Frederick Douglass

Frederick Douglass (nama lahir: Frederick Augustus Washington Bailey; s. Februari 1818[4] – 20 Februari 1895[5]) merupakan seorang pembaharu sosial, penulis, aktivis dan negarawan dari Amerika Syarikat. Selepas beliau menyelamatkan diri dari diperhambakan di Maryland, beliau menjadi seorang tokoh yang memimpin suatu mpergerakan penghapusan amalan tersebut pada tahap kebangsaan - terutamanya di negeri-negeri Massachusetts dan New York - melalui gaya pidato[6] dan penulisannya yang tajam.

Frederick Douglass
Residen Duta Amerka Syarikat ke Haiti
Dalam jawatan
26 Jun 1889 – Julai 1891
PresidenBenjamin Harrison
Didahului olehJohn E. W. Thompson
Digantikan olehJohn Stephens Durham
Butiran peribadi
LahirFrederick Augustus Washington Bailey
s. Februari 1818[1]
Cordova, Maryland, Amerika Syarikat
Meninggal duniaFebruari 20, 1895 (berusia 77 tahun)
Washington, D.C., A.S.
Parti politikParti Republikan
PasanganAnna Murray (k. 1838; meninggal 1882)
Helen Pitts (k. 1884)
Anak-anak5
Ibu bapaHarriet Bailey (ibu)[2]
Anthony Aaron (bapa, didakwa)[3]
Pekerjaanaktivis, penulis, editor, diplomat
Tandatangan

Beliau sangat memegang kuat kepada adanya hak sama rata ke atas semua manusia tidak mengira warna kulit (terutamanya dalam kalangan berketurunan hamba, asli atau imigran) jantina, keturunan mahupun asal-usul, bahkan beliau sangat berpegang teguh kepada perlembagaan Amerika Syarikat. Beliau turut bertekad dalam mewujudkan dialog dan hubungan kuat antara rakyat negara tersebut merentasi lapisan kaum dan fahaman politik atas pendirian bahawa beliau akan "bergabung dengan sesiapa sahaja untuk melakukan perkara baik serta berpisah jika perlu membuat perkara yang salah".[7]

Awal hidup sunting

Dalam perhambaan sunting

Frederick Augustus Washington Bailey lahir dalam keluarga hamba di sebuah ladang antara Hillsboro[8] dan Cordova di pesisiran timur Teluk Chesapeake, Kaunti Talbot, Maryland.

Beliau berdarah campur - ibunya keturunan kacukan Asli Amerika dan Afrika serta juga Eropah,[9] manakala ayahnya "jelasnya orang kulit putih" menurut sejarawan David W. Blight[10] Beliau dipisahkan daripada ibu kandungnya pada usia kecil, dan hidup bersama neneknya, Betty Bailey. Beliau dipindahkan ke ladang Wye House pada usia enam tahun.[11] Selepas mandor peladangan itu meninggal dunia, Frederick diserahkan kepada keluarga Auld di mana beliau dibawa untuk mengerjakan ladang milik Hugh Auld di Baltimore; beliau menyatakan keadaan di sana di mana beliau diberikan layanan lebih baik daripada di ladang-ladang sebelumnya.[10]

Ketika Frederick berusia 12 tahun, Sophia Auld iaitu isteri Hugh, mula mengajarnya menulis dan membaca dengan baik dan murah hati menurut beliau.[12] Namun, perkara tersebut tidak disukai Hugh yang melihat pendidikan tersebut akan mendorong hamba-hamba menuntut kebebasan,[13] sehingga Sophia ditegur atas tindakannya itu.

Pembebasan sunting

Beliau mula melarikan diri dari Freeland namun gagal. Beliau membuat percubaan kedua melarikan diri dari Covey pada tahun 1836, namun beliau tetap gagal lagi. Pada tahun berikutnya, beliau mula mengenali Anna Murray, seorang warga kulit hitam merdeka, pada tahun 1837; perasaan cinta beliau kepada Anna membangkitkan lagi keinginan beliau memerdekakan diri.

Dari sana, beliau menaiki kapal wap sepanjang Sungai Delaware sehingga singgah di Philadelphia, Pennsylvania, sebuah kota yang dihuni penduduk yang anti-perhambaan. Frederick meneruskan perjalanannya sehingga ke Bandar Raya New York di sebuah rumah milik seorang abolisionis.

Frederick dan Anna berkahwin dalam suatu upacara Presbyterian beberapa hari selepas beliau memerdekakan diri,[14][15] mereka mengambil nama akhir Johnson agar tidak dapat dikesan.[14] Nama keluarga mereka kemudiannya ditukar lagi ke nama "Douglass" atas saranan seorang kawan Frederick yang pada ketika itu telah membaca sajak The Lady of the Lake nukilan Walter Scott.[nota 1][16]

Beliau menyertai jemaah Gereja Zion Episkopal Metodis Afrika yang turut dianggotai Sojourner Truth dan Harriet Tubman.[17] Beliau menjadi seorang pendakwah bertauliah di sana pada 1839,[18] and this helped him hone his oratorical skills. Douglass also joined several organizations in New Bedford, and regularly attended abolitionist meetings.

