Siti Zubaidah (filem)
Filem Siti Zubaidah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1961. Filem Siti Zubaidah diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini merupakan adaptasi daripada sastera klasik Melayu, Syair Siti Zubaidah Perang Cina.
Siti Zubaidah | |
---|---|
![]() Poster filem Siti Zubaidah.jpg | |
Pengarah | B. N. Rao |
Penulis | Lakon layar: |
Dibintangi | Nordin Ahmad, Dato' Maria Menado, Siput Sarawak, M. Amin |
Diedarkan oleh | Cathay-Keris Film Productions Maria Menado Production |
Tarikh tayangan | 1961 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Siti Zubaidah mula ditayangkan pada 1961 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Nordin Ahmad, Dato' Maria Menado, Siput Sarawak, M. Amin, Rose Yatimah dan ramai lagi.
PengarahSunting
Filem Siti Zubaidah diarah oleh pengarah B. N. Rao pada 1961.
RingkasanSunting
Filem ini menceritakan pertemuan Sultan Zainal Abidin dengan seorang gadis yang memiliki suara yang lunak ketika berhenti di sebuah pulau semasa dalam pelayaran. Baginda tertarik hati dengan suara dan wajah gadis berkenaan. Apabila mengetahui gadis berkenaan merupakan anak kepada penghulu pulau yang disinggahinya, Sultan Zainal Abidin memohon keizinan untuk menyunting anak penghulu itu sebagai permaisurinya.