Gereja Santo Porphyrius

Gereja Santo Porphyrius atau Gereja St. Porphyrius (Yunani: Ιερός Ναός του Αγίου Πορφυρίου; Arab: كنيسة القديس برفيريوس, rumi: Kanīsat al-Qadīs Burfīryūs) ialah sebuah gereja Kristian Ortodoks Yunani di Bandar Gaza, Negara Palestin, dan gereja tertua yang masih aktif di bandar tersebut. Ia terletak di Sektor Zaytun dalam bandar lama Gaza, dan dinamakan sempena nama uskup Gaza abad ke-5, Santo Porphyrius, yang mana makamnya terletak di penjuru timur laut gereja ini.[1]

Gereja Santo Porphyrius
Ιερός Ναός του Αγίου Πορφυρίου
كنيسة القديس برفيريوس
Gereja Santo Porphyrius pada 2022
31°30′12″N 34°27′44″E / 31.5033062°N 34.4620836°E / 31.5033062; 34.4620836Koordinat: 31°30′12″N 34°27′44″E / 31.5033062°N 34.4620836°E / 31.5033062; 34.4620836
LokasiBandar Gaza
NegaraNegara Palestin
MazhabKepatriarkan Ortodoks Yunani Baitulmaqdis
Sejarah
PengabdianSanto Porphyrius
Ditahbiskan1150
Seni bina
Disiapkan1150-1160
Spesifikasi
Panjang22.9 meter (75 ka)
Lebar8.9 meter (29 ka)
Pentadbiran
Kawasan ketua biskopKeuskupan Agung Tiberias
Paderi
Ketua biskopAlexios Moschonas

Sejarah sunting

Sebuah gereja dibuna di tapak ini seawal tahun 425 Masihi,[2] tetapi pembinaan gereja terkini diambil alih oleh Tentera Salib pada 1150-an atau 1160-an; mereka mendidikasikannya kepada Santo Porphyrius. Catatan daripada abad ke-15 menunjukkan pengabdian gereja ini turut dipersembahkan buat Mariam Yang Suci.[3] Pada 1856, ia telah diubah suai.[4] Terdapat beberapa jurai dan pangkalan yang telah lama sejak zaman Salib, tetapi kebanyakannya ditambah kemudian.[5]

Pada 2014, sekitar 2,000 orang Palestin melarikan diri daripada bom Israel yang membunuh lebih 70 orang Palestin yang berlindung di gereja ini. Semasa pengeboman, kaum keluarga tidur di koridor dan bilik dalam gereja dan bangunan bersambung, di mana mereka juga dihidangkan makanan dan penjagaan perubatan yang disediakan kepada mereka.[6][7] Gereja ini kembali digunakan sebagai tempat perlindungan pelarian daripada pengeboman Israel semasa Perang Gaza 2023. [8] Pada 19 Oktober 2023, empat buah peluru misil Israel dilaporkan memusnahkan bangunan ini di mana ratusan orang Palestin sedang berlindung.[9][10]

Seni bina sunting

Gereja ini mempunyai bentu segi empat, berakhir dengan kuil berbumbung separuh kubah.[11] Kawasan legarnya 1.8 meter (5.9 ka) di bawah aras tanah di bahagian selatannya, dan 3 meter (9.8 ka) di bawah aras tanah di bahagian utaranya, menunjukkan bahawa bangunan sekarang dibina di atas struktur gereja sebelumnya.[12] Gereja ini terdiri daripada satu lorong yang dibuat daripada dua ruang berkekubah groin, dengan apsis separuh bulatan didahului oleh presbiteri berkekubah terowong. Di ruang dalam, bangunan ini berukuran 22.9 meter (75 ka) by 8.9 meter (29 ka), termasuk apsis. Ia mempunyai persamaan seni bina dan pembinaan dengan bekas Katedral Santo John Pembaptis (kini Masjid Agung Gaza).[12]

Terdapat tiga pintu masuk ke gereja ini: di belah barat terdapat sebuah serambi anjung dengan tiga tiang marmar yang menyokong dua gerbang tajam.[11] Acuan marmar tersebut adalah sejak era Salib.[13] Gereja ini juga boleh dimasuki dari mukaannya atau dari pintu sisi yang dibuka kepada sebuah galeri moden, dilengkapi dengan tangga untuk turun ke bawah di tingkat legar.[14] Dinding besarnya disokong dengan tiang batuan marmar dan granit serta tetulang dinding.[15]

Serangan udara sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dumper, 2007, p. 156.
  2. ^ Cohen and Lewis, 1978, p. 119
  3. ^ Pringle, 1993, p. 216
  4. ^ Dumper, 2007, p. 156.
  5. ^ Gaza – (Gaza, al -'Azzah) Diarkibkan 2011-07-23 di Wayback Machine Studium Biblicum Franciscanum – Jerusalem. 2000-12-19.
  6. ^ "Greek Orthodox church in Gaza shelters Muslims fleeing war". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2014-07-22. Dicapai pada 2022-11-29.
  7. ^ "Israel-Gaza conflict: Greek Orthodox church of St Porphyrios becomes a". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2014-07-28. Dicapai pada 2022-11-29.
  8. ^ "'War knows no religion': Gaza's oldest church shelters Muslims, Christians". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-16. Dicapai pada 2023-10-16.
  9. ^ "'Dozens of Palestinian feared dead after Orthodox Church Complex in Gaza targeted'". Roya News. 2023-10-19.
  10. ^ "'Blast Goes Off at Orthodox Church Campus in Gaza'". Wall Street Journal. 2023-10-19.
  11. ^ a b Travel in Gaza Diarkibkan 2013-08-23 di Wayback Machine MidEastTravelling.
  12. ^ a b Pringle, Denys (1993). The Churches of the Crusader Kingdom of Jerusalem: A Corpus: Volume 1, A-K (excluding Acre and Jerusalem) (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-39036-1.
  13. ^ Meyer, 1907, p.111
  14. ^ Gaza – (Gaza, al -'Azzah) Diarkibkan 2011-07-23 di Wayback Machine Studium Biblicum Franciscanum – Jerusalem. 2000-12-19.
  15. ^ Dumper, 2007, p. 156.

Bibliografi sunting