Merah (filem)

(Dilencongkan daripada Filem Merah)

Merah ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 1996 arahan dan skrip oleh pemuzik tersohor negara, M. Nasir dalam penampilan sulungnya di kerusi pengarah.[2][3][4] Dibintangi oleh Awie, Ziana Zain dan M. Nasir sendiri, filem ini berkisarkan tentang Merah yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana terbabit dalam kes rompakan bersama dua rakannya. Selepas dibebaskan, dia bertemu dengan Kasih dalam program kaunseling. Kasih memberi kekuatan dan keazaman baharu kepada Merah untuk mengubah hidupnya. Filem ini ditayangkan pada 19 Disember 1996 dan menerima ulasan positif.[5][6]

Merah
Poster keluaran tayangan, direka bentuk oleh Mohd Foad Hassan.
PengarahM. Nasir
Penulis
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiJamaluddin Maarif
Disunting oleh
  • Md Deris Hashim
  • Raja Jamaluddin
Muzik olehM. Nasir
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
19 Disember 1996[1]
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.1 juta
Pecah panggungRM 1.5 juta

Sinopsis

sunting

Merah bersama dua rakannya, Hassan dan Salleh masing-masing terperangkap dalam permainan dunia. Asalnya ketiga-tiga watak ini berkiblatkan pada kebenaran dan kesucian, tetapi atas cabaran suratan nasib, mereka berubah. Mereka bertiga melakukan satu rompakan nekad untuk membantu nenek Salleh yang terlantar di hospital (memerlukan wang yang banyak untuk mendapatkan rawatan pakar - kebetulan miskin). Bertembung dengan sekatan jalan polis, Merah berkorban, mencadangkan kepada Hassan dan Salleh untuk melarikan diri, sementara dia memancing polis mengejarnya. Merah tertangkap, dipenjarakan lima tahun. Keluar - dipilih untuk menjalani program kaunseling - di sini bertemu dengan Kasih kaunselar sukarelawan. Kasih - anak sulung sepasang suami isteri yang kaya raya mahu mengenal erti hidup yang sebenarnya, lantas melakukan kerja ini - tinggal sendiri, jauh dari ibu bapanya dan memiliki sebuah kilang batik (tapi merahsiakan segala latar belakangnya). Dengan kehadiran Kasih, Merah seperti mendapat kekuatan baru, bertekad untuk berjalan di jalan yang lurus dan mereka sering memendamkan rasa sayang.

Pelakon

sunting

Kumpulan hip hop, Nico membuat penampilan khas sebagai penyanyi undangan di Kelab Rok Tatu.

Penerbitan

sunting

Merah ialah percubaan sulung penyanyi, M. Nasir sebagai pengarah dan merupakan filem pertama terbitan syarikat miliknya, Luncai Emas. Nasir turut berkhidmat sebagai penerbit, penulis skrip dan pengarah muzik.[11][12] Menurut Nasir, Merah bukan lanjutan daripada muzik video lagu "Mentera Semerah Padi" nyanyiannya, tetapi ialah nama watak utama filem pertamanya.[13] Untuk filem ini, beliau menggunakan sepenuhnya khidmat pelakon lelaki[14] dan yakin bahawa karya sulung arahannya akan memberikan kelainan berbanding filem tempatan lain yang pernah diterbitkan.[15]

Filem ini kembali menggandingkan Awie dan Ziana Zain, selepas gandingan mereka dalam filem Sembilu (1994) dan Sembilu II (1995) arahan Yusof Haslam berjaya menarik perhatian peminat.[16][17] Untuk persediaan bagi watak Merah, Awie menurunkan berat badannya. Beliau mengakui sedia untuk berimej botak jika dikehendaki oleh pengarah.[18] Kumpulan hip hop, Nico membuat penampilan khas.[19] Barisan pelakon lain termasuk Hani Mohsin, Jalaluddin Hassan, Arash Mohamad, Orkid Abdullah, Razzi Rahman dan Zakaria Yusof.[20] Skop Productions—syarikat penerbitan yang diasaskan oleh Yusof—mengendalikan urusan pengedaran.[21][22][23]

