Sebastian Vettel (Tulisan Jawi: سباستيان ۏيتل; sebutan bahasa Jerman: [zeˈbasti̯a(ː)n ˈfɛtl̩]; lahir pada 3 Julai 1987[3]) ialah seorang pemandu Formula Satu dari negara Jerman, yang kini memandu untuk pasukan negara United Kingdom, Aston Martin . Beliau ialah Juara Dunia yang terkini, selepas memenangi kejuaraan tersebut pada tahun 2010, 2011, dan 2012.

Sebastian Vettel
Vettel pada tahun 2022.
Lahir (1987-07-03) 3 Julai 1987 (umur 36)
Heppenheim, Hesse, Jerman Barat
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanJerman Jerman
Tahun aktif20072022
TeamsBMW Sauber, Toro Rosso, Red Bull, Ferrari, Aston Martin
Nombor kereta5
1 (2014)[1]
Entri300 (299 permulaan)
Kejuaraan4 (2010, 2011, 2012, 2013)
Kemenangan53[2]
Podium122
Mata kerjaya3,098
Petak pertama57
Pusingan terpantas38
Perlumbaan pertamaGrand Prix Amerika Syarikat 2007
Kemenangan pertamaGrand Prix Itali 2008
Kemenangan terakhirGrand Prix Singapura 2019
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2022
Tandatangan
Sebastian Vettel signature
Laman websebastianvettel.de

Dalam tahun pertamanya untuk Red Bull pada tahun 2009, Vettel menamatkan musim sebagai naib juara untuk Kejuaraan Pemandu Dunia yang termuda. Beliau juga mendapat petak pertama yang pertama bagi Red Bull dan memenangi perlumbaan pertama dalam sejarah pasukan tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pemandu termuda untuk menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia. Pada tahun yang sama, beliau membantu Red Bull untuk memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia yang pertama mereka. Pada tahun 2011, beliau menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia buat kali kedua, untuk menjadi pemandu termuda untuk menjuarai dua kejuaraan dunia berturut-turut. Vettel memenangi Kejuaraan Dunia F1 tahun 2012, dan menjadi pemandu termuda untuk memenangi tiga kejuaraan pemandu dalam sejarah sukan tersebut.[4]

Vettel juga memegang pelbagai rekod "paling muda" dalam Formula Satu. Vettel merupakan pemandu yang paling muda untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan rasmi Grand Prix, mendahului sebuah perlumbaan, mendapat petak pertama,[5] dan memenangi sebuah perlumbaan.[6]

Pada tahun 2013, Sebastian Vettel telah diumumkan sebagai Pengarah Prestasi bagi jenama automotif premium Infiniti, yang juga merupakan penaja untuk pasukan Infiniti Red Bull Racing.

Kehidupan awal dan peribadi sunting

Vettel dilahirkan di Heppenheim,[3] dahulunya terletak di Jerman Barat. Beliau mempunyai seorang adik lelaki, Fabian, dan dua kakak, Melanie dan Stefanie. Vettel mengatakan dalam satu temu bual bahawa wira zaman kanak-kanaknya adalah "Tiga Michaels", iaitu Michael Schumacher, Michael Jordan dan Michael Jackson. Beliau menyatakan bahawa beliau mahu menjadi penyanyi seperti Michael Jackson tetapi menyedari bahawa beliau tidak mempunyai suara yang merdu.[7] Vettel juga merupakan seorang peminat The Beatles dan mengumpul beberapa rekod mereka termasuk Abbey Road dan lagu kegemarannya, Drive My Car. Dalam sebuah sesi temu bual dalam rancangan Top Gear, Vettel menyatakan bahawa beliau ialah adalah seorang peminat komedi British seperti Little Britain dan Monty Python's Life of Brian. Vettel tinggal di Thurgau dan merupakan peminat pasukan bola sepak Jerman, Eintracht Frankfurt. Vettel menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berdaya saing, suka bersendirian dan bukan seorang yang penyabar. Vettel juga muncul dalam iklan Head & Shoulders. Dalam versi Jerman Cars 2, Vettel membuat penampilan dalam filem tersebut dalam versi alih-suara.

Kerjaya awal sunting

Siri junior sunting

 
Vettel mendemonstrasikan kereta lumba Formula Three Euroseries.

Dalam sebuah episod dalam rancang Late Show with David Letterman, Vettel berkata beliau memulakan kerjaya kart amaturnya pada umur 3½. Vettel memulakan kerjayanya dengan perlumbaan kart pada tahun 1995, dan memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Junior Monaco Kart Cup pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau beralih kepada perlumbaan kereta roda terbuka dan memenangi kejuaraan Formula BMW Jerman 2004 dengan 18 kemenangan daripada 20 perlumbaan.

Pada tahun 2005, beliau memandu untuk ASL Mücke Motorsport dalam kejuaraan Formula Three Euroseries. Beliau mendapat tempat kelima dalam kejuaraan tahun tersebut dengan 64 mata. Beliau menguji kereta Formula Satu Williams FW27 pada 27 September sebagai ganjaran untuk kejayaannya dalam kejuaraan Formula BMW. Beliau kemudiannya menguji bersama pasukan BMW Sauber.

2006 merupakan sebuah tahun yang sibuk bagi Vettel. Beliau berlumba dalam musim keduanya dalam F3 Euroseries, dan berlumba dalam dua perlumbaan dalam kejuaraan Renault World Series dan menjadi pemandu ujian bagi Sauber dalam Formula Satu. Beliau memenangi beberapa buah perlumbaan, namun gagal menjadi juara keseluruhan dalam mana-mana siri tersebut. [8]

Vettel menjadi naib juara dalam kejuaraan Formula Three Euroseries 2006, di belakang juara dan rakan sepasukan, Paul di Resta. Beliau juga membuat penampilan sulungnya dalam kejuaraan World Series by Renault di Misano. Beliau memenangi perlumbaan tersebut selepas Pastor Maldonado disingkirkan.[9] Bagaimanapun, pada perlumbaan seterusnya di Spa-Francorchamps, Vettel hampir kehilangan jarinya disebabkan serpihan yang terbang dalam sebuah kemalangan, dan dijangka direhatkan untuk beberapa perlumbaan. Walau bagaimanapun, beliau berjaya untuk bersaing dalam Ultimate Masters F3 di Zandvoort pada hujung minggu berikutnya dan mendapat tempat keenam. Beliau juga menetapkan masa pusingan yang ketiga terpantas dan ia mengejutkan ketua pasukan ASM, Frédéric Vasseur. Vasseur berkata: "Saya tentunya kagum, kerana pada awal minggu ini, saya pasti dia tidak dapat berlumba tetapi beliau menunjukkan kadar yang baik daripada sesi latihan pertama. Saya tidak dapat membayangkan dia sihat 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita boleh lebih berdaya saing dalam perlumbaan Euroseries seterusnya pada hujung minggu depan di Nürburgring, itu yang penting."

