Romain Grosjean

kategori Wikimedia

Romain Grosjean (lahir 17 April 1986) ialah seorang pemandu kereta lumba, yang kini berlumba untuk Lotus F1 Team. Beliau dilahirkan di Switzerland, namun berlumba untuk negara Perancis,[1] meskipun menetap di Switzerland sepanjang hidupnya.[perlu rujukan] Beliau memenangi kejuaraan Formula Three Euroseries pada tahun 2007 dan menjadi juara GP2 Asia Series yang pertama. Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 2009. Beliau juga merupakan juara GP2 Asia Series dan juara GP2 Series yang pertama.

Romain Grosjean
Grosjean di 2016
Lahir (1986-04-17) 17 April 1986 (umur 37)
Geneva, Switzerland
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanPerancis Perancis
Entri38
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium4
Mata kerjaya153
Petak pertama0
Pusingan terpantas1
Perlumbaan pertamaGrand Prix Eropah 2009
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2023
Kedudukan 2012Ke-8 (96 mata)
Kerjaya 24 Hours of Le Mans
Tahun penyertaan2010
PasukanMatech Competition
Keputusan terbaikDNF (2010)
Kemenangan kelas0

Pada tahun 2012, beliau kembali ke Formula Satu untuk pasukan Lotus dan menjadi rakan sepasukan Kimi Räikkönen.[2]

Kerjaya sunting

Formula Satu sunting

Grosjean disahkan sebagai pemandu ujian untuk Renault bagi musim 2008, dengan menggantikan Nelson Piquet, Jr. yang diberikan kerusi perlumbaan pada tahun tersebut.[3] Beliau memandu kereta sebuah Formula Satu buat kali pertama dalam sebuah perlumbaan World Series by Renault 2008 pada hujung minggu di Silverstone pada 7 dan 8 Jun 2008, di mana beliau memberikan beberapa demonstrasi tentang Renault R27, iaitu kereta pasukan Renault bagi tahun sebelumnya.

Renault (2009) sunting

Beliau pada awalnya terus menjalankan tugas beliau sebagai pemandu ujian untuk Renault bagi tahun 2009, tetapi mengambil alih tempat duduk pemandu Piquet dari Grand Prix Eropah dan seterusnya.[4] Grosjean bermula dari tempat ke-14 di Grand Prix Eropah. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, selepas berlanggar dengan Luca Badoer pada pusingan pertama. Pada perlumbaan seterusnya, Grosjean terpaksa bersara pada pusingan pertama selepas berlanggar dengan Jenson Button. Di Grand Prix Itali, Grosjean mendapat tempat ke-12 pada pusingan kelayakan. Beliau mengalami kemalangan pada selekoh pertama, berpusing pada pusingan kedua, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-15.

 
Grosjean membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu di Grand Prix Eropah 2009.

Di Grand Prix Singapura, Grosjean mendapat tempat ke-19 pada pusingan selepas mengalami masalah brek. Masalah brek tersebut kembali semula semasa perlumbaan dan memaksanya untuk bersara selepas pusingan ketiga. Di Grand Prix Jepun, Grosjean bermula dari tempat ke-18. Beliau telah dinaikkan kedudukan ke tempat ke-17 kerana Timo Glock tidak dapat memulakan perlumbaan. Beliau gagal membuat sebarang kemajuan dalam perlumbaan, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Di Grand Prix Brazil, Grosjean mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas, namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau bermula dari tempat ke-13 selepas keretanya dibaiki. Beliau mendapat tempat ke-13 di perlumbaan tersebut dan mendapat keputusan terbaiknya musim ini. Pada perlumbaan terakhir musim 2009, Grosjean bermula dari tempat ke-19, dan menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-18, dan sekali lagi mengadu tentang masalah brek semasa perlumbaan. Beliau berkata bahawa beliau telah "belajar banyak tahun ini, terutama dengan rakan sepasukan Fernando". Pada 31 Januari 2010, Renault mengesahkan bahawa Vitaly Petrov akan menjadi pemandu kedua Renault, bersama Robert Kubica untuk musim 2010, dan meninggalkan Grosjean tanpa pasukan untuk berlumba bagi tahun 2010. Walau bagaimanapun pada bulan September 2010, ia telah disahkan oleh pengeluar tayar Pirelli bahawa Grosjean akan melengkapkan ujian bagi mereka, yang dijangka untuk kembali ke F1 untuk membekalkan tayar kepada pasukan yang bertanding pada tahun 2011. Grosjean menggantikan Nick Heidfeld, yang meninggalkan tugas ujiannya untuk berlumba untuk pasukan Sauber.