Penggambaran dijalankan pada November 1995 hingga Januari 1996,[24][25] manakala pasca-penerbitan dijalankan di Hong Kong pada Jun 1996.[26][27] Merah telah menjalani proses penilaian dan mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) dengan sedikit potongan membabitkan dialog yang dianggap kurang sesuai.[28][29]

Merah: Original Soundtrack
 
Runut bunyi oleh
Pelbagai Artis
Dilancarkan pada18 November 1996
Dirakamkan pada1996
TempatMalaysia  
GenrePop
BahasaBahasa Melayu  
SyarikatLuncai Emas, BMG Music
PengarahM. Nasir  
PenerbitM. Nasir
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Merah: Original Soundtrack ialah album runut bunyi filem Merah, yang dikeluarkan pada 18 November 1996 oleh Luncai Emas. Sebanyak 11 lagu dimuatkan dalam runut bunyi ini, dengan "Senja Nan Merah" nyanyian Awie dan Ziana Zain dikeluarkan sebagai single utama.[30][31][32]

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Senja Nan Merah" (Awie & Ziana Zain) SethDarwis6:30
2."Ingin Masuk Syurga" (Awie) Kristo BimboHidayat5:43
3."Semua Dah Tertulis" (Awie) KeonAyu Amina6:24
4."Ya! Sidi Mustaffa" (M. Nasir) LoloqM. Nasir5:15
5."Amok Merah" (Joey Daud) LoloqJoey Daud4:56
6."Merah" (M. Nasir) M. NasirM. Nasir2:44
7."Di Radio" (Joey Daud) Kristo BimboJoey Daud, Marlin4:31
8."Mat Danger" (Nico) NicoNico4:30
9."Pada Satu Cinta" (Awie) SethM. Nasir4:43
10."Revolusi" (Awie) UsopM. Nasir6:40
11."Tinggalkan Satu Peluru" (M. Nasir) LoloqM. Nasir4:54


Tenaga kerja

sunting

Diperoleh daripada catatan media album runut bunyi Merah.[33]

  • M. Nasir - penerbit
  • Junainah Johari - penerbit eksekutif
  • Marlin Parabakaran - jurutera rakaman, adunan
  • Sunny Abd Razak - jurutera rakaman
  • Wan Rastari - jurutera adunan
  • Steve Smart - mastering
  • Mohd Foad Hassan - pereka kulit album
  • Studio Ronggeng - studio rakaman, adunan
  • Studio 301, Sydney, Australia - studio mastering
  • Digitpress - cetakan

Keluaran dan sambutan

sunting

Tayangan

sunting

Bagi mempromosikan filem ini, tayangan amal filem Merah diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) pada 23 November 1996,[34] diikuti oleh majlis tayangan perdana filem ini diadakan pada 28 November di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),[35] manakala majlis tayangan amal Merah diadakan pada 30 November di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang dan dihadiri oleh barisan pelakon filem ini.[36][37]

Merah dikeluarkan untuk tayangan tengah malam pada 14 Disember 1996 dan untuk tayangan umum di 31 pawagam seluruh Malaysia pada 19 Disember,[38] dengan tayangan perdana rasminya di panggung Odeon.[39][40][41]

Kutipan

sunting

Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sederhana sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh tayangan perdana selama sebulan.[42]

Ulasan kritis

sunting

Ulasan yang diterima terhadap filem ini rata-ratanya positif. Azian Adnan dari Berita Minggu memuji percubaan sulung M. Nasir sebagai pengarah dan menulis bahawa filem ini "penuh saspens".[43] Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail menyatakan kepujiannya terhadap filem ini sambil berkata "sememangnya hebat".[44] Charon Mokhzani, menulis untuk New Straits Times juga memuji karya sulung M. Nasir dengan menulis "filem sulung yang bergaya" sambil berkata: "Merah ialah arahan sulung yang mengagumkan dan contoh lakonan filem Malaysia yang terbaik [...] Apa yang penting ialah Merah menunjukkan adanya jalan ke hadapan dalam sebuah filem Melayu secara artistik dan teknikal".[45]