Vettel bersaing dalam kejuaraan World Series by Renault pada tahun 2007, dan mendapat kemenangan pertamanya di Nürburgring. Beliau sedang mendahului kejuaraan tersebut semasa beliau dipanggil untuk berlumba dalam Formula Satu. Selapas Vettel meninggalkan siri dunia tersebut, tempatnya diambil oleh Michael Ammermüller.[10]

Formula Satu sunting

 
Vettel semasa sesi latihan bebas di Grand Prix Brazil 2006.
 
Vettel membuat penampilan sulung Formula Satunya di Grand Prix Amerika Syarikat 2007 dengan memandu untuk BMW Sauber.

BMW Sauber (2006–2007) sunting

2006 sunting

Vettel menjadi pemandu ketiga BMW Sauber di Grand Prix Turki apabila Robert Kubica telah dipanggil untuk menggantikan Jacques Villeneuve bagi Grand Prix Hungary.

Pada penampilan sulung beliau dalam sebuah sesi ujian Formula Satu, Vettel menetapkan masa terpantas pada Sesi Latihan Bebas pada hari Jumaat sebelum perlumbaan.[11] Pada sesi ujian keduanya di Grand Prix Itali, beliau menetapkan masa terpantas pada kedua-dua sesi latihan hari Jumaat, di mana kesemua kereta BMW mencatatkan masa yang pantas, dan Robert Kubica berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium.

2007 sunting

Vettel telah disahkan sebagai pemandu ujian BMW bagi musim 2007.[12] Berikutan kemalangan serius Kubica di Grand Prix Kanada, Vettel menggantikan beliau untuk Grand Prix Amerika Syarikat. Vettel telah menarik diri pada pertengahan musim siri Formula Renault. Beliau bermula dari tempat ketujuh dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, dan menjadi pemandu termuda untuk mendapat mata dalam Formula Satu (pada umur 19 tahun dan 349 hari), rekod ini dahulunya dipegang oleh Jenson Button, yang berusia 20 tahun dan 67 hari apabila dia mendapat tempat keenam di Grand Prix 2000 Brazil.[13]

Toro Rosso (2007–2008) sunting

2007 sunting

Pada 31 Julai 2007, BMW melepaskan Vettel untuk menyertai pasukan Toro Rosso, dan menggantikan Scott Speed dari Grand Prix Hungary dan seterusnya.[14] Beliau mendapat kira-kira AS$ 165,000 selepas menamatkan musim ini dengan Toro Rosso.[15] Sebelum perlumbaan tersebut, Toro Rosso menyatakan bahawa Vettel akan memandu untuk mereka bagi musim 2008.[16]

 
Vettel memandu STR2 di Grand Prix Brazil 2007.

Vettel bergelut dalam beberapa perlumbaan pertamanya dengan pasukan baharunya itu, tetapi Vettel dapat berkecimpung dengan baik dalam perlumbaan kelima dan keenamnya. Dalam suasana hujan di Grand Prix Jepun di Fuji Speedway, Vettel berkerja keras sehingga ke tempat ketiga, di belakang Lewis Hamilton dan Mark Webber, dan seakan-akan mendapat podium pertamanya dan untuk Toro Rosso. Walau bagaimanapun, Vettel terempuh belakang kereta Webber di bawah keadaan kereta keselamatan. Webber berkata kepada wartawan ITV, Louise Goodman, "Dia ni seorang budak... budak dengan pengalaman yang tidak cukup - anda melakukan kerja dengan baik dan kemudian mereka menghancurkan kesemuanya". Vettel pada mulanya dihukum dengan penalti 10-petak kedudukan bagi perlumbaan berikutnya, namun penalti tersebut ditarik balik selepas sebuah rakaman video penonton di YouTube menunjukkan bahawa kejadian tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh kelakuan Hamilton di belakang kereta keselamatan.

Pemilik Red Bull, Dietrich Mateschitz menyatakan yang Vettel telah memenangi kepercayaan beliau, dan Vettel akan menjadi salah satu bintang besar Formula Satu pada masa akan datang. "Vettel ialah salah satu daripada orang-orang muda dengan potensi yang luar biasa [...] Beliau sangat cepat, bijak, dan sangat berminat dalam bahagian teknikal."[17]

2008 sunting

Musim 2008 tidak bermula dengan baik bagi Vettel. Beliau gagal menamatkan keempat-empat perlumbaan pertamanya bagi musim ini. Namun di Grand Prix Turki beliau mendapat tempat ke-17. Pada perlumbaan seterusnya di Monaco, Vettel mendapat mata pertamanya bagi musim ini dengan mendapat tempat kelima. Beliau sekali lagi mendapat mata di Grand Prix Kanada, selepas bergelut dengan Heikki Kovalainen pada saat-saat akhir perlumbaan untuk mendapat mata kejuaraan terakhir, setelah memulakan perlumbaan tersebut dari lorong pit. Di Grand Prix Perancis, Vettel mendapat tempat ke-12. Di Grand Prix British, Vettel terpaksa bersara selepas dilanggar oleh David Coulthard dan terperangkap di atas batu kerikil bersamanya. Vettel sekali lagi mendapat mata di Grand Prix Jerman, setelah menangkis Fernando Alonso dan mendapat tempat kelapan. Vettel bersara di Grand Prix Hungary selepas enjin keretanya menjadi terlalu panas semasa perhentian pit pertamanya. Di Grand Prix Eropah, Vettel menamatkan perlumbaan di tempat keenam, dua saat di belakang Jarno Trulli.

 
Vettel memandu untuk pasukan Toro Rosso di Grand Prix Kanada 2008.