Auto GP sunting

Pada Jun 2010, Grosjean kembali berlumba dalam perlumbaan kereta roda terbuka, dengan memandu untuk pasukan DAMS pada perlumbaan ketiga dalam kejuaraan Auto GP di Spa-Francorchamps.[5] Selepas mendominasi sesi latihan dan mendapat petak pertama, beliau memenangi perlumbaan feature, dan mendapat tempat kedua dalam perlumbaan sprint, di belakang Carlos Iaconelli.[6] Sepanjang hujung minggu tersebut, Grosjean mendapat 18 mata daripada 19 yang mungkin ditawarkan dan mendapat wang tunai sebanyak 80,000. Beliau memenangi tiga perlumbaan lagi dan memenangi kejuaraan di Monza, manakala Edoardo Piscopo menamatkan musim sebagai naib juara

Kembali ke Formula Satu sunting

 
Grosjean memandu untuk Lotus di Grand Prix Malaysia 2012.

Pada awal tahun 2011, Grosjean kembali bersama Lotus Renault GP yang baru dinamakan semula, dan merupakan salah seorang daripada lima pemandu ujian bersama-sama dengan Bruno Senna, Ho-Pin Tung, Jan Charouz dan Fairuz Fauzy. Lotus Renault telah merancang untuk menetapkan Robert Kubica dan Vitaly Petrov sebagai pemandu mereka bagi tahun 2011 tetapi Kubica mengalami kemalangan dalam sebuah perlumbaan rali dan tidak mampu untuk memandu pada tahun 2011. Bekas rakan sepasukan Kubica dari BMW Sauber, Nick Heidfeld, menggantikan Kubica untuk sebelas perlumbaan pertama sebelum digantikan oleh Senna dari Grand Prix Belgium dan seterusnya. Pada akhir bulan Oktober 2011, Lotus Renault mengumumkan bahawa Grosjean akan memandu untuk sesi latihan hari Jumaat di Grand Prix Abu Dhabi (menggantikan Senna) dan Grand Prix Brazil (menggantikan Petrov).

Lotus (2012–kini) sunting

 
Grosjean di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.

Pada 9 Disember 2011, ia telah diumumkan bahawa Grosjean akan kembali ke Formula Satu pada tahun 2012, untuk mengambil tempat duduk kedua Lotus F1 Team, yang baru dinamakan semula (dahulunya Renault, pasukan yang disertai oleh Grosjean pada tahun 2009) bersama-sama juara tahun 2007, Kimi Räikkönen.

Di Grand Prix Australia, Grosjean menetapkan masa kedua terpantas pada sesi latihan bebas terakhir,[7] dan rakan sepasukan, Räikkönen telah terkeluar pada pusingan kelayakan bahagian pertama. Grosjean berjaya memasuki Q3 buat kali pertama. Beliau akhirnya mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan tersebut.[8] Beliau jatuh ke tempat keenam pada awal perlumbaan dan bersara pada pusingan kedua selepas berlanggar dengan Pastor Maldonado.[9] Di Grand Prix Bahrain, Grosjean mendapat tempat ketiga, dan menjadi pemandu Perancis yang pertama untuk mendapat podium sejak Jean Alesi di Grand Prix Belgium 1998.[10] Di Sepanyol, Grosjean memulakan perlumbaan di tempat ketiga dan menamatkan perlumbaan di tempat keempat, serta menetapkan pusingan terpantas yang pertamanya. Di Grand Prix Kanada, beliau mendapat podium kedua kerjayanya dengan mendapat tempat kedua, di belakang Lewis Hamilton.

 
Grosjean di Grand Prix British 2012.

