Gempa bumi Sichuan 2008
Gempa bumi Sichuan 2008 (Cina: 四川大地震), pada magnitud 8.0 Ms/ 7.9 Mw, berlaku pada jam 14:28:01.42 CST (06:28:01.42 UTC) pada 12 Mei 2008 di wilayah Sichuan, China. Di China, bencana ini dipanggil gempa bumi Wenchuan (Cina: 汶川大地震), sempena pusat gempa di Kaunti Wenchuan di wilayah Sichuan. Pusat gempa terletak 80 kilometer (50 bt) di barat-barat laut Chengdu, ibu wilayah Sichuan, dengan kedalaman 19 kilometer (12 bt).[1] Gempa bumi ini terasa hingga ke tempat sejauh Beijing (1,500 km jauhnya) dan Shanghai (1,700 km jauhnya), sehingga bangunan pejabat pun tergoyang akibat gegaran.[6] Gempa bumi ini juga terasa di beberapa negara jiran berhampiran.
Tarikh | 12 Mei 2008 |
---|---|
Magnitud | 7.9 Mw[1] / 8.0 Ms[2] |
Kedalaman | 19 kilometer (12 bt) |
Koordinat | 31°01′16″N 103°22′01″E / 31.021°N 103.367°E (Daerah Wenchuan di Wilayah Sichuan) |
Kawasan terjejas | Republik Rakyat China |
Gegaran susulan | 83 gegaran susulan kuat setakat ini lebih 7,000 gegaran susulan kecil[3] |
Korban | 69,197 (mati) 374,176 (cedera) 18,238 (hilang) (sehingga 16 Julai)[4][5] |
Perangkaan rasmi (pada 21 Julai 2008 12:00 CST) menyatakan bahawa 69,197 orang disahkan mat, termasuk 68,636 di wilayah Sichuan, dan 374,176 lagi cedera, dengan 18,222 lagi disenaraikan hilang.[4] Gempa bumi ini juga menyebabkan kira-kira 4.8 juta orang kehilangan tempat tinggal,[7] though the number could be as high as 11 million.[8] Kira-kira 15 juta orang tinggal dalam kawasan yang terjejas. Inilah gempa bumi paling dahsyat yang pernah melanda China semenjak gempa bumi Tangshan 1976 yang meragut lebih 240,000 orang, dan juga yang paling kuat sejak gempa bumi Chayu 1950 di negara ini juga yang mencatat 8.5 pada skala magnitud Richter.[9]
Majlis Negara mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari untuk memperingati mangsa gempa bumi mulai 19 Mei 2008; Bendera Kebangsaan China dan Bendera-bendera Kawasan Hong Kong SAR dan Macau SAR dikibarkan separuh tiang. Pada jam 14:28 CST , 19 Mei 2008, seminggu selepas berlakunya musibah ini, orang awam China bertakafur sebagai tanda berkabung; kenderaan, kapal, kereta api, dan penggera pertahanan udara berbunyi, diikuti saat kesunyian selama tiga minit. [10][11][12] Jawatankuasa Penganjuran Ningbo larian obor Olimpik Beijing mengumumkan bahawa larian berkenaan digantung selama tiga hari ini.[13]
Pada 6 November 2008, kerajaan pusat mengumumkan bahawa 1 trilion yuan (kira-kira AS$146.5 billion) akan digunakan selama tiga tahun seterusnya untuk membina semula kawasan yang diranapkan oleh gempa earthquake.[14]
Butiran gempa
suntingGempa bumi ini bermagnitud 8.0 Ms, menurut Biro Seismologi Negeri China dan 7.9 Mw menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat.[2][1] Pusat gempa terletak di Kaunti Wenchuan, Ngawa, 80 km barat/barat laut Chengdu, melepaskan gegaran terkuat pada 14:28:01.42 CST (06:28:01.42 UTC), pada hari Isnin 12 Mei 2008.
