Durja Ningsun ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2010 arahan Ahmad Idham, dibintangi oleh Aeril Zafrel, Erin Malek, Eja dan Eizlan Yusof. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 19 Ogos 2010 hingga 18 November 2010 menggantikan Roh Kembali... dan digantikan oleh Saka Jentayu.[1]

Durja Ningsun
Genre
Ditulis olehSiti Jasmina Ibrahim
PengarahAhmad Idham
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit
  • Azlan Shah Jaffril
  • Ahmad Idham
PenyuntingAhmad Mustadha
SinematografiAhmad Nizar Mohd Hanafiah
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Seram)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal19 Ogos 2010 – 18 November 2010
Kronologi
MengikutiRoh Kembali...
Diikuti olehSaka Jentayu

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.

Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris).

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?

Pelakon sunting

Utama sunting

  • Erin Malek sebagai Aria

Pembantu sunting

Undangan sunting

Penerbitan sunting

Durja Ningsun menjadi drama seram pertama lakonan Eja. Menurutnya, beliau menerima tawaran berlakon dalam drama ini selepas Ahmad Idham berjaya meyakinkannya untuk membintangi sebuah siri televisyen bergenre seram. Untuk ini, beliau mengamalkan bacaan ayat kursi selain petua lain yang diberikan oleh salah seorang pelakon drama ini, Eizlan Yusof.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (12 Ogos 2010). "Erin Malik, Eizlan Yusof, Aeril Zafrel dalam drama Durja Ningsun". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 April 2013.
  2. ^ Durja Ningsun (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 25 September 2019.
  3. ^ Siti Azira Abd. Aziz (19 Ogos 2010). "Eja baca ayat kursi menghadap pintu". mStar Online. Dicapai pada 21 April 2013.