Honkai: Star Rail

permainan video terbitan tahun 2023

Honkai: Star Rail (Cina ringkas: 崩坏: 星穹铁道pinyin: Bēnghuài: Xīngqióng Tiědào; secara harfiahnya "Honkai: Landasan Kubah Bintang") ialah permainan video berperanan fantasi 3D percuma dibangunkan dan diterbitkan syarikat miHoYo di bawah jenama HoYoverse-nya. Ia merupakan judul keempat dalam siri Honkai, menggunakan watak-watak baharu bersama rupa lain watak sedia ada daripada latar mainan Honkai Impact 3rd.

Honkai: Star Rail
PembangunHoYoverse
PenerbitHoYoverse
PengeluarDavid Jiang[1]
Komposer
  • Lin Yifan
  • Gong Qi
  • Wang Kexin
  • Wen Chi
SiriHonkai
EnjinUnity
Platform
PelepasanWindows, iOS, Android
  • WW: 25 April 2023
PS4, PS5
  • WW: TBA
GenrePermainan video berperanan
ModPemain tunggal

"Landasan Bintang" (Cina ringkas: 星铁道pinyin: xīngtiědào) menjudulkan permainan ini menggambarkan kewujudan suatu kereta api antara najam yang muncul dalam latar permainan. Honkai (hōkai (崩壊?) hasil penjepunan ungkapan asal Cina ringkas: 崩坏pinyin: bēnghuài "kemusnahan") dalam konteks latar tersebut pula adalah kuasa luar biasa utama yang mampu memusnahkan sebarang alam tamadun diharungi setiap kali mara.

Tatamain sunting

Pemain mengawal satu hingga empat watak yang membentuk satu pasukan.[2][3] Unsur-unsur penerokaan dunia terbuka dan penjara bawah tanah diwujudkan dengan tumpuan diberikan terhadap pertempuran strategik berasaskan watak yang bertempur mengikut giliran sendiri.[2][4]

Pembangunan sunting

Honkai: Star Rail telah dihebahkan secara rasmi pada 7 Oktober 2021 dalam saluran YouTube rasmi pasukan pembangunan permainan itu.[5] Ia diuji beta tertutup buat pertama kalinya dari 26 Oktober 2021 sehingga tamat pada 1 November 2021.[6][7] Ujian keduanya diadakan pada 25 Mei 2022 hingga 15 Jun.[8] Ujian beta tertutup terakhir telah diadakan pada 10 Februari 2023 tidak lama sebelum permainan dilancarkan.

Ia dilancarkan pada 26 April 2023 dalam pelantar-pelantar Windows, iOS dan Android,[9] sambungan untuk pelantar PlayStation 4 dan 5 dirancang bakal dilancarkan kelak.[4][10]

Pada 15 April 2023, pihak pembangun mengumumkan ia sudah mempunyai 10 juta pengguna berdaftar walaupun permainan itu belum dilancarkan.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ 崩壊:スターレイル [@houkaistarrail] (March 24, 2023). "【プロデューサー対談 近日公開!】 『崩壊:スターレイル』プロデューサー David Jiang とあの名作 RPG のプロデューサーによる対談が実現! ゲーム開発の裏話と想いを開拓者の皆さまにシェアします!お楽しみに!" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ a b Diaz, Ana (March 24, 2023). "Genshin Impact developer's new game will be released in April". Polygon. Dicapai pada April 10, 2023.
  3. ^ "Honkai Star Rail". Honkai Star Rail. Dicapai pada 26 December 2021.
  4. ^ a b Izzat Aziz (25 Mac 2023). "Honkai: Star Rail Dilancarkan Pada 26 April – Versi PlayStation Turut Diumumkan". Aksiz. Amanz Network.
  5. ^ "Reveal Trailer - "Next Stop, the Stars!" | Honkai: Star Rail". Youtube. miHoYo. Dicapai pada 26 December 2021.
  6. ^ "The First Closed Beta Has Begun!". HoYoLab. miHoYo. Dicapai pada 26 December 2021.
  7. ^ "First Closed Beta Server End Notice". HoYoLab. miHoYo. Dicapai pada 26 December 2021.
  8. ^ @honkaistarrail (May 18, 2022). "Honkai: Star Rail Second Closed Beta Start Date — Mark Your Calendars!" (Twit). Dicapai pada May 20, 2022 – melalui Twitter.
  9. ^ Izzat Aziz (26 April 2023). "Honkai: Star Rail Dilancarkan Secara Rasmi Untuk PC, iOS Dan Android". Aksiz. Amanz Network.
  10. ^ Romano, Sal (March 24, 2023). "Honkai: Star Rail launches April 26 for PC, iOS, and Android, later for PS5 and PS4". Gematsu. Dicapai pada March 24, 2023. Followed by PlayStation 5 and PlayStation 4 at a later date.
  11. ^ Blake, Vikki (15 April 2023). "Honkai Star Rail isn't out yet but already has 10 million users". GamesRadar. Dicapai pada 16 April 2023.

Pautan luar sunting