52 gempa susulan besar yang bermagnitud antara 4.4 dan 6.0, dicatat dalam jangka masa 72 jam gempa terbesar.[15] Contoh pemecahan terawal gempa bumi menunjukkan sesaran tidak melebihi 9 meter sepanjang gelinciran berukuran kira-kira 240 km panjangnya dan 20 km dalamnya.[16] Gempa bumi ini menghasilkan pencacatan permukaan melebihi 3 meter[17] dan menambahkan tekanan (dan kebarangkalian terjadinya peristiwa akan datang) di tepi timur laut dan barat daya gelicniran.[17] Pada 20 Mei, ahli seismologi USGS bernama Tom Parsons mengeluarkan amaran "risiko tinggi" gempa susulan besar M>7 sepanjang minggu-minggu atau bulan-bulan berikutnya.[18] Parsons memberitahu akhbar New York Times bahawa risiko gempa susulan besar "semakin tinggi".
Ahli seismologi Jepun bernama Yuji Yagi menyatakan bahawa gempa bumi berlaku dalam dua peringkat: "Sesar Longmenshan berukuran 155 batu mengoyak dalam dua bahagian, yang pertama meluru mengoyak kira-kira tujuh ela, diikuti satu lagi yang menyesar empat ela."[19] Data Yagi juga menunjukkan bahawa gempa bumi ini terjadi selama kira-kira dua minit dan menghasilkan 30 kali ganda kuasa Gempa bumi Hanshin Besar yang berlaku di Jepun pada tahun 1995, yang meragut sebanyak 6,000 nyawa. Beliau menunjukkan bahawa kecetekan pusat gempa dan ketumpatan penduduk banyak menambah keterukan gempa. Teruyuki Kato, seorang ahli seismologi di Universiti Tokyo, menyatakan bahawa gelombang seismos gempa ini melalui jarak panjang tanpa kehilangan kuasa kerana kekukuhan daratan di kawasan tengah China. Menurut laporan dari Chengdu, ibu wilayah Sichuan, gegaran gempa berlaku selama "kira-kira dua tiga minit".[20]
Capaian gegaran
suntingKawasan disusun mengikut jarak dari pusat gempa (atau waktu gegaran dirasa):
- Republik Rakyat China: Semua kawasan kecuali Xinjiang, Jilin dan Heilongjiang terjejas oleh gempa.[21]
- Hong Kong: Gegaran dirasa kira-kira tiga minit selepas gempa, berterusan selama setengah minit. Ini juga merupakan gempa bumi terjauh yang pernah dirasai di Hong Kong sepanjang ingatan.[22][23][24]
- Makau: Gegaran dirasa kira-kira tiga minit selepas gempa.[25]
- Vietnam: Gegaran dirasa kira-kira lima minit selepas gempa di kawasan utara Vietnam.[26][27]
- Thailand: Di sesetengah kawasan di Thailand, gegaran dirasa enam minit selepas gempa. Bangunan pejabat di Bangkok mengayun selama beberapa minit kemudian.[28]
- Taiwan: Gempa ini mengambil masa lapan minit untuk mencapai Taiwan, kemudian gegarannya dirasai selama satu dua minit; tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.[29]
- Mongolia: Gegaran dirasai kira-kira lapan minit selepas berlakunya gempa bumi di sesetengah bahagian di Mongolia.[23]
- Bangladesh: Gegaran dirasai lapan minit setengah selepas gempa di seluruh Bangladesh.[23]
- Nepal: Gegaran dirasai kira-kira lapan minit setengah selepas gempa.[23]
- India: Gegaran dirasai kira-kira sembilan minit selepas gempa di sesetengah kawasan di India.[23]
- Pakistan: Gegaran dirasai kira-kira sepuluh minit selepas gempa di Pakistan Utara.[23]
- Rusia: Gegara dirasai Tuva, tiada kemalangan dilaporkan.[23]
Tektonik
suntingTakat kawasan yang dilanda gempa bumi dan gegaran susulan terletak di timur laut, sepanjang sesar Longmen Shan.
Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat:[30]
Gempa bumi berlaku kesan pergerakan sesar berbalik atau sesar tujah yang menyerang ke arah timur laut di jidar barat laut Lembangan Sichuan. Pusat gempa dan mekanisme fokusnya sejajar dengan berlakunya gempa akibat pergerakan di sesar Longmenshan atau mana-mana sesar yang berkaitan tektonik dengannya. Gempa ini mencerminkan tekanan tektonik yang berlaku daripada pertumpuan bahan gerak yang bergerak beransur-ansur dari ketinggian Penara Tibet ke arah barat, melawan kerak kuat di bawah Lembangan Sichuan Basin dan China tenggara. Di peringkat benua, the keseismosan Asia tengah dan timur berpunca daripada pertumpuan Plat India ke arah Plat Eurasia di utara dengan halaju kira-kira 50 mm/y. Pertembungan kedua-dua plat tersebut disokong kuat oleh kenaikan tanah tinggi Asia serta pergerakan bahan kerak ke arah timur, jauh dari Penara Tibet yang naik itu. Jidar barat laut Lembangan Sichuan Basin pernah mengalami gempa bumi pemusnah. Gempa bumi bermagnitud 7.5 pada 25 Ogos 1933 membunuh lebih 9,300 orang.
Kematian
suntingKawasan | Kematian[4] | |
---|---|---|
Sichuan | Mianyang | 21,963[31] |
Ngawa | 20,258[32] | |
Deyang | 17,121[33] | |
Guangyuan | 4,822[34] | |
Chengdu | 4,276 | |
Nanchong | 254 | |
Ya'an | 15 | |
Suining | 27 | |
Ziyang | 26126 | |
Meishan | 20330 | |
Bazhong | 10 | |
Garzê | 9 | |
Leshan | 8 | |
Neijiang | 7 | |
Dazhou | 4 | |
Liangshan | 3 | |
Zigong | 2 | |
Luzhou | 1 | |
Guang'an | 1 | |
Total | 68,636 | |
Gansu | 365 | |
Shaanxi | 122 | |
Chongqing | 18 | |
Henan | 2 | |
Guizhou | 1 | |
Hubei | 1 | |
Hunan | 1 | |
Yunnan | 1 | |
Jumlah | 69,180 |
Rujukan
sunting- ^ a b c "Magnitude 7.9 - Eastern Sichuan, China". USGS. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-20.
- ^ a b "Magnitude of SW China earthquake revised to 8.0". Xinhua News Agency. 2008-05-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2008-05-18.
- ^ "大地震至今7千多次餘震" (dalam bahasa Chinese). Sina.com. 2008-05-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-28. Dicapai pada 2008-05-21.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c "Casualties of the Wenchuan Earthquake" (dalam bahasa Cina). Sina.com. 2008-05-23. Dicapai pada 2008-05-23. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "data" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Wenchuan Earthquake has already caused 69,196 fatalities and 18,379 missing" (dalam bahasa Cina). Sina.com. 2008-07-06. Dicapai pada 2008-07-07.
- ^ "'Hundreds buried' by China quake". BBC. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-13.
- ^ "More than 4.8 million homeless in Sichuan quake: official". Relief Web. Agence France-Presse. 2008-05-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-03. Dicapai pada 2008-07-07.
- ^ Hooker, Jake (2008-05-26). "Toll Rises in China Quake". New York Times. Dicapai pada 2008-06-01.
- ^ "10 Greatest Earthquakes in China in 20th Century" (dalam bahasa Chinese). Ningxia Daily website. 2008-05-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2008-06-02. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ Sheldrick, A. (2008-05-12). "China Is Hit by 7.9-Magnitude Earthquake Near Chengdu". Bloomberg L.P. Dicapai pada 2008-05-12. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ "曾蔭權:全國哀悼日特區下半旗致哀". Radio Television Hong Kong. 2008-05-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-21. Dicapai pada 2008-05-19.