Di Grand Prix Eropah, Grosjean terpaksa bersara dari perlumbaan kerana mengalami kegagalan elektronik. Di Grand Prix British, Grosjean mendapat tempat keenam, selepas bermula dari tempat kesepuluh. Di Grand Prix Jerman, Grosjean bermula dari tempat ke-19 disebabkan selepas menukar kotak gear dan mendapat tempat ke-18 selepas tayar keretanya pancit pada pusingan pertama. Seminggu kemudian di Hungary, Grosjean bermula dari tempat kedua dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di belakang Lewis Hamilton dan rakan sepasukan, Räikkönen.

 
Grosjean menyebabkan beberapa insiden pada pusingan pertama, termasuk kemalangan ini dengan Mark Webber pada selekoh pertama di Grand Prix Jepun 2012.

Di Spa, Grosjean menyebabkan kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta lain. Lewis Hamilton, Fernando Alonso, Sergio Pérez dan Grosjean sendiri terkeluar dari perlumbaan tersebut.[11] Berikutan insiden ini, Grosjean digantung satu perlumbaan[12], dan menerima denda sebanyak €50,000. Beliau digantikan oleh pemandu ujian dan simpanan Lotus, Jérôme d'Ambrosio untuk perlumbaan di Itali.[13] Ketua pasukan Lotus, Éric Boullier berkata bahawa Grosjean telah belajar dari kesilapannya berikutan pengantungan perlumbaan tersebut, namun di Jepun, Grosjean berlanggar dengan pemandu Red Bull, Mark Webber pada pusingan dan selekoh pertama perlumbaan. Di Abu Dhabi, Grosjean sekali lagi terlibat dalam kemalangan pada pusingan pertama. Di São Paulo Grosjean melanggar pemandu HRT, Pedro de la Rosa, pada pusingan kelayakan.

Pada 17 Disember 2012, ia telah diumumkan bahawa Grosjean akan terus berlumba untuk Lotus bagi musim 2013.[14]

Beliau mendapat mata pada tiga perlumbaan pertama sebelum mendapat casis baru yang membantunya mencapai prestasi yang lebih baik. Beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-11 dan menamatkan perlumbaan di tempa ketiga. Pada perlumbaan setersnya di Sepanyol, ampaian keretanya mengalami kerosakan pada pusingan ke-9. Di Grand Prix Monaco, Grosjean mengalami tiga kemalangan pada sesi latihan, dan menyebabkan ketua pasukannya, Boullier, memberitahu Grosjean untuk "bangun".[perlu rujukan] Beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-13, namun perlumbaannya tamat selepas beliau berlanggar dengan Daniel Ricciardo, dan menyebabkan Grosjean mendapat penalti 10-petak kedudukan untuk perlumbaan seterusnya.

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2003 Renault Speed Trophy F2000 ? 10 10 ? ? 10 ? Pertama
2004 French Formula Renault SG Formula ? 1 ? ? 4 ? Ke-7
Formula Renault 2000 Eurocup 9 0 0 0 0 32 Ke-14
2005 French Formula Renault SG Formula 16 10 10 0 13 211 Pertama
Eurocup Formula Renault 2.0 7 0 0 0 2 28 Ke-12
2006 Formula 3 Euro Series Signature-Plus 20 0 0 0 1 19 Ke-13
British Formula Three Championship 2 2 1 2 2 0 NC†
2007 Formula 3 Euro Series ASM Formule 3 20 6 4 7 13 106 Pertama
Masters of Formula 3 1 0 1 0 0 N/A Ke-14
2008 GP2 Series ART Grand Prix 20 2 1 2 6 62 Ke-4
GP2 Asia Series 10 4 4 3 5 61 Pertama
Formula Satu ING Renault F1 Team Pemandu ujian
2009 GP2 Series ART Grand Prix 12 2 3 2 3 45 Ke-4
Formula Satu ING Renault F1 Team 7 0 0 0 0 0 Ke-23
2010 GP2 Series DAMS 8 0 0 0 2 14 Ke-14
Auto GP 8 4 3 4 7 58 Pertama
FIA GT1 World Championship Matech Competition 10 2 0 0 3 62 Ke-11
24 Hours of Le Mans 1 0 0 0 0 N/A DNF
24 Hours of Spa Gravity International 1 0 0 0 0 N/A Ke-16
2011 GP2 Series DAMS 18 5 1 6 10 89 Pertama
GP2 Asia Series 4 1 2 2 2 24 Pertama
Formula Satu Lotus Renault GP Pemandu ujian
2012 Formula Satu Lotus F1 Team 20 0 0 1 3 96 Ke-8
2013 Formula Satu Lotus F1 Team 12 0 0 0 2 57* Ke-8*