Di Grand Prix Itali, Vettel menjadi pemandu termuda dalam sejarah untuk memenangi Grand Prix Formula Satu.[18] Pada umur 21 tahun dan 74 hari, Vettel memecahkan rekod yang ditetapkan oleh Fernando Alonso di Grand Prix Hungary 2003 apabila Vettel menang dalam keadaan basah di Monza.[19] Vettel mendahului majoriti Grand Prix tersebut dan melintasi garisan penamat 12.5 saat di hadapan pemandu McLaren, Heikki Kovalainen. Ia merupakan podium pertamanya dan kemenangan pertama pasukan Toro Rosso. Beliau menjadi pemandu termuda untuk mendapat petak pertama, selepas menetapkan masa terpantas pada sesi kelayakan bahagian kedua dan ketiga. Beliau juga menjadi pemandu yang termuda untuk mendapat podium. Bos pasukan Toro Rosso, Gerhard Berger berkata, "Seperti hari ini, beliau membuktikan yang dia boleh memenangi perlumbaan, namun dia boleh memenangi Kejuaraan Dunia. Dia seorang lelaki yang cool".[20] Vettel kemudiannya mendapat tempat kelima di Grand Prix Singapura. Di Japan, beliau mendapat tempat keenam selepas dinaikan dari tempat ketujuh selepas Bourdais dikenakan penalti kerana berlanggar dengan Felipe Massa.

Di Grand Prix Brazil, selepas bergelut setinggi tempat kedua, Vettel memintas Lewis Hamilton dalam keadaan hujan untuk tempat kelima pada pusingan kedua terakhir untuk menyumbang kepada klimaks yang mendebarkan bagi musim ini. Vettel hampir menyebabkan pemandu McLaren itu kehilangan kejuaraannya sebelum Timo Glock memperlahankan keretanya pada pusingan terakhir (Glock bergelut dengan tayar kering dalam keadaan hujan lebat) dan membolehkan kedua-dua Vettel dan Hamilton memintas Glock. Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia tahun tersebut dan Vettel mendapat tempat keempat.

Selepas tamatnya musim 2008, Vettel dinamakan sebagai Rookie of the Year di Autosport Awards.[21]

Red Bull (2009–kini) sunting

2009 sunting

 
Vettel di Grand Prix Jepun 2009.

Pada awal musim 2009, Vettel menggantikan David Coulthard yang bersara, dan bermula dengan kukuh di Grand Prix Australia, dengan mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan dan berada pada kedudukan kedua untuk majoriti perlumbaan tersebut. Walau bagaimanapun, beliau berlanggar dengan Robert Kubica ketika berebut untuk tempat kedua pada saat-saat akhir perlumbaan yang memaksa kedua-dua mereka bersara. Vettel cuba untuk menamatkan perlumbaan dengan tiga roda belakang keretanya di bawah keadaan kereta keselamatan untuk mengutip beberapa mata kejuaraan, namun beliau terpaksa bersara dari perlumbaan tersebut. Beliau menyangka bahawa beliau dapat mencuba taktik ini kerana dengan adanya bendera kuning, pemandu lain tidak boleh memotongnya. Sebaliknya beliau diberikan penalti 10-petak kedudukan untuk perlumbaan seterusnya di Malaysia dan Red Bull Racing telah didenda kerana mengarahkan beliau untuk meneruskan perlumbaan walaupun selepas kerosakan itu berlaku.[22] Di Malaysia, beliau berjaya untuk mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan, namun telah diturunkan ke tempat ke-13 disebabkan penalti beliau. Vettel kemudiannya bersara dari perlumbaan tersebut, sejurus sebelum perlumbaan dihentikan kerana keadaan cuaca yang buruk.[23] Walau bagaimanapun di Grand Prix China, beliau mendapat petak pertama kedua kerjayanya, dan yang pertama bagi Red Bull Racing. Beliau memenangi perlumbaan tersebut di hadapan rakan sepasukan, Mark Webber.[24] Pada usia 21 tahun dan 287 hari, Vettel menjadi pemandu Grand Prix termuda dalam sejarah Formula Satu untuk memenangi perlumbaan untuk dua pasukan yang berbeza, selepas memenangi Grand Prix Itali 2008 untuk pasukan Toro Rosso.

Di Bahrain, Vettel bermula dari tempat ketiga, dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Di Grand Prix Sepanyol, beliau mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, namun menamatkan perlumbaan tersebut di tempat keempat. Vettel memenangi Grand Prix British selepas mendapat petak pertama.[25] Di Grand Prix Jerman, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Webber, yang memenangi perlumbaan Grand Prix pertamanya.[26] Di Hungary, Vettel terpaksa bersara daripada perlumbaan selepas mengalami kerosakan pada keretanya selepas berlanggar dengan kereta Kimi Räikkönen pada pusingan pertama.[27]

 
Vettel memenangi perlumbaan sulung Grand Prix Abu Dhabi.

Di Grand Prix Eropah, beliau terpaksa bersara kerana mengalami kegagalan enjin.[28]. Beliau menduduki tempat ketiga pada pusingan kelayakan di Spa-Francorchamps. Beliau memenangi Grand Prix Jepun dari petak pertama dan mengetuai setiap pusingan perlumbaan tersebut.[29]

Di Brazil, Vettel hanya mampu bermula dari tempat ke-16 disebabkan hujan. Vettel perlu mendapat sekurang-kurangnya tempat kedua pada perlumbaan tersebut untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Pemandu pertamanya. Beliau mendapat tempat keempat dan Button menamatkan perlumbaan tersebut di belakangnya, dan menyebabkan Button memenangi gelarantersebut. Secara rasminya, Vettel menamatkan musim 2009 di tempat kedua selepas memenangi Grand Prix Abu Dhabi, sekali lagi di hadapan Webber dengan Button melengkapkan kedudukan podium. Pada akhir musim 2009, Vettel memenangi anugerah DHL Fastest Lap Award.[30]

2010 sunting

 
Vettel memandu untuk Red Bull Racing di Grand Prix Bahrain 2010.

Vettel meneruskan kerjayanya dengan Red Bull bagi musim 2010 dan mendapat petak pertama di Grand Prix Bahrain. Vettel mengetuai kebanyakan pusingan perlumbaan tersebut, namun kegagalan palam pencucuhnya menyebabkan kereta beliau lebih perlahan daripada kedua-dua kereta Ferrari dan McLaren. Hamilton berjaya memotong Vettel dalam perlumbaan tersebut. Selepas cabaran yang ringkas dari Rosberg, beliau akhirnya mendapat tempat keempat.

