Floorball di Malaysia

Sukan Floorball (harafiah Bola lantai) mula bertapak di Malaysia pada sekitar tahun 2001 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.[1] Sukan ini diperkenalkan oleh Presiden Persatuan Floorball Malaysia, Rizal Mohd Razman.[2]

Sejarah sunting

Floorball bermula di Sweden pada 1970-an sebagai alternatif kepada sukan hoki mendapat sambutan beberapa negara maju seperti Finland dan Switzerland hingga terbentuknya Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) bagi mengiktiraf sukan itu pada 1986.[2]

Sukan ini mirip hoki ais dengan membariskan 20 pemain dalam sesuatu perlawanan, namun hanya lima pemain saja dibenarkan berada di dalam gelanggang berserta seorang penjaga gol pada satu-satu masa. Setiap pemain biasanya mempunyai pemukul karbon grafit yang terang warnanya iaitu kira-kira 0.91 meter panjang dengan hujungnya berbentuk seakan-akan pemukul hoki ais untuk memukul bola berukuran 7.62 sentimeter, berwarna putih dan diperbuat daripada plastik.[2]

Pada tahun 2002 dan 2004, skuad negara telah menghantar pasukan ke "Kejohanan Dunia Floorball" bagi skuad lelaki. Manakala bagi skuad wanita, mereka menghantar pasukan pada tahun 2003 dan 2005. Di samping itu, skuad negara juga menyertai beberapa pertandingan lain antaranya adalah di peringkat Kejohanan Floorball Asia Pasifik (2004, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010), Kejohanan Piala Dunia Universiti (2014), Piala SEA (2014) dan Sukan Sea (2015).[1]

Dalam usaha mempromosi serta mengangkat sukan floorball ini di Malaysia, Red Phoenix Floorball Academy telah ditubuhkan sebagai platform khas untuk sesiapa yang mempunyai minat untuk mendalami sukan ini. Akademi yang berpusat di Kompleks Sukan MSN, Setiawangsa ini telah ditubuhkan oleh seorang pelopor sukan floorball iaitu Mohd Hafidz Zainalabidin.[1]

Perkembangan sunting

Sejak selepas itu, sukan ini mula berkembang ke negeri Pulau Pinang. Encik Edward Lim adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan sukan ini di Pulau Pinang. Liga Floorball Negeri Pulau Pinang mula di perkenalkan pada tahun 2006. Sementara di Selangor, Liga Peringkat Negeri mula diperkenalkan. Ia kemudian dituruti Liga Negeri di Sabah dan Kuala Lumpur. Sukan Floorball ini kini turut mula berkembang ke beberapa negeri lain antaranya Johor, Perak, Sarawak dan juga Negeri Sembilan.

Penerimaan sunting

Floorball juga dinegara kita kini telah mula diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Malaysia dan media elektronik serta media cetak. Malah, beberapa buah sekolah, Universiti dan Kolej disekitar negara juga sudah mempunyai sukan floorball antaranya adalah SMK Hamid Khan, SMK SS17, Infrastructure University Kuala Lumpur, Germany Malaysia Institute, UNITEN, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan pelbagai lagi.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Stadium Astro: Floorball, kenal sukan ini atau tidak?". www.stadiumastro.com. Stadium Astro. 20 Januari 2015. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  2. ^ a b c "http://www.bharian.com.my/node/58302". Berita Harian Online. 31 Mei 2015. Dicapai pada 1 Oktober 2015. External link in |title= (bantuan)

Pautan luar sunting