Masjid Agung Gaza

Masjid bersejarah yang terbesar dan tertua di Genting Gaza

Masjid Agung Gaza (Arab: جامع غزة الكبير, transliterasi: Jāmaʿ Ghazza al-Kabīr) juga dikenali sebagai Masjid Agung Umar (Arab: المسجد العمري الكبير, transliterasi: Jāmaʿ al-ʿUmarī al-Kabīr) ialah masjid yang terbesar dan tertua di Genting Gaza. Ia terletak di daerah kota lama Gaza.

Masjid Agung Gaza
(Masjid Agung Umar)
Laman dan menara masjid. Gambar diambil oleh Mohammed Alafrangi, 2007
Info asas
LokasiNegara Palestin Jalan Omar Mukhtar, al-Daraj, Genting Gaza
Koordinat geografi31°30′15.13″N 34°27′52.08″E / 31.5042028°N 34.4644667°E / 31.5042028; 34.4644667
AgamaIslam
DaerahGaza Governorate
WilayahGenting Gaza
RantauLevant
NegaraNegara Palestin
StatusAktif
Laman webhttp://www.baladna.ps/omari.htm
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaMamluk, Goth Itali
Disiapkan pada1340 M,[1] kemudian awal abad ke-16[2] (masjid asal siap dibina dalam abad ke-7 M[3])
Spesifikasi
Bil. menara masjid1
Bahan binaanBatu pasir (binaan luar), marmar dan jubin plaster (pintu masuk dan binaaan dalaman), kayu pokok zaitun

Masjid ini dipercayai dibina di atas tapak kuil Philistine, tapak yang digunakan oleh Empayar Byzantine untuk membina sebuah gereja dalam abad ke-5 M, akan tetapi selepas penaklukan Muslim dalam abad ke-7, ia diubah menjadi sebuah masjid. Dikatakan sebagai "indah" oleh seorang ahli geografi Arab dalam abad ke-10, menara Masjid Agung tumbang semasa sebuah gempa bumi dalam tahun 1033. Dalam tahun 1149 M, tentera Salibi membina sebuah katedral yang ditahbiskan kepada John Pembaptis, tetapi sebahagian besar dimusnahkan oleh Wangsa Ayubiyyah dalam tahun 1187 M, dan kemudiannya dibina semula sebagai masjid oleh Mamluk dalam awal abad ke-13. Ia dimusnahkan semula dalam tahun 1260 oleh Mongol, dan kemudian dibina semula hanya untuk dimusnahkan dalam sebuah gempa bumi pada akhir abad tersebut.

Masjid Agung akhirnya dipulihkan semula oleh Uthmaniyah lebih kurang 300 tahun kemudian. Masjid ini mengalami kerosakan teruk semasa pengeboman British dalam Perang Dunia Pertama dan dipulihkan dalam tahun 1925 oleh Majlis Muslim Tertinggi.

Masjid Agung Gaza masih aktif dan menjadi tempat solat Jumaat, sehinggalah ia hampir musnah kesemuanya ekoran tindakan tentera Israel pada 2 Ogos 2014 semasa Operasi ''Protective Edge'', sebahagian daripada Konflik Israel–Gaza 2014.[4]

Lokasi

sunting

Masjid Agung terletak di Daerah al-Daraj Kota Lama di tengah-tengah bandar Gaza, pada penghujung Jalan Omar Mukhtar, di arah tenggara Medan Palestin. [3][5] Pasar Emas Gaza terletak bersebelahan masjid di arah selatannya, sementara di arah timur laut pula terletak Masjid Wilayah. Pada sebelah timur, di Jalan Wihdah terletak sebuah sekolah perempuan.[6]

Sejarah

sunting

Era Philistine dan Byzantine

sunting
 
Pahatan Menorah, 1873 M[7]

Mengikut periwayatan, masjid ini terdiri di atas tapak kuil Philistine yang ditahbiskan kepada Dagon—dewa kesuburan—yang ditumbangkan oleh Samson seperti yang dicatatkan dalam Kitab Hakim (Bible). Kemudian, sebuah kui yang ditahbiskan kepada Marnas—dewa hujan dan bijian—pula dibina.[8][9] Legenda tempatan kini mendakwa Samson dikebumikan di bawah masjid sekarang.[2]