Di Grand Prix Australia, Vettel dilantik sebagai seorang pengarah Persatuan Pemandu Grand Prix.[31] Beliau bermula dari tempat kedua di Australia, di hadapan rakan sepasukan, Webber, namun bersara dari perlumbaan tersebut kerana skru tayar keretanya longgar ketika mengetuai perlumbaan. Di Grand Prix Malaysia, dia mendapat kemenangan pertamanya dalam musim ini selepas memotong Webber dan Nico Rosberg pada sekeloh pertama perlumbaan.[32]

Vettel bermula dari petak pertama di China. Pada permulaan perlumbaan basah, Fernando Alonso 'bermula-lompat',[33] dan Vettel dipotong oleh Webber, lalu jatuh ke tempat ketiga. Hujan yang semakin lebat memaksa Vettel dan Webber untuk memasuki pit mereka pada masa yang sama untuk menukar tayar mereka. Vettel dengan perlahannya bangkit kembali untuk mendapat tempat keenam, dan Webber mendapat tempat ketujuh. Di Grand Prix Sepanyol, Vettel mengalami masalah brek utama namun Vettel berjaya mendapat tempat ketiga selepas Hamilton terbabas pada pusingan kedua terakhir perlumbaan.

Di Grand Prix Monaco, Vettel memotong Kubica dan Red Bull mendapat keputusan 1-2. Vettel memulakan perlumbaannya di Grand Prix Eropah di petak pertama dan mendapat kemenangan keduanya musim ini.

 
Vettel bermula dari petak pertama di Abu Dhabi untuk menjuarai Kejuaraan Dunia Pemandu Formula Satu pertama beliau.

Di Grand Prix British, kedua-dua kereta Vettel dan Webber telah dipasang dengan reka bentuk sayap depan yang baru. Sayap depan Vettel telah rosak dalam sesi latihan bebas ketiga dan sayap depan tunggal Webber yang masih berfungsi telah dikeluarkan dan diberikan kepada Vettel. Vettel mendapat petak pertama namun beliau mengalami kebocoran tayar. Beliau kemudiannya mendapat tempat ketujuh, sementara Webber memenangi Grand Prix tersebut. Di Grand Prix Jerman, beliau mendapat petak pertama dan mendapat tempat ketiga selepas memulakan perlumbaan dengan teruk. Di Grand Prix Itali, beliau mendapat tempat keempat. Di Jepun, beliau mendapat petak pertama berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Pada umur 23 tahun dan 98 hari, Vettel menjadi pemandu termuda untuk menang di litar yang sama sebanyak dua kali, setelah memenangi Grand Prix Jepun 2009 di Suzuka pada tahun 2009. Di Grand Prix Korea yang pertama, Vettel mendapat petak pertama sekali lagi dan mengetuai 45 pusingan pertama perlumbaan tersebut sebelum bersara kerana kegagalan enjin. Alonso memenangi perlumbaan tersebut.

Di Grand Prix Brazil, Vettel mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, namun berjaya memenangi perlumbaan. Dengan Red Bull mendapat keputusan 1-2 di Brazil, Red Bull Racing memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia Formula Satu yang pertama mereka. Vettel menang di Abu Dhabi setelah bermula dari petak pertama sekali lagi dan mendahului Kejuaraan Pemandu Dunia untuk pertama kali dalam kerjayanya dan menjadi juara dunia termuda dalam Formula Satu.[34]

2011 sunting

 
Vettel di Grand Prix Malaysia 2011.

Selepas pembatalan Grand Prix Bahrain, Vettel memulakan musim 2011 dengan penuh gaya di Australia dengan mendapat petak pertama dan memenangi perlumbaan tersebut di hadapan pemandu McLaren, Lewis Hamilton. Vettel terus mempertahankan gelarannya di Grand Prix Malaysia, di mana beliau menang sekali lagi. Vettel mendapat petak pertama di Grand Prix China, dan mendominasi perlumbaan tersebut, namun pengurusan tayar yang tidak teratur menghantui beliau pada saat-saat akhir perlumbaan dan beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua.[35]

Di Grand Prix Turki, beliau mendapat petak pertama yang kelimanya berturut-turut dan memenangi perlumbaan tersebut. Di Grand Prix Sepanyol, coretan petak pertama beliau berakhir kerana KERS beliau gagal berfungsi. Rakan sepasukan beliau, Webber, mendapat petak pertama, namun Vettel memenangi perlumbaan tersebut.[36] Di Monaco, beliau mendapat petak pertama dengan masa kedua terpantas kelayakan dalam sejarah Grand Prix Monaco. Beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut di hadapan pemandu Ferrari, Fernando Alonso.

 
Vettel di Grand Prix Monaco, di mana beliau memenangi perlumbaan kelimanya dari enam perlumbaan musim ini.

Di Grand Prix Kanada, beliau mendapat petak pertama, namun menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Di Grand Prix Eropah, FIA menguatkuasakan pengharaman pemetaan enjin. Ia telah dipercayai oleh pihak media bahawa ia adalah satu percubaan oleh FIA untuk menggagalkan penguasaan Vettel musim ini.[37] Perubahan ini sedikit sebanyak menghalang Vettel untuk mencatatkan masa pusingan terpantas.

 
Vettel di Grand Prix Singapura 2011.

Di Grand Prix Jerman, beliau bermula dari tempat ketiga, namun gagal mendapat podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Cengkaman mekanikal kereta McLaren menewaskan pasukan Red Bull dalam keadaan hujan di Grand Prix Hungary. Walaupun mendapat petak pertama, beliau dipotong oleh kedua-dua Hamilton dan Button. Vettel akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Di Belgium, Vettel memenangi perlumbaan ketujuhnya dalam musim ini, dan yang ke-17 dalam kerjayanya. Di Itali, beliau mendapat petak pertama dan memenangi perlumbaan tersebut selepas memotong Alonso, yang telah mendahului Vettel pada awal perlumbaan. Di Singapura, Vettel menang sekali lagi dan mendapat kemenangan kesembilan beliau bagi musim ini dengan baki lima perlumbaan.

 
Vettel di Grand Prix Jepun 2011, di mana beliau memenangi Kejuaraan Dunia Pemandu yang keduanya.

Vettel tiba di Grand Prix Jepun dengan memerlukan hanya satu mata kejuaraan untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia yang keduanya. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan berjaya merangkuli kejuaraan tersebut. Di Grand Prix Korea, Vettel bermula dari tempat kedua, namun berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Vettel mendapat kemenangan terakhirnya bagi musim ini di India setelah mendahului setiap pusingan dari petak pertama, serta menetapkan masa terpantas pusingan perlumbaan tersebut pada pusingan terakhir.

