Buka menu utama
Bangunan Sūmitsu-in pada tahun 1922.

Dewan Penasihat Jepun (枢密院, Sūmitsu-in) adalah sebuah majlis penasihat untuk Maharaja Jepun yang berfungsi antara 1888-1947.

Bentuk dewan ini sebahagiannya meniru Majlis Privi United Kingdom, yang memberikan nasihat kepada Takhta mengenai permasalahan yang sangat penting, antara lain termasuk:

  1. mengusulkan pindaan terhadap Undang-Undang Rumah Tangga Diraja 1889 dan Perlembagaan Empayar Jepun;
  2. masalah tafsiran perlembagaan, rang undang-undang, dan ordinan;
  3. pengumuman pemerintahan tentera dan perisytiharan perang;
  4. perjanjian dan persetujuan antarabangsa lainnya;
  5. masalah pewarisan takhta dan perngisytiharan pemangku di bawah Undang-Undang Rumah Tangga Diraja; dan
  6. hal-hal lain yang diajukan oleh maharaja (biasanya atas saranan kabinet).

Dengan demikian, Dewan Penasihat memiliki fungsi kehakiman dan sebahagian fungsi eksekutif. Namun, dewan ini tidak memiliki kekuatan untuk memulakan perundangan. rep tarikh

Dewan Penasihat Jepun didirikan berdasarkan ordonansi kemaharajaan dari maharaja Meiji tanggal 28 April 1888, di bawah pimpinan Ito Hirobumi, untuk memusyawarahkan rancangan konstitusi.[1] Konstitusi baru, yang diumumkan maharaja tanggal 11 Februari 1889, secara singkat menyebutkan tentang Dewan Penasihat pada Bab 5, Pasal 46: "Dewan Penasihat akan, sesuai dengan ketentuan organisasi dari Dewan Penasihat, merundingkan berbagai masalah penting Negara ketika mereka telah berkonsultasi dengan maharaja."

Dewan Penasihat ini dihapuskan dengan dibangnunkan Konstitusi Jepun pascaperang yang berlaku hingga masa ini, pada tanggal 3 Mei 1947.

Daftar Ketua Dewan PenasihatSunting

Catatan kakiSunting

  1. ^ Beasley, The Rise of Modern Japan. hlm. 68

ReferensiSunting

  • Beasley, W.G. (2000). The Rise of Modern Japan. Palgrave Macmillan. ISBN 0312233736. 
  • Colgrove, Kenneth W. (1931). The Japanese Privy Council. ASIN: B00086SR24. 
  • Gordon, Andrew (2003). A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to the Present. Oxford University Press. ISBN 0195110617. 
  • Jansen, Marius B. (2000). The Making of Modern Japan. Belknap Press. ISBN 0674009916.