* Musim sedang dijalankan.
† – Sebagai pemandu jemputan, Grosjean tidak boleh mendapat mata.

Keputusan lengkap GP2 Series sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DC Mata
2008 ART Grand Prix ESP
FEA

5
ESP
SPR

13
TUR
FEA

2
TUR
SPR

1
MON
FEA

Ret
MON
SPR

10
FRA
FEA

Ret
FRA
SPR

Ret
GBR
FEA

5
GBR
SPR

8
GER
FEA

2
GER
SPR

4
HUN
FEA

17
HUN
SPR

12
EUR
FEA

3
EUR
SPR

Ret
BEL
FEA

1
BEL
SPR

9
ITA
FEA

4
ITA
SPR

3
Ke-4 62
2009 Barwa Addax ESP
FEA

1
ESP
SPR

2
MON
FEA

1
MON
SPR

17
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

12
GBR
FEA

5
GBR
SPR

4
GER
FEA

18
GER
SPR

5
HUN
FEA

10
HUN
SPR

4
VAL
FEA
VAL
SPR
BEL
FEA
BEL
SPR
ITA
FEA
ITA
SPR
POR
FEA
POR
SPR
Ke-4 45
2010 DAMS ESP
FEA
ESP
SPR
MON
FEA
MON
SPR
TUR
FEA
TUR
SPR
VAL
FEA
VAL
SPR
GBR
FEA
GBR
SPR
GER
FEA

20
GER
SPR

19
HUN
FEA
HUN
SPR
BEL
FEA

3
BEL
SPR

6
ITA
FEA

13
ITA
SPR

17
ABU
FEA

6
ABU
SPR

3
Ke-14 14
2011 DAMS TUR
FEA

1
TUR
SPR

10
ESP
FEA

DSQ
ESP
SPR

9
MON
FEA

4
MON
SPR

3
VAL
FEA

1
VAL
SPR

Ret
GBR
FEA

4
GBR
SPR

1
GER
FEA

3
GER
SPR

1
HUN
FEA

1
HUN
SPR

3
BEL
FEA

3
BEL
SPR

4
ITA
FEA

3
ITA
SPR

21
Pertama 89

Keputusan lengkap GP2 Asia Series sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 DC Mata
2008 ART Grand Prix DUB1
FEA

1
DUB1
SPR

1
IDN
FEA

4
IDN
SPR

4
MAL
FEA

9
MAL
SPR

2
BHR
FEA

1
BHR
SPR

Ret
DUB2
FEA

1
DUB2
SPR

Ret
Pertama 61
2011 DAMS ABU
FEA

2
ABU
SPR

Ret
ITA
FEA

1
ITA
SPR

7
Pertama 24

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2009 ING Renault F1 Team Renault R29 Renault RS27 2.4 V8 AUS MAL CHN BHR ESP MON TUR GBR GER HUN EUR
15
BEL
Ret
ITA
15
Ke-23 0
Renault F1 Team SIN
Ret
JPN
16
BRA
13
ABU
18
2011 Lotus Renault GP Renault R31 Renault RS27 2.4 V8 AUS MAL CHN TUR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU
TD
BRA
TD
2012 Lotus F1 Team Lotus E20 Renault RS27-2012 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
Ret
CHN
6
BHR
3
ESP
4
MON
Ret
CAN
2
EUR
Ret
GBR
6
GER
18
HUN
3
BEL
Ret
ITA SIN
7
JPN
19†
KOR
7
IND
9
ABU
Ret
USA
7
BRA
Ret
Ke-8 96
2013 Lotus F1 Team Lotus E21 Renault RS27-2013 V8 AUS
10
MAL
6
CHN
9
BHR
3
ESP
Ret
MON
Ret
CAN
13
GBR
19†
GER
3
HUN
6
BEL
8
ITA
8
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Ke-8* 57*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap 24 Hours of Le Mans sunting