Di Abu Dhabi, Vettel mendapat petak pertama, tetapi beliau bersara pada pusingan pertama disebabkan tayar keretanya pancit. Vettel kemudiannya memecahkan rekod untuk petak pertama yang terbanyak banyak dalam satu musim pada perlumbaan seterusnya di Brazil. Beliau mendahului perlumbaan perlumbaan tersebut, tetapi masalah masalah kotak gear pada awal perlumbaan menghantuinya. Beliau membenarkan rakan sepasukannya, Webber, untuk memotong beliau selepas masalah kotak gearnya semakin teruk. Walaupun dengan masalah ini, Vettel menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Vettel menamatkan musim 2011 dengan 15 petak pertama, 11 kemenangan dan 17 podium dari 19 perlumbaan. Beliau juga mendapat rekod jumlah mata sebanyak 392 pada musim ini.

2012 sunting

 
Vettel di Grand Prix Malaysia 2012.

Vettel kekal bersama Red Bull bagi musim 2012,[38] dan sekali lagi menjadi rakan sepasukan Mark Webber. Vettel mendapat tempat kedua pada perlumbaan pembukaan musim ini di Australia.[39] Vettel bermula dari tempat kelima di Malaysia, setelah dinaikkan kedudukan selepas Kimi Räikkönen menerima penalti. Namun, salah satu daripada tayar Vettel pancit setelah dilanggar oleh kereta HRT kepunyaan Narain Karthikeyan pada pusingan ke-47. Vettel jatuh ke tempat ke-12 selepas menggantikan tayar yang pancit itu dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12, selepas Pastor Maldonado bersara pada peringkat akhir perlumbaan kerana kegagalan enjin.

Selepas perlumbaan di Malaysia, Vettel dan bos Red Bull, Christian Horner mengkritik gaya pemanduan Karthikeyan dan Vettel memanggil Karthikeyan "bodoh".[40] Karthikeyan membalas kembali dengan memanggil Vettel sebagai "pengadu". Kemudiannya Karthikeyan dan Vettel memutuskan untuk berdamai.

 
Vettel mendapat kemenangan pertamanya bagi musim 2012 di Bahrain.

Vettel mendapat petak pertama di Bahrain dan berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Di Sepanyol, beliau berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai pendahulu kejuaraan pemandu, namun hanya mendapat tempat keenam setelah bermula dari tempat ketujuh. Di Monaco, beliau memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh kerana tidak mengambil bahagian dalam sesi kelayakan bahagian ketiga, dengan alasan untuk menjimat tayar bagi perlumbaan hari berikutnya. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat keempat. Di Grand Prix Eropah, beliau mendapat petak pertama yang ke-33 kerjayanya. Namun kegembiraan beliau tidak bertahan lama selepas pengulang-alik keretanya rosak ketika beliau mendahului perlumbaan tersebut. Di Grand Prix British, Vettel mendapat tempat keempat dalam sesi yang dilanda hujan dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, dan mendapat podium pertamanya selepas Grand Prix Bahrain. Di Jerman, Vettel mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan dalam keadaan hujan lebat. Di saat-saat akhir perlumbaan, Vettel memotong Jenson Button untuk tempat kedua dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Namun selepas perlumbaan, steward perlumbaan menambah 20 saat kepada klasifikasi beliau kerana memotong Button di luar kawasan yang dibenarkan dan menjatuhkan beliau ke tempat kelima. Di Grand Prix Hungary, Vettel mendapat tempat keempat selepas bermula dari tempat ketiga. Di Grand Prix Belgium, Vettel tidak dapat melayakkan diri ke pusingan kelayakan bahagian ketiga, dan terpaksa bermula dari tempat ke-11. Namun beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua setelah beraksi dengan cemerlang pada perlumbaan tersebut. Di Grand Prix Itali, beliau gagal untuk menamatkan perlumbaan kerana pengulang-alik keretanya rosak sekali lagi. Situasi ini juga berlaku pada Vettel di Grand Prix Eropah pada awal musim.

 
Vettel di Grand Prix Singapura 2012.

Akhirnya di Singapura, Vettel berjaya mencari jejak kejayaannya dengan memenangi perlumbaan tersebut selepas Lewis Hamilton terpaksa bersara pada awal perlumbaan disebabkan masalah kotak gear. Vettel mendapat kemenangan keduanya berturut-turut selepas memenangi perlumbaan di Jepun, setelah bermula dari petak pertama. Beliau juga menerajui kesemua pusingan dalam perlumbaan tersebut dan tidak menerima sebarang tekanan daripada Felipe Massa, yang mendapat tempat kedua. Di Grand Prix Korea, Vettel terpaksa bermula dari tempat kedua selepas rakan sepasukan, Mark Webber, mendapat petak pertama. Namun begitu, Vettel berjaya memotong Webber pada selekoh pertama dan memenangi perlumbaan tersebut, serta menerajui kesemua pusingan perlumbaan. Di India, Vettel memulakan perlumbaan dari petak pertama dan memenangi perlumbaan tersebut, termasuk menerajui kesemua pusingan perlumbaan. Namun beliau gagal untuk mendapat Grand Slam selepas Jenson Button menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan pada pusingan terakhir perlumbaan.

 
Vettel di Grand Prix Amerika Syarikat

Grand Prix Abu Dhabi merupakan sesi kelayakan yang paling berkontroversi dalam kerjaya Vettel, setelah menetapkan masa ketiga terpantas pada Q3. Selepas itu, Vettel telah diberitahu untuk memberhentikan keretanya. Isu pam bahan api kemudiannya didapati menjadi punca masalah ini dan beliau diberikan penalti, bermaksud Vettel perlu memulakan perlumbaan dari petak belakang, tetapi Red Bull kemudiannya memutuskan untuk membuat beberapa perubahan kepada kereta, dan Vettel bermula dari lorong pit. Walau bagaimanapun, dalam perlumbaan, Vettel berjaya untuk menamatkan perlumbaan di atas podium setelah mendapat tempat ketiga. Selepas mendapat podium di Grand Prix Amerika Syarikat, Vettel mempunyai peluang yang besar untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia yang ketiga beliau di Brazil. Vettel memulakan perlumbaan di Brazil dengan kelebihan 13-mata di hadapan pesaing utama, Fernando Alonso. Pada awal perlumbaan, Vettel berpusing selepas berlanggar dengan Bruno Senna, dan jatuh ke tempat terakhir. Namun begitu, Vettel berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam, manakala Alonso mendapat tempat kedua. Dengan ini, Vettel memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia dengan tiga mata di hadapan Alonso.[4] Ini adalah kejuaraan dunia ketiga dan berturut-turut yang dimenangi oleh Vettel, dan sekaligus menjadi pemandu termuda untuk memenangi tiga kejuaraan pemandu.[4] Vettel juga menjadi pemandu yang ketiga untuk memenangi tiga kejuaraan berturut-turut, selepas Juan Manuel Fangio dan Michael Schumacher.[41]

2013 sunting

 
Vettel (kiri) memintas rakan sepasukan, Mark Webber (kanan), di Grand Prix Malaysia 2013 walaupun pasukannya menyuruh untuk tidak berbuat demikian.

