Loceng Maut
Loceng Maut merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1977 dan ditayangkan di pawagam seluruh negara. Filem Loceng Maut diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih. Filem ini juga merupakan filem terakhir hitam putih dan kedua terakhir terbitan Studio Merdeka.
Loceng Maut | |
---|---|
Pengarah | Nas Achnas |
Penulis | Frank Rorimpandey |
Lakon layar | Frank Rorimpandey |
Dihasilkan oleh | Runme Shaw Tuti Mutia |
Dibintangi | Omar Shariff Hussein Abu Hassan Teh Faridah Noorizan Yusof Haslam |
Sinematografi | A. V. Bapat |
Muzik oleh | Ahmad Nawab |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1977 |
Masa tayangan | 100 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pengarah
suntingFilem Loceng Maut diarah oleh pengarah Nas Achnas pada 1977.
Sinopsis
suntingMengisahkan tiga orang lanun (digambarkan seorang tertutup sebelah matanya, seorang memakai subang di telinga dan seorang lagi bertanda di dahi) datang ke sebuah pulau dan membunuh keluarga Andika (Omar Shariff). Andika ingin membalas dendam di atas kematian ibu (Noorizan) dan adik lelakinya, Buyong (Zulkifli M. Osman). Sementara itu adik perempuannya, Aluni (Teh Faridah) telah diperkosa dan dilarikan. Andika mengambil keputusan untuk menuntut ilmu persilatan dengan seorang guru (M. Suki) yang baharu dikenalinya. Walaupun guru tersebut tidak mahu menerimanya sebagai anak murid, Andika tetap memujuk guru tersebut agar menerimanya dan bertujuan untuk menuntut keadilan demi keluarganya. Sehingga dia sanggup untuk memotong tangannya sendiri namun tindakan itu dihalang oleh guru tersebut. Lima tahun Andika dilatih sehingga dia betul-betul menjadi seorang pendekar yang terulung. Andika dikurniakan sebilah pedang berhulu emas milik gurunya. Kini tiba masanya untuk Andika menuntut keadilan. Andika mula menjejaki musuh-musuhnya dan setibanya di sebuah perkampungan, dia telah membebaskan seorang gadis (Faridah Ucok Harahap) dari Durga (M. Shahdan). Andika meneruskan perjalanan dan kali ini dia tiba disebuah perkampungan yang masyarakatnya suka berjudi. Disitulah Andika ternampak akan salah seorang dari 3 orang lanun iaitu seorang yang berkepala botak dan memakai subang di telinga. Dalam masa yang sama, Tok Penghulu (Yusof Haslam) tidak mahu lanun botak itu yang bernama Paramu (Awang Daud) keluar dari kampungnya dengan wang kemenangan perjudian. Maka diarahkan orang-orangnya untuk mencederakan dan merampas wang dari Paramu. Namun kesemuanya mudah ditewaskan oleh Paramu dan dalam masa yang sama Andika telah muncul dengan sengaja membantu Paramu agar dia tidak dibunuh ditangannya orang lain. Andika terus bergelut dengan Paramu sehingga si petualang tersebut terbunuh. Andika juga tercedera dek terkena tikaman dari pedang Paramu. Dia diselamatkan oleh gadis yang pernah ditebusnya dari Durga dahulu. Setelah 10 hari, lukanya beransur sembuh, Andika tinggal bersama keluarga gadis tersebut. Di hari upacara adat tradisi desa tersebut, Andika mulai bertanya akan nama si gadis tersebut. Gadis tersebut memberitahu namanya ialah Dayu. Dayu meluahkan perasaannya terhadap Andika. Akhirnya, Andika mengambil keputusan untuk mengahwini Dayu namun dendamnya belum terbalas lagi. Andika meninggalkan kampung dan terus menjejaki musuh-musuhnya.