Masjid yang kekal kini dibina dalan tahun 406 M sebagai sebuah gereja Byzantine besar oleh Maharani Aelia Eudocia,[9][10] mahupun tidak mustahil yang gereja ini sebenarnya dibina oleh Maharaja Marcian. Berlandaskan ukiran Yahudi pada ikat di bahagian atas sebuah tiang bangunan itu, dalam abad ke-19 diutarakan yang tiang-tiang bangunan dibawa daripada sebuah kuil Yahudi abad ke-3 M yang terletak di Caesarea Maritima.[11] Walau bagaimanapun lebih berkemungkinan tiang ini digunakan semula, berlandaskan penemuan kuil Yahudi abad ke-6 dalam tahun 1960-an di pelabuhan Gaza (Maiumas). Tambahan kepada ukiran, tiang memaparkan menorah, sebuah shofar, sebuah lulav dan etrog yang dikelilingi perhiasan lingkaran bunga; inskripsi berbunyi, "Hananyah anak lelaki Jacob" dalam bahasa-bahasa Ibrani dan Yunani.[7] Gereja ini hadir dalam mozek Peta Madaba, yang dibuat dalam tahun 600 M[12]

Era Islam

sunting
 
Laman, arked, dan menara masjid, lewat abad ke-19
 
Muka Barat Masjid Agung mencerminkan gaya seni bina Salibi. Gambar diambil selepas pengeboman British dalam tahun 1917

Gereja Byzantine diubah menjadi masjid dalam abad ke-7 oleh para panglima Khalifah Umar al-Khattab RA,[3][13] dalam era awal pemerintahan Gaza oleh Kekhalifahan al-Rasyidin.[12] Masjid ini diberi nama alternatif, "al-Umari", sempena nama Sayidina Umar bin al-Khattab yang menjadi khalifah semasa penaklukan Palestin oleh Muslim.[3] Dalam tahun 985 M, semasa pemerintahan Kekhalifahan Abbasiyah, ahli geografi Arab, al-Muqaddasi menulis yang Masjid Agung sebuah "masjid yang indah."[12][14][15] Pada 5 Disember 1033, bahagian hujung menara masjid runtuh akibat gempa bumi.[16]

Dalam tahun 1149 M para Salibi yang menakluk Gaza dalam tahun 1100 membina sebuah katedral yang ditahbiskan kepada John Pembaptis di atas runtuhan gereja atas dekri Baldwin III dari Jerusalem.[17] Bagaimanapun, katedral ini tidak disebut dalam pemerian William dari Tyre tentang gereja-geraj agung Salibi.[12] Antara tiga laluan Masjid Agung sekarang, dipercayai bahawa sebahagian daripada dua laluan tersebut membentuk sebahagian daripada Katedral John Pembaptis.[17]

Dalam tahun 1187 M Wangsa Ayyubbiyah di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi merampas Gaza daripada pihak Salibi dan memusnahkan katedral tersebut.[18]

Orang Mamluk membina semula masjid dalam abad ke-13, akan tetapi masjid dimusnahkan pula oleh Mongol dalam tahun 1260.[15] Masjid dipulih sekali lagi akan tetapi ia runtuh semasa gempa bumi dalam tahun 1296.[2] Pengubahelokan besar yang tertumpu kepada iwan dilakukan di bawah gabenor Sunqur al-Ala'i semasa kesultanan Husam al-Din Lajin antara tahun 1297-99.[19] Gabenor Mamluk bandar, Sanjar al-Jawli menjalankan pemulihan Masjid Agung antara tahun 1311 and 1319.[12][20] Akhirnya pihak Mamluk membina semula masjid ini dalam tahun 1340.[1] Dalam tahun 1355 ahli geografidan pengembara Muslim, Ibn Battuta menulis yang masjid lama itu "sebuah masjid Jumaat yang amat baik" tetapi beliau juga berkata yang masjid al-Jawli "dibina dengan baik."[21] Pahatan pada masjid menunjukkan tanda tangan sulatan-sultan Mamluk al-Nasir Muhammad (bertarikh 1340), Qaitbay (bertarikh Mei 1498), Qansuh al-Ghawri (1516), dan khalifah Abbasiyah al-Musta'in Billah (1412).[22]

Masjid abad ke-16 dipulihkan selepas kerosakn yang dialami pada abad sebelumnya; pemerintah Uthmaniyah memulihkannya dan juga membina enam buah masjid di dalam kota. mereka menguasai Palestin semenjak tahun 1517.[2] Terdapat tanda tangan gabenor Uthmaniyah, Musa Pasha (saudara Husayn Pasha), yang bertarikh tahun 1663 terdapat di bahagian dalaman masjid.[13]

Era moden

sunting
 
Pandangan luar masjid dalam awal abad ke-20, sebelum kerja-kerja pembaikan.