Vettel memulakan musim kelimanya bersama Red Bull Racing dengan mendapat petak pertama di Grand Prix Australia 2013,[42] sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, 22 saat di belakang pemenang, Kimi Räikkönen.[43] Beliau mendapat petak pertama sekali lagi di Grand Prix Malaysia,[44] dan kemudiannya memenangi perlumbaan tersebut dalam keadaan kontroversi apabila Vettel mengabaikan arahan daripada pasukannya untuk tidak memintas rakan sepasukan, Mark Webber. Sebelum perlumbaan tersebut bermula, pasukan telah bersetuju bahawa kedua-dua pemandu bebas untuk berlumba sesama-sendiri sebelum perhentian pit terakhir, dan sesiapa yang berada di hadapan selepas perhentian pit terakhir akan memenangi perlumbaan itu. Pasukan Red Bull berada di tempat pertama dan kedua selepas perhentian pit terakhir, dengan Webber keluar daripada pit dan mendahului perlumbaan, dan menjangkakan bahawa Vettel akan mengekalkan kedudukannya. Vettel, bagaimanapun, mengabaikan perintah tersebut, dan memintas Webber dengan baki sebelas pusingan. Webber naik berang selepas perlumbaan, dan mendakwa bahawa Vettel tidak akan dikenakan apa-apa tindakan atas perbuatanya itu kerana beliau akan dilindungi oleh pasukan.[45] Ketua pasukan, Christian Horner menafikan perkara ini, dengan menunjukkan bahawa Webber telah mencabar perintah pasukan beberapa kali sebelum ini, tetapi mengakui bahawa hubungan antara kedua-dua pemandunya itu tidak akan pulih lagi.[46] Pengurus Webber dan bekas ketua pasukan, Flavio Briatore, mendakwa bahawa kejadian tersebut telah merosakkan hubungan mereka.[47] Vettel memohon maaf atas tindakannya, dengan mendakwa telah mengabaikan perintah itu secara tidak sengaja, walaupun mengetahui bahawa beliau perlu mengekalkan kedudukannya. Vettel kemudiannya menarik balik permohonan maafnya, dan mendakwa bahawa beliau tidak berasa salah selepas memenangi perlumbaan tersebut, dan jika keadaan ini berlaku lagi, beliau akan tetap memintas Webber walaupun pasukannya tidak menyuruhnya untuk berbuat demikian, sambil menambah bahawa beliau merasakan yang Webber tidak layak untuk memenangi perlumbaan tersebut.[48]

Di Grand Prix China, Vettel bermula di tempat kesembilan, selepas tidak menetapkan sebarang masa pada sesi kelayakan bahagian ketiga, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-4, dan menetapkan masa pusingan terpantas. Vettel menang selepas bermula di tempat kedua di Bahrain, dengan memintas Nico Rosberg pada awal perlumbaan. Vettel kekal sebagai pendahulu kejuaraan selepas mendapat tempat ke-4 di Sepanyol, dan ke-2 di Grand Prix Monaco. Vettel memenangi perlumbaan di Montreal setelah bermula dari petak pertama dan selepas perlumbaan tersebut, beliau mendahului kejuaraan dengan 36 mata di hadapan Fernando Alonso.

Masa hadapan sunting

Pada 21 Ogos 2009, ia diumumkan bahawa Vettel telah melanjutkan kontraknya bersama Red Bull sehingga akhir musim 2011,[49] dengan pilihan untuk musim 2012. Pilihan tersebut telah diambil oleh Vettel pada 14 Mac 2011 dan Vettel melanjutkan kontraknya dengan pasukan itu sehingga akhir tahun 2014.[50] Vettel pernah meluahkan hasratnya untuk berlumba bersama pasukan Ferrari pada satu hari nanti, dan diketahui bahawa Vettel tidak terikat dengan pra-kontrak bersama Ferrari, manakala Red Bull percaya bahawa beliau akan kekal bersama mereka selagi Red Bull membekalkan kereta yang berdaya saing.[51] Sebelum Grand Prix Jepun 2011, penasihat Red Bull, Helmut Marko, meluahkan perasaan beliau untuk melanjutkan kontrak Vettel selama dua tahun, sehingga tahun 2016.[52]

Penghargaan sunting

Pada bulan Februari 2012, Vettel diberikan anugerah sukan tertinggi di Jerman, iaitu Silberne Lorbeerblatt, bagi mengiktiraf pencapaian beliau dalam Formula Satu.[53]

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2003 Formula BMW ADAC Eifelland Racing 19 5 5 4 12 216 Ke-2
2004 Formula BMW ADAC ADAC Berlin-Brandenburg 20 18 14 13 20 387 Pertama
2005 Formula 3 Euro Series ASL Mücke Motorsport 20 0 0 1 5 57 Ke-5
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A Ke-11
Spanish Formula Three Championship Racing Engineering 1 0 0 0 1 8 Ke-15
Macau Grand Prix ASM F3 1 0 0 0 1 N/A Ke-3
Formula Satu BMW Williams F1 Team Pemandu ujian
2006 Formula 3 Euro Series ASM Formule 3 20 4 1 5 9 75 Ke-2
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A Ke-23
Formula Renault 3.5 Series Carlin Motorsport 3 1 1 0 2 28 Ke-15
Masters of Formula 3 ASL Mücke Motorsport 1 0 0 0 0 N/A Ke-6
Formula Satu BMW Sauber F1 Team Pemandu ujian
2007 Formula Renault 3.5 Series Carlin Motorsport 7 1 1 1 4 74 Ke-5
Formula Satu BMW Sauber F1 Team 1 0 0 0 0 6 Ke-14
Scuderia Toro Rosso 7 0 0 0 0
2008 Formula Satu Scuderia Toro Rosso 18 1 1 0 1 35 Ke-8
2009 Formula Satu Red Bull Racing 17 4 4 3 8 84 Ke-2
2010 Formula Satu Red Bull Racing 19 5 10 3 10 256 Pertama
2011 Formula Satu Red Bull Racing 19 11 15 3 17 392 Pertama
2012 Formula Satu Red Bull Racing 20 5 6 6 10 281 Pertama
2013 Formula Satu Infiniti Red Bull Racing 12 6 4 4 9 222* Pertama*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap Formula 3 Euro Series sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DC Mata
2005 ASL Mücke Motorsport Dallara F305/011 Mercedes HOC1
1

