk musim 2011, Autosport.com, 4 Oktober 2010
  15. ^ Holt, Sarah (27 Mac 2011). "Sebastian Vettel mengalahkan Lewis Hamilton di GP Australia". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 27 Mac 2011.
  16. ^ "Sauber disingkirkan selepas Sergio Perez beraksi cemerlang". BBC Sport. BBC. 27 Mac 2011. Dicapai pada 10 April 2011.
  17. ^ Elizalde, Pablo (28 Mei 2011). "Perez sedar, bercakap selepas kemalangan". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 28 Mei 2011.
  18. ^ Elizalde, Pablo (28 Mei 2011). "Perez tidak akan mengambil bahagian dalam GP Monaco". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 28 Mei 2011.
  19. ^ "Kobayashi dan Perez kekal di Sauber bagi musim 2012". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 28 Julai 2011. Dicapai pada 30 Julai 2011.
  20. ^ "The Ferrari Driver Academy according to Perez and Bianchi". Scuderia Ferrari. Ferrari. 15 September 2011. Dicapai pada 27 Mei 2013.
  21. ^ "GP Australia: Perlumbaan". Sauber F1 Team. Sauber F1. 18 Mac 2012. Dicapai pada 18 April 2012.
  22. ^ "Alonso menghalang Perez untuk mendapat kemenangan di Sepang". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 25 Mac 2012. Dicapai pada 18 April 2012.
  23. ^ Spurgeon, Brad (25 Mac 2012). "In Malaysia, Alonso Wins Race but Perez Wins Stardom". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr.; The New York Times Company. Dicapai pada 6 Jun 2013.
  24. ^ "Alonso rains on McLaren parade as Perez auditions". Crash.net. Crash Media Group. 25 Mac 2012. Dicapai pada 6 Jun 2013.
  25. ^ "Alonso Wins in Rainy Malaysia, Petrov 16th". RIA Novosti. Russian News and Information Agency. 25 Mac 2012. Dicapai pada 2 Jun 2013.
  26. ^ Strang, Simon (15 April 2012). "Sauber kecewa selepas GP China". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 18 April 2012.
  27. ^ "GP Monaco: Perlumbaan". Sauber F1 Team. Sauber F1. 27 Mei 2012. Dicapai pada 11 Jun 2012.
  28. ^ "Podium a 'great boost' says Pérez". FIA.com. Federation Internationale de l'Automobile. 10 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-14. Dicapai pada 2 Jun 2013.
  29. ^ Elizade, Pablo (24 Jun 2012). "Sergio Perez tentang sesi kelayakan di Valencia". Autosport (Haymarket Publications). Dicapai pada 12 November 2012.
  30. ^ Migoni, Luis. "Penalti berganda bagi Maldonado selepas berlanggar dengan Peréz". FIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada 8 Julai 2012.
  31. ^ "Race – Button wins after first-corner carnage in Spa". Formula1.com (Formula One Group). 2 September 2012. Dicapai pada 2 Jun 2013.
  32. ^ "Brazilian GP: Race". Sauber F1 Team. Sauber F1. 25 November 2012. Dicapai pada 2 Jun 2013.
  33. ^ Davies, Steve (28 September 2012). "Checo Pérez menyertai Button dalam siri baru 'Tooned'." Skiddmark. Fitch Media Limited. Dicapai pada 11 Disember 2012.
  34. ^ "Vettel beats Webber in Malaysia amid team controversy". Racer. Haymarket Publications. 24 Mac 2013. Dicapai pada 22 April 2013.
  35. ^ "Malaysian Grand Prix Race Report". McLaren. McLaren Group. 24 Mac 2013. Dicapai pada 22 April 2013.
  36. ^ http://www.formula1.com/results/season/2013/896/7209/
  37. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/22675026

Pautan luar sunting