Enggang kedut (Rhabdotorrhinus corrugatus) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Saiznya sederhana besar dan ia terdapat di hutan di Semenanjung Thai-Melayu, Sumatera, dan Borneo.

Enggang kedut
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Rhabdotorrhinus
Spesies:
R. corrugatus
Nama binomial
Rhabdotorrhinus corrugatus
(Temminck, 1832)

Pemerihalan sunting

Panjangnya ialah sekitar 70 cm dan mempunyai paruh yang sangat besar yang bercantum pada tengkoraknya. Ia mempunyai buluan yang kebanyakannya hitam, lingkaran mata biru, dan hujung ekor putih atau karat lebar. Jantan dan betina mempunyai corak kepala dan paruh yang berbeza. Jantan berbulu kuning terang pada aurikular, pipi, tekak, sisi leher, dan dada, tetapi kawasan tersebut ialah hitam pada betina, kecuali tekak biru. Paruh jantan ialah kuning dengan pangkal dan cula merah, dan separuh pangkalan rahang bawah keperangan. Paruh dan cula betina hampir keseluruhannya kuning.

Pemakanan sunting

Ia ialah spesies hutan dan makan terutamanya buah-buahan, seperti buah ara, walaupun ia juga akan memakan haiwan kecil seperti katak dan serangga. Ia tidak minum, tetapi mendapatkan air yang diperlukan daripada makanannya.

Pembunyian sunting

Seruannya ialah "kak-kak" kasar, atau "row-wow" dalam yang boleh didengari berbatu-batu.

Pembiakan sunting

Ia bersifat monogami dan kekal berpasangan seumur hidup. Ia menggunakan lubang yang terdapat pada pokok untuk bersarang, dan betina akan menampal laluan masuk dengan lumpur dan najis, meninggalkan induk bersarang dan anaknya hanya lubang kecil, terlalu kecil untuk keluar. Induk dan anaknya diberi makan oleh jantan, yang memuntahkan makanan untuknya. Selepas beberapa bulan, apabila anak sudah sedia, betina akan keluar dari sarangnya.

Status Pemulharaan sunting

Ia pertama kali dibiakkan dalam kurungan pada tahun 1988. Penyahhutanan teruk di habitat hutannya telah menyebabkan ia ditukar status daripada Hampir Terancam menjadi Terancam dalam Senarai Merah IUCN pada 2018.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2018). "Rhabdotorrhinus corrugatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22682514A132244524. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22682514A132244524.en. Dicapai pada 18 November 2021.