Tahun Pasukan Pemandu kedua Kereta Kelas Pusingan Ked. Ked
kelas.
2010   Matech Competition   Thomas Mutsch
  Jonathan Hirschi
Ford GT1 GT1 171 DNF DNF

Keputusan lengkap Auto GP sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Ked Mata
2010 DAMS BRN
1
BRN
2
IMO
1
IMO
2
SPA
1

1
SPA
2

2
MAG
1

1
MAG
2

Ret
NAV
1

3
NAV
2

1
MNZ
1

1
MNZ
2

3
Pertama 58

Kehidupan peribadi sunting

Selain daripada menjadi seorang pemandu kereta lumba, Grosjean mempunyai pekerjaan di sebuah bank di bandar Geneva.[15] Beliau berkahwin dengan Marion Jollès (yang bekerja untuk saluran TV Perancis, TF1, sebagai wartawan sukan permotoran), di Chamonix pada 27 Jun, 2012.[16] Pada 29 Julai 2013, Marion melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Sacha.

Rujukan sunting

  1. ^ Noble, Jonathan (18 Ogos 2009). "10 fakta tentang Romain Grosjean". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 18 Ogos 2009.
  2. ^ "Romain Grosjean dan Kimi Raikkonen di Lotus Renault untuk musim 2012". Autosport.com. Haymarket Publications. 9 Disember 2010. Dicapai pada 9 Julai 2011.
  3. ^ "Alonso, Piquet, Grosjean dengan Renault..." uk.eurosport.yahoo.com. 10 Disember 2007. Dicapai pada 12 Disember 2012.
  4. ^ English, Steven (18 Ogos 2009). "Renault mengesahkan Grosjean masuk, Piquet keluar". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 18 Ogos 2009.
  5. ^ "Grosjean on the Auto GP grid with DAMS". autogp.org. Auto GP. 22 Jun 2010. Dicapai pada 29 Jun 2010.
  6. ^ "Spa, Race 2: Iaconelli wins again". autogp.org. Auto GP. 27 Jun 2010. Dicapai pada 29 Jun 2010.
  7. ^ "Hamilton di hadapan Grosjean". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 17 Mac 2012. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  8. ^ "Mimpi menjadi kenyataan bagi Grosjean". ESPN F1. ESPN Emea Ltd. 17 Mac 2012. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  9. ^ Beer, Matt (18 Mac 2012). "Grosjean positif selepas GP Australia". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  10. ^ "Permulaan baik Sebastian Vettel memberikan kemenangan di GP Bahrain". Guardian (London). 22 April 2012. Dicapai pada 26 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ Benson, Andrew (2 September 2012). "Kemalangan GP Belgium: Romain Grosjean digantung satu perlumbaan". BBC Sport. British Brodcastng Corporation. Dicapai pada 2 September. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  12. ^ "Grosjean menjadi orang pertama untuk digantung perlumbaan sejak Schumacher". F1Fanatic. Dicapai pada 7 September 2012.
  13. ^ "D'Ambrosio akan mengantikan Grosjean". planet-f1.com. TEAMtalk media. 2012-09-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-15. Dicapai pada 2012-09-04.
  14. ^ "Romain Grosjean dikekalkan oleh Lotus bagi musim 2013". BBC Sport. BBC Sport. 14 Oktober 2012. Dicapai pada 17 Disember 2012.
  15. ^ "Grosjean tidak sanggup untuk meninggalkan pekerjaan di bank". GPUpdate.net. 26 Ogos 2009. Dicapai pada 31 Januari 2011.
  16. ^ "Félicitations Romain!". lotusf1team.com. Lotus F1. 28 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-02. Dicapai pada 28 Jun 2012.

Pautan luar sunting