Harry Shum, Jr.

(Dilencongkan daripada Harry Shum Jr.)

Harry Shum, Jr. (dilahirkan pada 28 April 1982) ialah seorang pelakon, penari, penyanyi dan pereka tari Amerika kelahiran Costa Rica. Dia paling dikenali dengan wataknya sebagai Mike Chang dalam siri drama komedi Fox, Glee dan sebagai Magnus Bane dalam siri TV fantasi Freeform, Shadowhunters.

Harry Shum, Jr.
Shum di San Diego Comic-Con International pada Julai 2011
Kelahiran (1982-04-28) 28 April 1982 (umur 42)
Pekerjaan
  • Actor
  • dancer
  • singer
  • choreographer
  • producer
Tahun aktif2000s–kini
PasanganShelby Rabara (k. 2015)
Laman web rasmiwww.tenthandfourth.com
Harry Shum, Jr.
Bahasa Cina岑勇康

Dia tampil dalam filem-filem seperti Stomp the Yard, You Got Served, Step Up 2: The Streets, Step Up 3D, dan Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny.[1] Dia juga memegang watak Elliot Hoo dalam The Legion of Extraordinary Dancers.

Kehidupan awal

sunting

Shum dilahirkan di Limón, Costa Rica. Ibunya berasal dari Hong Kong, dan bapanya berasal dari Guangzhou, China. Mereka berpindah ke Costa Rica, di sana Shum dan dua orang kakaknya dilahirkan. Ketika Shum berumur enam tahun, keluarganya berpindah ke San Francisco, California.[2] Dia menyatakan: "Saya rasa saya mempunyai yang terbaik dalam banyak-banyak di dunia. Saya bertutur dalam Kantonis dan bahasa Sepanyol. Bahasa Sepanyol sebenarnya adalah bahasa pertama saya sebelum saya belajar Kantonis dan bahasa Inggeris."[3][4] Dalam satu temubual, dia mengatakan bahawa motivasi terawalnya terhadap tarian adalah datang daripada tontonan Ginuwine, Dru Hill, dan Usher, sebelum dipengaruhi oleh penari-penari ikon seperti Gene Kelly dan Michael Jackson.[5]

Shum menyatakan bahawa dia menganggap dirinya sebagai agak Latino. Pelakon dipetik berkata: "Agak pelik bahawa saya orang Cina sepenuhnya dan dilahirkan dalam sebuah negara Latin, tetapi saya menyukai hakikat bahawa saya asyik dengan kebudayaan tanah kelahiran dan pada masa yang sama mengekalkan akar umbi Cina saya," dan menambah: "Saya rasa kebudayaan-kebudayaan itu berkongsi banyak persamaan seperti nilai kekeluargaan dan kasih pada perisa dalam makanan. "Saya menganggap diri saya sebagai agak Latin."[6]

Karier

sunting

Shum memulakan karier sebagai satu-satunya penari lelaki dalam Comic View terbitan BET pada 2002, dan menyambung karier tariannya dari situ. Dia juga salah seorang daripada penari utama bagi bintang-bintang seperti Beyoncé, Mariah Carey, Jennifer Lopez, dan Jessica Simpson. Dia menang dalam satu pertandingan tarian untuk menari dalam satu iklan iPod.[7]

Dari tahun 2009 hingga 2015, dia memegang watak Mike Chang, seorang penari yang menyertai kelab glee, dalam siri drama komedi muzikal terbitan Fox, Glee.[8] Dikenali buat seketika sebagai "Orang Asia Lain" dalam Glee, dengan dialog yang amat sedikit semasa musim pertama rancangan itu, watak Shum mendapat jalan cerita dalam musim ke-2, kebanyakannya melibatkan hubungannya dengan rakan anggota kelab glee Tina Cohen-Chang (Jenna Ushkowitz). Kemudiannya dia membuat persembahan "Make 'Em Laugh" dalam "The Substitute", "Sing" dari A Chorus Line dalam "Duets", "Valerie" dalam "Special Education", dan solo tarian pertama rancangan itu dalam "A Night of Neglect". Dia diangkat dari bintang undangan menjadi pelakon tetap siri itu bagi musim ke-3.[9] Dia mendapat jalan cerita utama dalam episod ketiga musim itu, "Asian F", dan mempersembahkan "Cool" dari West Side Story, lagu solo pertamanya. Pada 28 Jun 2013, dilaporkan bahawa Shum tidak akan kembali sebagai pelakon tetap dalam musim ke-5 Glee, tetapi akan menjadi bintang undangan berulang.[10]