Beberapa pengembara Barat dalam abad ke-19 melaporkan yang Masjid Agung merupakan satu-satunya binaan yang bermakna dari segi seni bina atau sejarah.[23][24] Masjid Agung mengalami kerosakan teruk akibat tindakan angkatan Bersekutu semasa serangan terhadap tentera Uthmaniyah di Gaza dalam Perang Dunia Pertama. Pihak British mendakwa bahawa terdapat peluru Uthmaniyah yang disimpan di dalam masjid dan kemusnahan masjid disebabkan ledakan peluru-peluru tersebut. Masjid sekali lagi dipulihkan dibawah seliaan bekas Datuk Bandar Gaza, Said al-Shawa,[25] oleh Majlis Muslim Tertinggi dalam tahun 1926-27.[26]

Dalam tahun 1928, Majlis Muslim Tertinggi mengadakan demonstrasi yang melibatkan orang Islam serta Kristian tempatan di Masjid Agung untuk memboikot pilihan raya dan penyertaan dalam Majlis Undangan kerajaan Palestin Bermandat British. Untuk menambahkan bilangan peserta, mereka mengarahkan masjid-masjid di satu daerah Gaza ditutup sementara.[27]

Inskripsi timbulan bes simbol-simbol Yahudi kuno didakwa telah dipahat dengan sengaja antara tahun 1987 dan 1993.[28] Semasa Pertempuran Gaza antara organisasi-organisasi orang Palestin, Hamas dan Fatah, imam masjid yang pro-Hamas, Mohammed al-Rafati ditembak mati oleh puak Fatah pada 12 Jun 2007; pembunuhan ini sebagai membalas dendam pembunuhan seorang pegawai pengawal presiden Mahmud Abbas oleh puak Hamas yang berlaku pasa waktu awal hari yang sama.[29] Masjid Agung Gaza masih aktif dan berfungsi sebagai tempat sokongan emosi dan fizikal buat penduduk Gaza, dan juga sebagai simbol kemegahan Palestin.[13]

Seni bina

sunting
 
Ruang ibu pusat masjid, arah barat, selepas pengeboman British.

Masjid Agung mempunyai keluasan sebanyak 4,100 meter persegi (44,000 ka2).[13][18] Sebahagian besar daripada struktur terbina daripada batu pasir laut tempatan yang dikenali sebagai kurkar.[30] masjid membentuk sebuah sahn ("laman") besar yang dikelilingi pintu gerbang bulat.[18] Mamluk, dan kemudian Utmaniyah, meluaskan bahagian-bahagian tenggara dan selatan masjid.[6]

Di atas pintu masjid terdapat inskripsi yang mengandungi nama sultan Qalawun Mamluk; juga terdapat nama-nama sultan Lajin dan Barquq.[31]

Bahagian dalaman

sunting

Apabila bangunan diubah suai daripada sebuah katedral kepada masjid, kebanyakan pembinaan Salibi diganti akan tetapi fakad bangunan, dengan pintu gerbang laluan masuknya, yang merupakan seni bina kegerejaan tipikal Salibi, [32] serta tiang di dalam perkarangan masjid masih mengekalkan gaya seni bina Goth Itali. Sebilangan tiang sudah dikenal pasti sebagai unsur-unsur kuil Yahudi lama, yang diguna semula sebagai bahan binaan dalam zaman Salibi dan masih kekal menjadi sebahagian binaan masjid.[33] Di bahagian dalaman, permukaan dinding diplaster dan dicat. Marmar digunakan untuk pintu barat dan okulus kubah. Lantai diselaputi dengan jubin terlicau. Tiang juga dibuat daripada marmar dan bahagian atas dibina dengan gaya Corinth.[30]

