Haji Hasnul bin Haji Baharuddin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) bagi DUN Morib selama dua penggal dari 2013-2018 dan 2018-2023. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 2020[1] hingga 2023[2].

Hasnul bin Baharuddin
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Selangor
Dalam jawatan
13 Julai 2020 – 23 Jun 2023
Didahului olehDaroyah Alwi
Digantikan olehKamri Kamaruddin
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Morib
Dalam jawatan
21 Jun 2013 – 12 Ogos 2023
Didahului olehHasiman Sidom
Digantikan olehRosnizan Ahmad
Butiran peribadi
LahirKajang, Selangor
Parti politik AMANAH
PasanganNazratul Hasanah bt Sedali
PendidikanSarjana Muda Sains Farmasi Dengan Kepujian (USM)
PekerjaanAhli Politik dan Ahli Farmasi (Latar Belakang Pendidikan)

Politik sunting

Pada pilihan raya 2013, beliau bertanding di bawah tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan menang. Bagaimanapun, beliau telah keluar parti tersebut dan menyertai penubuhan AMANAH pada 2015[3]. Beliau telah mengekalkan kemenangan atas tiket AMANAH pada pilihan raya 2018[4], namun tewas pada pilihan raya 2023[5].

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor pada 13 Julai 2020[1] menggantikan Daroyah Alwi yang meletak jawatan pada 16 Jun 2020. Beliau berkhidmat sehingga DUN dibubarkan pada 23 Jun 2023[2].

Keputusan pilihanraya sunting

Dewan Negeri Selangor[6][7]
Tahun DUN Calon Parti Undi Per Lawan Parti Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun mengundi %
2013 N53 Morib Hasnul Baharuddin PAS 15,016 51.31% Hasiman Sidom BN (UMNO) 14,250 48.69% 29,746 766 88.80%
2018 Hasnul Baharuddin PH (AMANAH) 11,000 40.43% Rozana Kamarulzaman BN (UMNO) 8,883 32.64% 27,650 2,117 86.60%
Mohammad Sallehuddin Hafiz PAS 7,328 26.93%
2023 Hasnul Baharuddin PH (AMANAH) 15,093 Rosnizan Ahmad PN (PAS) 18,936 3,843

Rujukan sunting

  1. ^ a b "ADUN Morib dilantik Timbalan Speaker DUN Selangor yang baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-20.
  2. ^ a b BERNAMA (2023-06-23). "Dun Selangor bubar secara rasmi hari ini". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
  3. ^ "PAS 'Hilang' 10 Wakil Rakyat - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-31. Dicapai pada 2023-09-20.
  4. ^ Khalid, Mohammad Khairil Ashraf Mohd (2023-07-20). "'Cukuplah dua penggal Hasnul jadi Adun Morib, bagi peluang muka baru'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
  5. ^ Amin, Nur Aishah Mohd (2023-07-23). "AMANAH Selangor tampil enam muka baharu, Izham kekal kerusi Pandan Indah". Selangorkini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-20.
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.