Shum ditonjolkan dalam banyak produksi yang dilakukan oleh Wong Fu Productions.[11] Pada tahun 2010, dia muncul dalam Step Up 3-D sebagai Cable.[12] Dia juga adalah seorang penari dan pereka tari bagi Legion of Extraordinary Dancers.[13] Pada 2011, Shum menyiapkan filem aksi pendek, 3 Minutes, yang diarahkan Ross Ching dan diterbitkan Don Le dan George Wang.[14]

Shum membintangi watak Kuai Liang (Sub-Zero muda) dalam musim ke-2 Mortal Kombat: Legacy.[15] Pada tahun 2014, dia memegang watak utama dalam filem drama jenayah Revenge of the Green Dragons, yang diterbitkan Martin Scorsese. Shum membintangi dukun Magnus Bane dalam siri fantasi Freeform, Shadowhunters, yang berdasarkan siri novel Cassandra Clare, The Mortal Instruments.[16] Pada 2016, dia muncul sebagai Wei-Fang dalam sekuel Crouching Tiger, Hidden Dragon, yang berjudul Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny.[17]

Kehidupan peribadi

sunting

Shum memulakan hubungan dengan penari Amerika-Filipina Shelby Rabara pada 2007.[18] Mereka berdua tertarik antara satu sama lain ketika bercuti di Hawaii,[19] dan berkahwin pada 22 November 2015 di Costa Rica.[20] Pasangan itu mendiami rumah 1930-an berbilik tidur tiga buah di Hollywood Hills.[21]

Filmografi

sunting
Tahun Judul Watak Catatan
2004 You Got Served Penari Cameo
2007 Stomp the Yard Penari kru Cameo
2008 Step Up 2: The Streets Cable
2008 Center Stage: Turn It Up Penari kelab Cameo
2010 Our Family Wedding Harry
2010 Step Up 3D Cable
2011 3 Minutes Pemburu #1 Filem pendek
2011 Glee: The 3D Concert Movie Mike Chang Filem konsert
2012 White Frog Chaz Young
2012 Already Gone Scott Lee Filem pendek
2014 Moms' Night Out Joey
2014 Revenge of the Green Dragons Paul Wong
2015 Fire City: End of Days Frank
2016 Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny Wei-Fang
Tahun Judul Watak Catatan
2003 Boston Public Fletcher Episod: "Chapter Sixty"
2005 Committed Budak penghantar Cina Episod: "The Apartment Episode"
2007 Viva Laughlin Penari pembinaan Episod: "Pilot"
2008 Zoey 101 Roy Episod: "Trading Places"
2008 Rita Rocks Zack Episod: "Flirting with Disaster"
2008 The American Mall Taco penari Filem TV
2008 Greek Omega Chi Brother 3 episodes
2008 iCarly Yûki Episod: "iGo to Japan"
2009–15 Glee Mike Chang 76 episod
2016–kini Shadowhunters Magnus Bane Pelakon tetap

Laman sesawang

sunting
Tahun Judul watak Catatan
2013 Mortal Kombat: Legacy Kuai Liang 2 episod
2014 Caper Luke Washington 9 episod
2010–11 The Legion of Extraordinary Dancers Elliot Hoo 9 episod

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Karya Keputusan
2010 Screen Actors Guild Awards Outstanding Performance by an Ensemble in a Comedy Series Glee Menang
Teen Choice Awards Choice Music: Group (with cast) Tercalon
Lesbian/Bi People's Choice Awards Favorite Music Duo or Group (with cast) Tercalon
Gay People's Choice Awards Favorite Music Duo or Group (with cast) Menang
2011 Screen Actors Guild Awards Outstanding Performance by an Ensemble in a Comedy Series Tercalon
Grammy Awards Best Compilation Soundtrack for Visual Media Tercalon
Teen Choice Awards Choice Music: Group (with cast) Tercalon
East West Players Visionary Awards Breakout Performance Award Himself Menang
2012 Screen Actors Guild Awards Outstanding Performance by an Ensemble in a Comedy Series Glee Tercalon
Grammy Awards Best Compilation Soundtrack for Visual Media (with cast) Tercalon
2013 Screen Actors Guild Awards Outstanding Performance by an Ensemble in a Comedy Series Tercalon