Anugerah

sunting

Pada malam Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1996 yang diadakan pada 24 Ogos 1997, Merah telah memenangi Filem Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM70,000 dan trofi.[46][47][48] Pada 27 Ogos, filem ini terpilih sebagai salah satu daripada 10 filem yang disenarai pendek untuk penyertaan ke Anugerah Mutiara di Festival TV dan Filem Asia Timur Pertama (EAFTAB) yang berlangsung di Pulau Pinang.[49][50]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1997 Anugerah Skrin 1997 Filem Terbaik Merah Menang
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Awie Menang
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Ziana Zain Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik M. Nasir Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-13 Anugerah Khas Juri (Penampilan Berkarisma Dalam Filem) Awie Menang

Adaptasi komik

sunting

Sebuah komik adaptasi filem ini telah diterbitkan setebal 80 muka surat dan dikeluarkan pada Hari Raya Aidilfitri 1997.[42]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h i j "Catatan penerbitan Merah". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2009. Dicapai pada 22 Mac 2010.
  2. ^ "Merah temui penonton". Harian Metro. 10 Oktober 1996. Dicapai pada 2 April 2019.
  3. ^ Haliza Ahmad (22 November 1995). "Nasir's debut as director" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 3 April 2019.
  4. ^ Zurina Waji (27 Oktober 1996). "Formula M. Nasir". Metro Ahad. Dicapai pada 4 April 2019.
  5. ^ Zamani Yusof (10 Disember 1996). "Merah papar gejolak jiwa". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2019.
  6. ^ Azian Adnan (10 November 1996). "Merah masuk pawagam minggu depan". Berita Minggu. Dicapai pada 4 April 2019.
  7. ^ Zamani Yusof (3 Disember 1996). "Awie terkilan dengan Merah". Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2019.
  8. ^ Hartati Hassan Basri (8 November 1996). "Merah ubah watak Ziana". Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2019.
  9. ^ "M. Nasir rahsia mesej Merah". Harian Metro. 21 November 1996. Dicapai pada 4 April 2019.
  10. ^ Zamani Yusof (15 Januari 1996). "Arash diuji dalam Merah". Harian Metro. Dicapai pada 2 April 2019.
  11. ^ Zulkefli Ali (21 Januari 1996). "Gaya sutradara". Berita Minggu. Dicapai pada 2 April 2019.
  12. ^ Hanim Mohd Salleh (27 November 1995). "'Merah' cabar kemampuan M. Nasir sebagai pengarah". Berita Harian Singapura. m/s. 6.
  13. ^ Zainuri Misfar (8 Oktober 1995). "Merah bukan lanjutan Mentera". Berita Minggu. Dicapai pada 3 April 2019.
  14. ^ Shuib Taib (23 November 1995). "Males rule in M. Nasir film" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 3 April 2019.
  15. ^ Rozila Saibi (18 November 1995). "Merah janji kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2019.
  16. ^ "Nasir mula buat gimik". Metro Ahad. 8 Oktober 1995. Dicapai pada 3 April 2019.
  17. ^ Haliza Ahmad (21 Disember 1996). "Awie, Ziana put up a creditable show" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 3 April 2019.
  18. ^ "Awie sedia botak". Harian Metro. 13 November 1995. Dicapai pada 3 April 2019.
  19. ^ Daut Noor (15 Februari 1996). "Nico nafi ingin tumpang tuah". Harian Metro. Dicapai pada 2 April 2019.
  20. ^ Tuminah Sapawi (19 Disember 1996). "Merah has big-name stars, and big names to push it" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 15.
  21. ^ "Saya puji cara M. Nasir". Metro Ahad. 29 September 1996. Dicapai pada 3 April 2019.
