Farm Fresh

syarikat tenusu Malaysia

Farm Fresh Berhad (dahulunya The Holstein Milk Company Sdn. Bhd.)[3] merupakan syarikat produk tenusu Malaysia. Farm Fresh mempunyai dua kilang yang beroperasi di Bandar Muadzam Shah, Pahang dan di Larkin, Johor di mana kapasiti pengeluaran kilang mencecah kepada 12 juta liter setahun dengan anggaran satu juta liter sebulan.[4] Ia ditubuhkan pada 2009, diasaskan oleh Loi Tuan Eee dan dimiliki 30% oleh Khazanah Nasional Berhad, cabang pelaburan kerajaan Malaysia.[5]

Farm Fresh Berhad
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriTenusu
Ditubuhkan18 Mei 2009; 15 tahun yang lalu (2009-05-18)
Ibu pejabatSedili, Johor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Loi Tuan Ee (Ketua Pegawai Operasi)[1]
  • Azmi Zainal (Ketua Pengarah Operasi)[2]
KeluaranProduk tenusu termasuk susu, yogurt dan krim putar
PemilikKhazanah Nasional
Tapak webwww.farmfresh.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Farm Fresh diasaskan oleh Tuan Ee selepas beliau meninggalkan kerjayanya di syarikat pembungkusan pada 2005.[6]

Pengembangan

sunting

Pada tahun 2014, Farm Fresh meletakkan sasaran jualan RM50 juta bagi tahun kewangannya berakhir pada Mac 2015 berbanding RM38 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya. Syarikat ini juga dilantik oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai pengurus ladang ternakan lembu seluas 240 hektar di Muadzam Shah, Pahang.[7]

Pada Disember 2019, Farm Fresh mengumumkan dalam proses permohonan penyenaraian dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) pada 2020.[8]

Pada 2020, Farm Fresh menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri. Kerjasama antara Farm Fresh dan UPM membawa kepada penubuhan Ladang Farm Fresh @ UPM. Kedua-duanya juga berhasrat untuk membangunkan Pusat Pelancongan Agro untuk mendedahkan pelajar kepada industri tenusu di samping menyemai minat dalam bidang pertanian di kalangan belia.[9]

Penajaan

sunting

Pada tahun 2019, Farm Fresh menjadi penaja rasmi rancangan TV realiti terbitan Astro, Gegar Vaganza bermula dari musim keenam[10][11] dan Big Stage musim kedua. Pada tahun 2020, syarikat ini menjadi penaja rasmi rancangan Immortal Songs Malaysia di TV3.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ The milkman & his cash cows The Star Online (9 Mei 2016). Dicapai pada 19 Januari 2017.
  2. ^ Bos Susu disenangi ramai, tak buat perangai macam penaja GV terdahulu mStar Online (24 Disember 2019). Dicapai pada 19 Januari 2020.
  3. ^ Zubir Sulaiman (16 Disember 2019). Farm Fresh jadi fenomena dalam industri tenusu negara[pautan mati kekal] Bisnes Sinar. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  4. ^ Norshahzura Mat Zuki (15 Jun 2019). Farm Fresh aktif teroka pasaran Singapura[pautan mati kekal] Bisnes Sinar. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  5. ^ Abdul Razak Raaff (6 September 2018). Holstein Milk Company purchases dairy plant in Australia New Straits Times. Dicapai pada 19 Januari 2019.
  6. ^ Claudia Khaw (15 Jun 2022). Farm Fresh: Malaysian dairy milk brand founder and business history Vulcan Post. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
  7. ^ Sri Ayu Kartika Amri (15 Oktober 2014). Susun strategi tambah untung Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2015.
  8. ^ Sri Ayu Kartika Amri (2 Disember 2019). Farm Fresh bakal terbit IPO Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  9. ^ Claudia Khaw (28 Julai 2022). Farm Fresh diversifies from milk with an agrotour experience at UPM, we went to get a taste Vulcan Post. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
  10. ^ Hasimi Muhammad (28 Disember 2019). Farm Fresh anjur konsert dalam ladang lembu Astro Awani. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  11. ^ Hasimi Muhammad (29 Disember 2019). Bos Susu sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang Astro Awani. Dicapai pada 19 Januari 2020.

Bacaan berkaitan

sunting
  • Zulaikha Yusof (2 Oktober 2019). "Farm Fresh, segelas susu penuh kebaikan". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Januari 2020.

Pautan luar

sunting