- ^ "澳門將在全國哀悼日下半旗致哀". Radio Television Hong Kong. 2008-05-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-21. Dicapai pada 2008-05-19.
- ^ "China announces three-day mourning for quake victims, suspension of torch relay". Xinhua News Agency. 2008-05-18. Dicapai pada 2008-05-18.
- ^ "FACTBOX-China's recent measures to spur growth". News.alibaba.com. 2008-11-06. Dicapai pada 2009-11-02.
- ^ "Earthquake List for 10-degree Map Centered at 35°N, 105°E". United States Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-05-13.
- ^ Ji, Chen. "Finite Fault Model of the May 12, 2008 Mw 7.9 Eastern Sichuan, China Earthquake". United States Geological Survey — National Earthquake Information Center. Dicapai pada 2008-05-15. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ a b José A. Álvarez-Gómez (2008-05-12). "Calculation of surface deformation and variation of static Coulomb forces for the earthquake of 7.9 MW on May 12, 2008 in Sichuan, China" (dalam bahasa Spanish). Complutense University of Madrid. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-05-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ David Barboza (2008-05-20). "One Week Later, a Nation Pauses to Share Its Mourning and Grief". The New York Times. Dicapai pada 2008-05-20.
- ^ "Japanese scientists say China quake struck in two stages". The International Herald Tribute. 2008-05-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-28. Dicapai pada 2008-05-21.
- ^ "Strong earthquake hits western China". MSNBC. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-20.
- ^ Spokesperson of PRC's Earthquake Bureau Zhang Hongwei: Provinces and municipalities of China excepting Jilin, Heilongjiang and Xinjiang have all reported varying levels of tremors felt, Xinhua, (Cina)
- ^ "Record distance from epicentre to Hong Kong with tremors felt" (dalam bahasa Chinese). ON.CC News. 2008-05-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-05-12.CS1 maint: unrecognized language (link) Lihat juga: "Observatory states that many residents experienced the tremors this afternoon". Sing Tao Daily. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-12.[pautan mati kekal](Cina)
- ^ a b c d e f g "6:30 News Report". TVB. 2008-05-12.(Cina)
- ^ "Bulletin issued at 15:15 HKT 12/May/2008". Hong Kong Observatory. 2008-05-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-16. Dicapai pada 2008-05-12.
- ^ "Residents of highrises experienced dizzyness" (dalam bahasa Chinese). Macau Daily News. 2008-05-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-17. Dicapai pada 2008-05-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Death toll in China earthquake exceeds 12,000". Yahoo!. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-20.[pautan mati kekal]
- ^ "Massive Quake Rocks China". CBS News. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-20.
- ^ "Tremor depth at 29 km below surface" (dalam bahasa Chinese). China Daily. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "China quake felt throughout Taiwan, but no injuries or damage reported". The China Post. 2008-05-12. Dicapai pada 2008-05-13. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ "Magnitude 7.9 - Eastern Sichuan, China". 2008-05-12 06:28:00 UTC. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ 21,963 deaths in Mianyang as of June 7, 18:00 CST, "Earthquake Information of Mianyang as of June 7" (dalam bahasa Chinese). Official website of Mianyang Government. 2008-06-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-13. Dicapai pada 2008-06-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Death Toll in Ngawa Prefecture reaches 20,258 as of June 6, 18:00 CST" (dalam bahasa Chinese). Official website of Ngawa Prefecture Government. 2008-06-07. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-09. Dicapai pada 2008-06-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Earthquake Information of Deyang as of June 7, 19:00 CST" (dalam bahasa Chinese). Official website of Deyang Government. 2008-06-08. Dicapai pada 2008-06-08.CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati]
- ^ "Guangyuan Government Held 20th News Conference for the Earthquake on June 7" (dalam bahasa Chinese). Official website of Guangyuan Government. 2008-06-08. Dicapai pada 2008-06-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gempa bumi Sichuan 2008 |