Andika tiba di sebuah kampung yang baharu untuk menjejaki Badi (Alias Augustine), dia telah berjumpa dengan isteri keduanya (Dalila Fazlur Rahman). Isterinya memberitahu yang Badi telah dipenjarakan. Andika ingin memasang perangkap bagaimana dia ingin bertemu dengan Badi di dalam penjara. Dengan sengaja dia telah ditangkap dan dipenjarakan kerana membuat kekacauan di kampung tersebut. Di dalam penjara tersebut dia ternampak akan Badi. Andika mulai memasang strategi bagaimana dia ingin membunuh Badi. Keesokkan harinya, semua banduan dikerahkan bekerja di dalam hutan, Andika dan Badi merancang untuk melarikan diri bersama. Perangkap Andika terhadap pengawal penjara berjaya. Mereka berdua terus melarikan diri sehingga tiba di perkampungan asal Andika. Disitulah Andika terus menukar pakaian pendekarnya dan tiba masanya untuk membalas dendam ke atas Badi. Badi masih teringat akan bunyi loceng di hulu pedang Andika. Badi seakan tidak percaya, lelaki yang menolongnya tadi adalah Andika yang kini berubah fikiran dan berniat untuk membunuhnya. Badi kehairanan kenapa Andika tidak mahu membunuhnya terlebih dahulu, Andika tidak mahu Badi mati dengan kaedah yang mudah, dia mahu membunuh Badi di atas pusara ibunya. Lalu, Andika mencampakkan sebatang tombak untuk beradu tenaga kepada Badi. Badi dan Andika terus bergelut sehingga Badi dibunuh diatas pusara ibunya. Dalam masa yang sama, Dayu menyaksikan pembunuhan itu dan memujuk Andika agar kembali ke pangkal jalan selepas dia selesai mengebumikan jenazah Badi disisi pusara ibu dan adiknya. Andika tidak mengendahkan nasihat Dayu. Dia terus meninggalkan Dayu untuk mencari seorang lagi lanun yang menculik adiknya, Aluni. Dayu sungguh kecewa dengan tindak tanduk Andika.
Tiba di hari musim menuai, segerombolan penyamun telah menyerang dan merampas semua harta benda serta dibakarnya setiap rumah di kampung tersebut. Dayu sempat menyelamatkan dirinya. Kali ini, Andika akan menyertai kumpulan lanun tersebut kerana Panglima (Hussein Abu Hassan) adalah musuhnya yang terakhir yang juga penculik adik perempuannya dan bersembunyi di dalam gua. Aluni yang terkejut apabila dia berjumpa dengan abangnya Andika. Ini membuatkan Panglima berasa curiga dengan Andika. Andika akhirnya mengakui dirinya yang sebenar di hadapan Panglima. Panglima dan Andika terus bergelut sehingga Panglima dicederakan dengan sebilah kapaknya sendiri. Aluni terus mendesak abangnya untuk terus membunuh Panglima namun Panglima berpura-pura meminta ampun kepada Andika agar dia tidak dibunuh. Andika teringat akan pesan gurunya supaya tidak membunuh orang yang sudah meminta maaf tetapi Panglima sempat mengeluarkan senjata apinya dan terus menembak ke tubuh Andika. Andika tercedera dibahu kanannya dan dikesempatan itulah Aluni terus ke arah Panglima dan menikam dilehernya dengan bersenjatakan sebatang sanggul yang disispkan dirambutnya tetapi malang sungguh nasib Aluni, Panglima juga sempat menembak Aluni dengan jarak yang dekat. Dengan itu, Aluni juga terkorban. Andika sungguh sedih kerana tidak dapat menyelamatkan adiknya Aluni. Andika terus meninggalkan gua tersebut dan dalam masa yang sama, Dayu sentiasa mengekori pergerakkan suaminya. Kali ini, Andika mula menerima cinta Dayu dan memanggil Dayu kembali ke pangkuannya kerana dendamnya sudah berbalas. Mereka kembali hidup bahagia bersama.
Pelakon
sunting- Omar Shariff (Guru Seni Silat Bengkong Malaysia) sebagai Andika
- Farida Ucok Harahap sebagai Dayu
- Teh Faridah sebagai Aluni
- Noorizan sebagai Ibu Andika, Ayuni dan Buyong
- Dalila Fazlur Rehman sebagai isteri kedua Badi
- Zulkifli M. Osman sebagai Buyong
- Hussein Abu Hassan sebagai Panglima
- Yusof Haslam sebagai Tok Penghulu
- Alias Augustine sebagai Badi
- Awang Daud (Guru Seni Silat Bengkong Malaysia) sebagai Paramu
- M. Suki sebagai guru
- M. Shahdan sebagai Durga
- Mokhtaruddin sebagai Pendekar