15
HOC1
2

5
PAU
1

7
PAU
2

11
SPA
1

DSQ
SPA
2

13
MON
1

18
MON
2

17
OSC
1

5
OSC
2

5
NOR
1

2
NOR
2

4
NÜR
1

11
NÜR
2

2
ZAN
1

2
ZAN
2

2
LAU
1

3
LAU
2

15
HOC2
1

13
HOC2
2

3
Ke-5 57
2006 ASM Formule 3 Dallara F305/059 Mercedes HOC1
1

5
HOC1
2

1
LAU
1

3
LAU
2

6
OSC
1

5
OSC
2

14
BRH
1

2
BRH
2

7
NOR
1

2
NOR
2

Ret
NÜR
1

1
NÜR
2

1
ZAN
1

24
ZAN
2

2
CAT
1

1
CAT
2

Ret
LMS
1

9
LMS
2

9
HOC2
1

3
HOC2
2

12
Ke-2 75

Keputusan lengkap Formula Renault 3.5 Series sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 DC Mata
2006 Carlin Motorsport ZOL
1
ZOL
2
MON
1
IST
1
IST
2
MIS
1

2
MIS
2

1
SPA
1

Ret
SPA
2

DNS
NÜR
1
NÜR
2
DON
1
DON
2
LMS
1
LMS
2
CAT
1
CAT
2
Ke-15 28
2007 Carlin Motorsport MNZ
1