Penglibatan politik sunting

Zaman Perang Saudara sunting

Zaman Pemulihan sunting

Presiden Benjamin Harrison melantik beliau sebagai duta dan konsul agung negara kepad Republik Haiti serta kuasa usaha kepada Santo Domingo pada tahun 1889,[19] namun Douglass meletakkan kedua-dua jawatan ini pada Julai 1891.[20]

Senja hidup sunting

Douglass meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 77 tahun.[5] Majlis pengebumian beliau diadakan di Gereja Episkopal Metodis Afrika Metropolitan.

Karya penulisan sunting

  • A Narrative of the Life of Frederick Douglass, an American Slave (1845)
  • "The Heroic Slave". Autographs for Freedom. Ed. Julia Griffiths, Boston: Jewett and Company, 1853. pp. 174–239.
  • My Bondage and My Freedom (1855)
  • Life and Times of Frederick Douglass (1881, dikemaskini 1892)
  • In the Words of Frederick Douglass: Quotations from Liberty's Champion. Disunting oleh John R. McKivigan dan Heather L. Kaufman. Ithaca & London: Cornell University Press, 2012. ISBN 978-0-8014-4790-7

Nota sunting

  1. ^ Sajak tersebut mempunyai seorang watak utama bernama James Douglas.

Rujukan sunting

  1. ^ "Frederick Douglass". Dicapai pada 20 April 2011.
  2. ^ "How Slavery Affected African American Families, Freedom's Story, TeacherServe®, National Humanities Center". National Humanities Center. Dicapai pada 31 Oktober 2012.
  3. ^ "Biography – Early Life". Frederick Douglass Heritage. Dicapai pada 22 Disember 2016.
  4. ^ "Frederick Douglass Biography". Dicapai pada 4 September 2012.
  5. ^ a b "Later Years and Death". Frederick Douglass Heritage (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 September 2017.
  6. ^ Willard B. Gatewood Jr. (January 1981). "Frederick Douglass and the Building of a 'Wall of Anti-Slavery Fire', 1845–1846. An Essay Review". The Florida Historical Quarterly. 59 (3): 340–44. JSTOR 30147499.
  7. ^ Frederick Douglass (1855). The Anti-Slavery Movement, A Lecture by Frederick Douglass before the Rochester Ladies' Anti-Slavery Society. m/s. 33. Dicapai pada 6 Oktober 2010. My point here is, first, the Constitution is, according to its reading, an anti-slavery document; and, secondly, to dissolve the Union, as a means to abolish slavery, is about as wise as it would be to burn up this city, in order to get the thieves out of it. But again, we hear the motto, 'no union with slave-holders;' and I answer it, as the noble champion of liberty, N. P. Rogers, answered it with a more sensible motto, namely—'No union with slave-holding.' I would unite with anybody to do right; and with nobody to do wrong.
  8. ^ Frederick Douglass (1845). Narrative of the Life of an American Slave. ISBN 9781606209639. Dicapai pada January 8, 2012.
  9. ^ "Who is Black? One Nation's Definition". Frontline. WGBH. Dicapai pada 27 November 2015.
  10. ^ a b Gopnik, Adam (15 Oktober 2018). "American Prophet". The New Yorker. m/s. 76.
  11. ^ ""Frederick Douglass", The Historical Society of Talbot County, Maryland". Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 22, 2016. Dicapai pada Disember 22, 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ Douglass, Frederick, "VII", Narrative of the life of Frederick Douglass, an American slave. Written by himself
  13. ^ Douglass, Frederick (2003). The Life and Times of Frederick Douglass: His Early Life as a Slave, His Escape from Bondage, and His Complete History. Courier Dover Publications. m/s. 50. ISBN 0-486-43170-3.
  14. ^ a b Julius Eric Thompson; James L. Conyers (2010). The Frederick Douglass encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 124. ISBN 978-0-313-31988-4. Dicapai pada 27 Februari 2011.
  15. ^ "Discovering Anna Murray Douglass". South Coast Today. 17 Februari 2008. Dicapai pada 27 Februari 2011.
  16. ^ Frederick; Douglass (January 13, 2015). Narrative of the Life of Frederick Douglass: An American Slave (Civil War Classics). Diversion Books. m/s. 115. ISBN 978-1-62681-687-9.
  17. ^ Maurice S. Lee (2009), The Cambridge Companion to Frederick Douglass. Cambridge University Press, p. 63.
  18. ^ "This Far by Faith. Frederick Douglass". PBS. Dicapai pada 17 Mac 2015.
  19. ^ Louis Martin Sears (Mei 1941). "Frederick Douglass and the Mission to Haiti, 1889–1891". The Hispanic American Historical Review. 21 (2): 222–238. doi:10.2307/2507394. JSTOR 2507394.
  20. ^ David B. Chesebrough (1998). Frederick Douglass: Oratory from Slavery. Greenwood Publishing Group. m/s. 78. ISBN 9780313302879. Dicapai pada 25 April 2016.

Pautan luar sunting