  22. ^ Marina Abdul Ghani (21 November 1996). "Skop Production to distribute Merah for Luncai Emas" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 April 2019.
  23. ^ "Skop balas budi M. Nasir". Harian Metro. 14 November 1996. Dicapai pada 4 April 2019.
  24. ^ ""Oi, ini bukan Sembilu, ini Merah!"". Metro Ahad. 10 Disember 1995. Dicapai pada 3 April 2019.
  25. ^ "M. Nasir senyap". Metro Ahad. 24 Mac 1996. Dicapai pada 3 April 2019.
  26. ^ Saodah Ismail (23 Jun 1996). "Siapa M. Nasir?". Berita Minggu. Dicapai pada 3 April 2019.
  27. ^ "M. Nasir tak kisah 'Merah' meletup atau tidak". Berita Harian Singapura. 8 Mei 1996. m/s. 6.
  28. ^ Zainuri Misfar (4 Ogos 1996). "Nasir lega filem Merah diluluskan". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2019.
  29. ^ "Nasir lega 'Merah' dilulus". Berita Harian Singapura. 7 Ogos 1996. m/s. 6.
  30. ^ "Promosi awal Merah". Harian Metro. 21 November 1996. Dicapai pada 4 April 2019.
  31. ^ Sajahan Waheed (26 November 1996). "BMG releases soundtrack of 'Merah'" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 April 2019.
  32. ^ "Unsur baru bagi album soundtrack 'Merah'". Berita Harian Singapura. 25 November 1996. m/s. 6.
  33. ^ Merah: Original Soundtrack (Catatan media). Pelbagai artis. Luncai Emas, BMG Music Malaysia. 1996. 74321-43980-2.CS1 maint: others (link)
  34. ^ "Tayangan amal biaya projek ekonomi, sosial". Harian Metro. 4 November 1996. Dicapai pada 4 April 2019.
  35. ^ Roslen Fadzil (26 November 1996). "Peminat naik limosin". Harian Metro. Dicapai pada 2 April 2019.
  36. ^ "Charity film premiere" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 23 November 1996. Dicapai pada 2 April 2019.
  37. ^ Daut Noor (2 Disember 1996). "Pelakon kena kurung". Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2019.
  38. ^ "Nasir bawa penonton berfikir dalam 'Merah'". Berita Harian Singapura. 22 Disember 1996. m/s. 10.
  39. ^ "Awie, Ziana promosi Merah". Harian Metro. 20 Disember 1996. Dicapai pada 3 April 2019.
  40. ^ Haliza Ahmad (19 Disember 1996). "Merah cast to meet fans today" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 3 April 2019.
  41. ^ Hartati Hassan Basri (18 Disember 1996). "Merah mula menyala". Harian Metro. Dicapai pada 3 April 2019.
  42. ^ a b Hanim Mohd Salleh (15 Januari 1997). "Filem Merah akan dijadikan komik". Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2017 – melalui Prahara Seni.
  43. ^ Azian Adnan (15 Disember 1996). "Merah penuh saspens". Berita Minggu. Dicapai pada 3 April 2019.
  44. ^ Marina Abdul Ghani (27 November 1996). "Merah simply superb" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 April 2019.
  45. ^ Charon Mokhzani (1 Januari 1997). "'Merah' forwards Malay film" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 April 2019.
  46. ^ "Merah terpilih filem terbaik". Harian Metro. 25 Ogos 1997. Dicapai pada 4 April 2019.
  47. ^ Zieman (25 Ogos 1997). "Merah steals the limelight at film, drama awards night" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 4 April 2019.
  48. ^ "Kesan 'Merah' ke atas M. Nasir". Berita Harian Singapura. 29 Ogos 1997. m/s. 6.
  49. ^ Haliza Ahmad (26 Ogos 1997). "Merah among best 10 for Pearl Award" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 April 2019.
  50. ^ Haliza Ahmad (29 Ogos 1997). "Merah among top 10 entries" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 4 April 2019.

Pautan luar

sunting