Ibu ruang pusat terbina dengan kekubah groin dengan setiap ruang saling dipisahkan dengan gerbang melintang berbentuk tajam yang memiliki profil segi empat tepat. Gerbang-gerbang ibu ruang dibina di atas tembok palang dengan sebuah tiang di atas ketapak yang ditinggikan.[30] Ibn Battuta mencatakan yang Masjid Agung memiliki mimbar yang dibuat daripada marmar putih;[21] mimbar ini masih kekal sehinnga ke hari ini. Terdapat sebuah mihrab di dalam masjid, dengansebuah inskripsi bertarikh dari tahun 1663 yang mengandungi nama Musa Pasha, seorang gabenor Gaza zaman Uthmaniyah.[31]

Menara

sunting

Masjid ini terkenal kerana menaranya, yang berbetuk segi empat pada bahagian bawah dan berbentuk oktagon pada bahagian atas—gaya seni bina Mamluk yang tipikal. Menara dibina daripada batu dari bahagian tapak sehingga ke bahagian balkoni tergantung, termasuk bahagian atas empat tingkat. Sebahagian besar penghujung dibina daripada kayu dan jubin, dan sering dipulihkan. Sebuah kupola ringkas terbit daripada dram batu oktagon. Kupola ini ringan, sama dengan kebanyakan masjid di Levant.[34] Menara berdiri di atas tapak bekas ruang timur gereja Salibi. Tiga mihrabnya diubah suai menjadi tapak menara.[35]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Gaza at the crossroads of civilisations: Gaza timeline Musée d'Art et Histoire, Geneva. 2007-11-07.
  2. ^ a b c d Ring and Salkin, 1994, p.290.
  3. ^ a b c d Gaza- Ghazza Palestinian Economic Council for Development and Reconstruction.
  4. ^ Travel in Gaza Diarkibkan 2014-09-24 di Wayback Machine In photos: Israeli bombs destroy historic al-Omari mosque in Jabaliya.
  5. ^ Travel in Gaza MidEastTravelling.
  6. ^ a b Winter, 2000, p.429.
  7. ^ a b (1896): Archaeological Researches in Palestine 1873-1874, [ARP], translated from the French by J. McFarlane, Palestine Exploration Fund, London. Volume 2, Page 392.
  8. ^ Jacobs, 1998, p.454.
  9. ^ a b Dowling, 1913, p.79.
  10. ^ Pringle, 1993, 208-209
  11. ^ Dowling, 1913, p.80.
  12. ^ a b c d e Pringle, 1993, p.209.
  13. ^ a b c d http://www.maannews.net/eng/ViewDetails.aspx?ID=221849 Palestinians pray in the Great Omari Mosque in Gaza]. Ma'an News Agency. 2009-08-27. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ma'an" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ al-Muqaddasi quoted in le Strange, 1890, p.442.
  15. ^ a b Ring and Salkin, 1994, p.289.
  16. ^ Elnashai, 2004, p.23.
  17. ^ a b Briggs, 1918, p.255.
  18. ^ a b c Gaza Monuments International Relations Unit. Municipality of Gaza.
  19. ^ Sharon, 2009, p. 76.
  20. ^ Great Mosque of Gaza Diarkibkan 2011-08-05 di Wayback Machine ArchNet Digital Library.
  21. ^ a b Ibn Battuta quoted in le Strange, 1890, p.442.
  22. ^ Sharon, 2009, p.33.
  23. ^ Porter and Murray, 1868, p.250.
  24. ^ Porter, 1884, p.208.
  25. ^ Said al-Shawa[pautan mati kekal] Gaza Municipality.
  26. ^ Kupferschmidt, 1987, p.134.
  27. ^ Kupferschmidt, 1987, p.230.
  28. ^ Shanks, Hershel. "Peace, Politics and Archaeology". Biblical Archaeology Society.
  29. ^ Deadly escalation in Fatah-Hamas feud Rabinovich, Abraham. The Australian.
  30. ^ a b c Pringle, 1993, p.211.
  31. ^ a b Meyer, 1907, p.111.
  32. ^ Winter, 2000, p.428.
  33. ^ Shanks, Hershel. "Peace, Politics and Archaeology". Biblical Archaeology Society
  34. ^ Sturgis, 1909, pp.197-198.
  35. ^ Pringle, 1993, p.210.

Bibliografi

sunting

Pautan luar

sunting