Fakhri Yassin Mahiaddin
Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin adalah merupakan Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad, sebuah syarikat pemaju perumahan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.[1] Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Bukan Eksekutif, Bukan Bebas di EDEN Incorporated Berhad, milik keluarga mertua beliau, Tan Sri Abdul Rahim Mohamad dan Puan Sri Fadzilah Md Ariff.[2][3]
Yang Berbahagia Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin DPSM (Melaka) | |
---|---|
فخري يسٓ ماهيا الدين | |
Kelahiran | Fakhri Yassin bin Mahiaddin 15 November 1975 |
Pusat pendidikan | Queen Mary University of London (United Kingdom) |
Terkenal kerana | Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad |
Pasangan | Datin Fara Ikma Abdul Rahim |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Puan Sri Noorainee Abdul Rahman |
Bapa | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Keluarga | Najwa Mahiaddin (adik) |
Laman web rasmi | https://www.thriven.com.my/ |
Keluarga sunting
Beliau merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan mempunyai 3 orang adik, iaitu Datin Sri Nabilah Mahiaddin, penyanyi, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin.
Datin Fara Ikma Tan Sri Abdul Rahim adalah isteri beliau dan telah dikurniakan dengan 4 orang anak.[4]
Perniagaan sunting
Selain daripada pernah menganggotai Lembaga Pengarah EDEN, beliau juga adalah Pengarah kepada Ketapang Holdings Sdn Bhd.[5]
Masyarakat sunting
Antara pertubuhan bukan kerajaan yang beliau sertai termasuklah Yayasan Nurul Yaqeen[6] dan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin[7] yang banyak membantu masyarakat dalam bidang pendidikan dan kebajikan.
Anugerah sunting
Senarai anugerah yang diterima[8]
- Melaka
- Darjah Pangkuan Seri Melaka - Datuk (2014)
Rujukan sunting
- ^ Lembaga Pengarah Thriven Global Berhad
- ^ Tan Sri Muhyiddin's son steps down from Eden Inc board
- ^ Lembaga Pengarah EDEN
- ^ Menteri Kewangan nafi ada hubungan keluarga dengan Tan Sri Muhyiddin
- ^ Profil Bloomberg
- ^ Bekas eksekutif Yayasan Nurul Yaqeen dan tiga adik didakwa ubah wang haram RM1.8 juta
- ^ TSMCG terus komited bantu golongan kurang berkemampuan, terkesan akibat COVID-19
- ^ Semakan penerima darjah kebesaran