Georgette Liying Chendana Chen (nama lahir: Chang Li Ying, Cina ringkas: 张荔英Cina tradisional: 張荔英pinyin: Zhāng Lìyīng; October 1906–15 March 1993) merupakan seorang pelukis dari Singapura. Beliau merupakan antara pelopor pergerakan gaya seni Nanyang yang unik di negara tersebut[1] mengacukkan teknik Barat dan Cina dalam melukiskan suasana dan persekitaran Nusantara.[2] Beliau juga menjadi guru Akademi Seni Halus Nanyang dari tahun 1954 hingga 1981[1][3][4] memainkan peranan dalam menyemaikan perkembangan suatu alam seni tersendiri.[3]

Georgette Chen
جيورجيت چندان چين
张荔英
KelahiranOktober 1906
Meninggal dunia15 March 1993 (aged 86)
WarganegaraSingapura
PendidikanAcadémie Colarossi;
Académie Biloul;
Art Students League of New York
Terkenal keranaCatan minyak
Gerakan politikGaya Nanyang
Impresionisme
Pascaimpresionisme
Fauvisme
PasanganEugene Chen (k. 1930; m. 1944)
Anugerah1982: Pingat Budaya (Visual arts)
Georgette Chen
Cina Tradisional: 張荔英
Cina Ringkas: 张荔英

Chen dianugerahkan Pingat Budaya oleh pemerintah Singapura pada 1982 sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan beliau terhadap seni tampak di negara tersebut.[4]

Awal hayat dan pendidikan sunting

Georgette lahir anak keempat dari 12 adik-beradik (10 perempuan dan 2 lelaki) pada tahun 1906. Ayahnya Zhang Renjie seorang asal Zhejiang penjual barangan antik di Paris, London dan New York serta antara pendana utama kepada Sun Yat-sen dan pergerakan Kuomintangnya yang memainkan peranan penting dalam Revolusi menggulingkan kerajaan Qing; Zhang sering membawa anak-beranak dan isterinya Yao Hui sekeluarga ke China beberapa kali untuk berurusan dalam pergerakan ini serta menghubungkan dengan asal-usul mereka yang selalunya duduk di Paris.[5]

Georgette dipupuk minat kepada seni sejak kecil diajar melukis serta melawat muzium dan tempat-tempat bersejarah sekitar Paris setiap hari. Beliau melanjutkan pendidikannya di Art Students League of New York selama setahun pada 1926 serta kemudiannya Académie Colarossi dan Académie Biloul di Paris.[5]

Kerjaya seni sunting

Di Paris dan Hong Kong (1930–1951) sunting

Pada tahun 1930, 2 karya Georgette works dipilih memasuki pameran Salon d'Automne di Paris.[6] Di Paris jugalah beliau berkenalan dengan bekas menteri pemerintah dan diplomat Republik China yang balu, Eugene Chen Youren; beliau tinggi minatnya terhadap seni malah amat menyokong perjalanan kerjaya Georgette.[7] Mereka berdua berkahwin pada tahun sama sebelum sama-sama berpindah ke Shanghai tahun 1931.[4]

Mereka berpindah ke Hong Kong semasa meletusnya Perang China-Jepun Kedua di mana Eugene melibatkan diri dalam pergerakan anti-Jepun. Eugene ditahan pihak Jepun yang berjaya menjejaki kegiatan beliau tahun 1944,[4] beliau meninggal dunia dalam tahanan di Shanghai tidak lama selepas itu.[6]

Georgette berkahwin semula dengan Ho Yung Chi, seorang wartawan bekas pembantu Eugene pada tahun 1947, hubungan mereka kekal sehingga mereka bercerai tahun 1953.[4]

Di Tanah Melayu dan Singapura sunting

Pasangan ini berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1951.[4] Beliau berpindah ke Singapura tidak lama selepas perceraiannya dan mula menjadi pengajar di Akademi Seni Halus Nanyang pada tahun 1954. Di sini juga beliau mempelajari bahasa Melayu serta mengambil nama baharu "Chendana" atas cadangan beberapa rakannya.[1]

Senja hayat sunting

Beliau lama terlantar sakit berpenjagaan rapi di hospital akibat terjatuh cedera parah pada tahun 1981.[8] Beliau meninggal dunia di sana akibat komplikasi penyakit sesengal sendi yang dideritakannya selama 11 tahun sebelum itu.[4] Sebanyak 53 karya lukisan beliau serta banyak surat dan harta perseorangan beliau wasiatkan dalam simpanan pemerintah Singapura.[8]

Gaya seni sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Kwok Kian Chow (1996). Channels and Confluences: A History of Singapore Art. Singapore: Singapore Art Museum. m/s. 42. ISBN 9789810074883.
  2. ^ Balagopal, Roberta; Yeo, Alicia (31 August 2009). "The Nanyang Style". National Library Board. Diarkibkan daripada yang asal (article) pada 10 March 2011. Dicapai pada 2010-08-06.
  3. ^ a b "Georgette Chen: At Home in the World". National Gallery of Singapore. November 2020. Dicapai pada 1 November 2021.
  4. ^ a b c d e f g "Georgette Chen Liying". Esplanade Offstage. 12 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2021. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  5. ^ a b Sheares, Constance (1989-02-17). Khong, Roger (penyunting). Georgette Chen (transcript). (Reel 1). Singapore: National Archives. Dicapai pada 2009-01-24.
  6. ^ a b Juniper, Foo (20 Mac 1996). "Bouquets for two pioneer artists". Straits Times. Singapore. m/s. 18. |section= ignored (bantuan)
  7. ^ Sheares, Constance (1989-02-17). Khong, Roger (penyunting). Georgette Chen (transcript). (Reel 2). Singapore: National Archives. Dicapai pada 2009-01-24.
  8. ^ a b Siew, Sara (Okt–Dis 2019). "Georgette Chen: Artist Extraordinaire". BiblioAsia. Jil. 15 no. 2. National Library Board. m/s. 10–15.CS1 maint: date format (link)

Pautan luar sunting