5
MNZ
2

3
NÜR
1

1
NÜR
2

6
MON
1

2
HUN
1

4
HUN
2

3
SPA
1
SPA
2
DON
1
DON
2
MAG
1
MAG
2
EST
1
EST
2
CAT
1
CAT
2
Ke-5 74

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2006 BMW Sauber F1 Team BMW Sauber F1.06 BMW P86 2.4 V8 BHR MAL AUS SMR EUR ESP MON GBR CAN USA FRA GER HUN TUR
TD
ITA
TD
CHN
TD
JPN
TD
BRA
TD
2007 BMW Sauber F1 Team BMW Sauber F1.07 BMW P86/7 2.4 V8 AUS
TD
MAL
TD
BHR ESP MON CAN USA
8
FRA GBR EUR Ke-14 6
Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR2 Ferrari 056 2.4 V8 HUN
16
TUR
19
ITA
18
BEL
Ret
JPN
Ret
CHN
4
BRA
Ret
2008 Scuderia Toro Rosso Toro Rosso STR2 STR2B Ferrari 056 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
Ret
BHR
Ret
ESP
Ret
TUR
17
Ke-8 35
Toro Rosso STR3 Ferrari 056 2.4 V8 MON
5
CAN
8
FRA
12
GBR
Ret
GER
8
HUN
Ret
EUR
6
BEL
5
ITA
1
SIN
5
JPN
6
CHN
9
BRA
4
2009 Red Bull Racing Red Bull RB5 Renault RS27 2.4 V8 AUS
13
MAL
15
CHN
1
BHR
2
ESP
4
MON
Ret
TUR
3
GBR
1
GER
2
HUN
Ret
EUR
Ret
BEL
3
ITA
8
SIN
4
JPN
1
BRA
4
ABU
1
Ke-2 84
2010 Red Bull Racing Red Bull RB6 Renault RS27 2.4 V8 BHR
4
AUS
Ret
MAL
1
CHN
6
ESP
3
MON
2
TUR
Ret
CAN
4
EUR
1
GBR
7
GER
3
HUN
3
BEL
15
ITA
4
SIN
2
JPN
1
KOR
Ret
BRA
1
ABU
1
Pertama 256
2011 Red Bull Racing Red Bull RB7 Renault RS27 2.4 V8 AUS
1
MAL
1
CHN
2
TUR
1
ESP
1
MON
1
CAN
2
EUR
1
GBR
2
GER
4
HUN
2
BEL
1
ITA
1
SIN
1
JPN
3
KOR
1
IND
1
ABU
Ret
BRA
2
Pertama 392
2012 Red Bull Racing Red Bull RB8 Renault RS27 2.4 V8 AUS
2
MAL
11
CHN
5
BHR
1
ESP
6
MON
4
CAN
4
EUR
Ret
GBR
3
GER
5
HUN
4
BEL
2
ITA
22
SIN
1
JPN
1
KOR
1
IND
1
ABU
3
USA
2
BRA
6
Pertama 281
2013 Infiniti Red Bull Racing Red Bull RB9 Renault RS27 2.4 V8 AUS
3
MAL
1
CHN
4
BHR
1
ESP
4
MON
2
CAN
1
GBR
Ret
GER
1
HUN
3
BEL
1
ITA
1
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Pertama* 222*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Formula One unveils driver numbers for 2014 season". CNN. 13 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2022. Dicapai pada 25 October 2022.
  2. ^ "Sebastian Vettel". formulaone.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2020. Dicapai pada 24 March 2023.
  3. ^ a b "Sebastian Vettel". Formula1.com. Formula One Administration. Dicapai pada 2 Disember 2012.
  4. ^ a b c Benson, Andrew (25 November 2012). "Sebastian Vettel memenangi kejuaraan F1 yang ketiga untuk Red Bull". BBC. Dicapai pada 25 November 2012.
  5. ^ "Vettel mencipta sejarah dengan mendapat petak pertama di Grand Prix Itali". TSN. 13 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-08. Dicapai pada 13 September 2008.
  6. ^ "Vettel mencipta sejarah dengan memenangi Grand Prix Itali". TSN. 14 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-09. Dicapai pada 14 September 2008.
  7. ^ "Hidup rahsia Sebastian Vettel". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 17 Mac 2010. Dicapai pada 18 Mac 2010.
  8. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/55728
  9. ^ "WS: Misano 2006 – Maldonado disingkirkan, Vettel menang". crash.net. 17 Julai 2006. Dicapai pada 1 Jun 2007.
  10. ^ "Ammermuller mengantikan Vettel di pasukan Carlin". autosport.com. 15 Ogos 2007. Dicapai pada 19 Ogos 2007.
  11. ^ "GP Turki 2006– Sesi latihan kedua". formula1.com. 25 Ogos 2006. Dicapai pada 1 Jun 2007.
  12. ^ "BMW menamakan pemandu pasukan bagi musim 2007". grandprix.com. 19 Oktober 2006. Dicapai pada 1 Jun 2007.
  13. ^ "Vettel menjadi pemandu termuda untuk mendapat mata kejuaraan". itv-f1.com. 17 Jun 2007. Dicapai pada 18 Jun 2007.
  14. ^ "Scott Speed digantikan oleh Sebastian Vettel". Associated Press. 31 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-29. Dicapai pada 21 Julai 2008.
  15. ^ "Vettel akan mendapat $165,000 di STR". flagworld.auto123.com. 1 Ogos 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-15. Dicapai pada 1 Ogos 2007.
  16. ^ "Vettel akan berlumba untuk Toro Rosso bagi musim 2008". autosport.com. 2 Ogos 2007. Dicapai pada 2 Ogos 2007.
  17. ^ Vettel tipped to be a 'big star' in F1 AUTOSPORT.com. Dicapai 30 Januari 2009.
  18. ^ Benson, Andrew (14 September 2008), "Grand Prix Perancis", BBC Sport
  19. ^ Henry, Alan (15 September 2008), "Pada umur 21 tahun dan 74 hari, Vettel ialah pemenang Grand Prix termuda", The Guardian, London
  20. ^ Benson, Andrew (14 September 2008), "Grand Prix Perancis", BBC Sport
  21. ^ "Vettel 'Rookie of the Year'". F1Technical.net. F1 Technical. 8 Disember 2008. Dicapai pada 14 Julai 2012.
  22. ^ "Vettel dikenakan penalti untuk GP Malaysia 2009". autosport.com. Dicapai pada 31 Mac 2009.
  23. ^ Cheese, Caroline (5 April 2009). "Laporan GP Malaysia". bbc.co.uk/sport. Dicapai pada 5 April 2009.
  24. ^ Whyatt, Chris (19 April 2009). "Vettel mendapat kemenangan Red Bull yang pertama". BBC News. Dicapai pada 23 May 2010.
  25. ^ Cary, Tom (21 Jun 2009). "Grand Prix British: Sebastian Vettel menang di Silverstone". The Telegraph. London. Dicapai pada 25 Jun 2009.
  26. ^ "Mark Webber mendapat kemenangan pertama". Grandprix.com. 12 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  27. ^ "Lewis Hamilton memenangi GP Hungary". Grandprix.com. 26 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-29. Dicapai pada 19 Julai 2010.
  28. ^ "autosport.com". autosport.com. Dicapai pada 10 Julai 2010.
  29. ^ Spurgeon, Brad (4 Oktober 2009). "Hujung minggu yang terbaik bagi seorang pemandu Jerman di GP Jepun". The New York Times. Dicapai pada 17 November 2010.
  30. ^ "Anugerah DHL Fastest Lap Award– Keputusan 2009". Laman sesawang rasmi F1. Dicapai pada 11 Februari 2009.
  31. ^ Noble, Jonathan (26 Mac 2010). "Heidfeld dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Pemandu Grand Prix". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 26 Mac 2010.
  32. ^ Weaver, Paul (4 April 2010). "Sebastian Vettel dari Red Bull memenangi GP Malaysia 2010". The Guardian. Kuala Lumpur: Guardian Media Group. Dicapai pada 6 April 2010.
  33. ^ "GP China– Ahad – Laporan perlumbaan: Button menang di China". grandprix.com. Inside F1, Inc. 18 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 10 Ogos 2010.
  34. ^ "Sebastian Vettel memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Formula Satu di Abu Dhabi". The Guardian. London: Guardian Media Group. 14 November 2010. Dicapai pada 15 November 2010.
  35. ^ "Hamilton mengejutkan Vettel". Sky Sports. British Sky Broadcasting. 17 April 2011. Dicapai pada 21 April 2011.
  36. ^ "Lewis tidak dapat mengalahkan KERS Vettel". Milton Keynes Citizen. Johnston Press. 23 Mei 2011. Dicapai pada 24 Mei 2011.
  37. ^ "Webber tentang Lewis Hamilton". crash.net. Crash Media Group. 26 Jun 2011. Dicapai pada 1 Julai 2011.
  38. ^ "Sebastian Vettel - Formula Satu musim 2012". Red Bull Racing. Red Bull. 6 Februari 2012. Dicapai pada 14 Februari 2012.
  39. ^ Benson, Andrew (18 Mac 2012). "Jenson Button memenangi Grand Prix Australia untuk McLaren". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  40. ^ Benson, Andrew (26 Mac 2012). "Sebastian Vettel mengkritik pemandu 'bodoh' di GP Malaysia". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 31 Mac 2012.
  41. ^ Brad Spurgeon (26 November 2012). "Vettel mendapat kejuaraan ketiga berturut-turut". New York Times. Dicapai pada 28 November 2012.
  42. ^ Collantine, Keith (16 Mac 2013). "Australian GP qualifying postponed to Sunday morning". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  43. ^ "2013 Formula 1 Rolex Australian Grand Prix — Results". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 17 Mac 2013. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  44. ^ Collantine, Keith (23 Mac 2013). "Malaysian rain can't keep Vettel from pole again". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  45. ^ Collantine, Keith (24 Mac 2013). "Webber: Vettel will be 'protected' in team orders row". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  46. ^ Benson, Andrew (24 Mac 2013). "Sebastian Vettel in Mark Webber apology after Malaysia win". BBC F1. BBC. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  47. ^ "Mark Webber, Sebastian Vettel must part in 2014 - Flavio Briatore". Autosport.com. Haymarket Publications. 26 Mac 2013. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  48. ^ Noble, Jonathon; Beer, Matt (11 April 2013). "Red Bull team orders row: Vettel says he would probably do it again". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 13 April 2013.
  49. ^ "Red Bull melanjutkan kontrak Vettel". gpupdate.net. GPUpdate. 21 Ogos 2009. Dicapai pada 1 April 2010.
  50. ^ Benson, Andrew (14 Mac 2011). "Sebastian Vettel melanjutkan kontrak bersama Red Bull". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 14 Mac 2011.
  51. ^ "I've got wings! Sebastian Vettel menolak Ferrari untuk kekal bersama Red Bull sehingga tahun 2014". Daily Mail. Associated Newspapers. 14 Mac 2011. Dicapai pada 2 Jun 2011.
  52. ^ "Marko ingin melanjutkan kontrak Vettel sehingga tahun 2016". Speed. GMM. 5 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-30. Dicapai pada 9 Oktober 2011.
  53. ^ Allen, James (24 Februari 2012). "Vettel diberikan anugerah sukan tertinggi Jerman". James Allen on F1. James Allen. Dicapai pada 24 Februari 2012.

Pautan luar sunting