Diskografi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Miller, Julie (April 13, 2010). "Harry Shum Jr. on the Perks of Glee, Oprah and On-Set Dance Battles". Movieline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-21. Dicapai pada July 7, 2011.
  2. ^ "Nov10 1-9-P" (PDF). Dicapai pada July 7, 2011.
  3. ^ Lin, Shannon (April 10, 2007). "Harry Shum is full of Glee". Asiance. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-06. Dicapai pada July 7, 2011.
  4. ^ Hernandez, Lee. "15 (More) Stars You Never Knew Were Latino!". Latina. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-01. Dicapai pada July 7, 2011.
  5. ^ Apuy, Andrea (November 19, 2010). "The Different Worlds of Dance: interview with Harry Shum Jr". Asia Pacific Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-26. Dicapai pada July 7, 2011.
  6. ^ Charaipotra, Sona (June 3, 2013). "Harry Shum Jr.: Latinos in Hollywood". Mom.me.
  7. ^ "Harry Shum Jr Has the Moves in Glee and the New iPod Nano Commercial". 8Asians.com. April 26, 2010. Dicapai pada July 7, 2011.
  8. ^ Mulick, Marcus; Arrow, Jennifer (September 13, 2010). ""Asian" and "Other Asian" Hook Up on Glee – Is Artie Out for Good?". E! Online. Dicapai pada July 7, 2011.
  9. ^ "Glee club is back in session on the season premiere of Glee" (Siaran akhbar). Fox Broadcasting Company. Dicapai pada September 2, 2011.
  10. ^ Ausiello, Michael (June 28, 2013). "Glee Exclusive: 4 Original Cast Members Not Returning as Series Regulars for Season 5". TVLine.
  11. ^ Berk, Brett (May 18, 2010). "Glee's Harry Shum Jr. Speaks! (And He Wants His Gaga Costume)". Vanity Fair.
  12. ^ Milzoff, Rebecca (May 25, 2010). "Glee's Harry Shum Jr. Finally Speaks (and Answers Your Questions!)". New York. Dicapai pada July 7, 2011.
  13. ^ Nguyen, Hanh. "'Glee's' Harry Shum talks 'The Situ-Asian,' Asian Camp and The LXD – From Inside the Box". Zap2it.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-12. Dicapai pada July 7, 2011.
  14. ^ Wieselman, Jarett (January 10, 2011). "'3 Minutes' for Harry Shum to save the world". New York Post. Dicapai pada August 23, 2011.
  15. ^ "Web Series 'Mortal Kombat: Legacy 2' Hitting February 17th". Latino Review. December 3, 2012.
  16. ^ Ge, Linda (May 15, 2015). "'Glee' Star Harry Shum Jr. Joining ABC Family's 'Shadowhunters'". TheWrap.
  17. ^ Jeffery, Morgan (July 30, 2014). "'Glee's' Harry Shum Jr. Joins 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' Sequel". The Hollywood Reporter.[pautan mati kekal]
  18. ^ Alcala, Natalie (September 24, 2012). "Glee's Harry Shum Jr. on His Worst Breakup, Longest Relationship, & Dancing it Off". Bullett Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-08. Dicapai pada 2016-05-17.
  19. ^ Blumm, K.C. (March 8, 2014). "Mike Chang is getting married! Glee star Harry Shum, Jr. engaged to longtime love Shelby Rabara". People.
  20. ^ Park, Andrea (December 4, 2015). "Glee Star Harry Shum Jr. Marries Shelby Rabara". People. Dicapai pada December 4, 2015.
  21. ^ David, Mark (February 6, 2014). "Glee Hoofer Harry Shum Jr. Buys Hollywood Hills Home". Variety.

Pautan luar

sunting

Templat:Hip-hop dance Templat:ScreenActorsGuildAwards EnsembleTVComedy 2000–2009