Fasillah Sabry (lahir 15 Mac 1979) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan lagu "Keranamu Kekasih" yang menjadi lagu tema filem Gerak Khas The Movie.[2][3]

Illa Sabry
Nama lahirFasillah binti Sabry
Kelahiran (1979-03-15) 15 Mac 1979 (umur 42)
Kangar, Perlis, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi, ahli perniagaan
InstrumenVokal
Tahun aktif2001–2004
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Zamani

Kehidupan dan kerjayaSunting

Illa Sabry dilahirkan pada 15 Mac 1979 di Kangar, Perlis dan merupakan anak sulung daripada lima beradik dalam keluarganya.[1] Sebagai pelajar, beliau mengikuti kursus perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, namun berhenti kerana berpendapat ia bukan jurusan pilihan. Illa hampir terkandas kerana keputusan nilai gred purata (CGPA) di bawah paras bahaya. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).[1][4]

Illa memulakan kerjaya muzik pada 2001 apabila beliau melancarkan single sulungnya, "Keranamu Kekasih" yang terpilih sebagai lagu tema filem Gerak Khas The Movie arahan Yusof Haslam.[1] Beliau turut membuat penampilan kameo sebagai penyanyi pancaragam dalam filem itu. Beliau kemudian melancarkan album sulungnya, Jatuh Cinta yang memuatkan 10 lagu dengan empat daripadanya termasuk "Keranamu Kekasih" dikeluarkan sebagai single.[5] Illa juga berduet dengan vokalis kumpulan Slam, Zamani menerusi lagu "Saat Bahagia".[6] Beliau juga pernah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15, namun ia dimenangi oleh Maya Karin.

Tiga tahun kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyanyi. Beliau juga pernah bekerja sebagai perunding media dan perunding majlis.[1] Pada tahun 2011, Illa merancang untuk membuat kemunculan semula dalam industri muzik, namun tidak menjadi kenyataan.[1][7] Pada masa ini, beliau bergiat aktif menguruskan perniagaannya namun masih tetap aktif dalam bidang muzik.[8][9][10]

DiskografiSunting

Album studioSunting

Tajuk Butiran album
Jatuh Cinta

LaguSunting

Tajuk Tahun
"Keranamu Kekasih" 2001
"Jatuh Cinta"
"Saat Bahagia"
"Episod Cinta"

FilemografiSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2001 Gerak Khas The Movie Penyanyi pancaragam Penampilan kameo, tidak dinamakan

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-15 Artis Baru Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f Amira Amaly Syafaat (22 Mei 2011). "Illa Sabry menyepi kerana..." Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 23 Mei 2011. Dicapai pada 15 Februari 2018.
  2. ^ "Illa - Bakat semakin menyerlah". Utusan Malaysia. 23 Julai 2002. Dicapai pada 15 Februari 2018.
  3. ^ "Illa cari impak baru". Harian Metro. 15 November 2009. Dicapai pada 15 Februari 2018. MASIH ingat pada penyanyi, Illa Sabri yang popular dengan lagu Jatuh Cinta, Keranamu Kekasih dan Kau Tiada Lagi?
  4. ^ Saharudin Musthafa (26 Ogos 2001). "Illa Sabry tahu batasan sebagai artis". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 Februari 2018.
  5. ^ Hanisah Selamat (14 September 2001). "Illa harap tuah Jatuh Cinta". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  6. ^ "Zamani diundang berduet bersama Illa". Utusan Malaysia. 26 Julai 2001. Dicapai pada 23 Februari 2010.
  7. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Oktober 2012). "Rindu Illa". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  8. ^ Feride Hikmet Atak (31 Julai 2012). "Illa Sabry labur hampir RM800 ribu untuk 'muncul' semula". mStar Online. Dicapai pada 16 Februari 2018.
  9. ^ "8 tahun menyepi, Illa Sabry tidak menyesal". Wartawan Sinar Harian. Sinar Harian. 29 Jun 2012. Diarkib daripada yang asal pada 30 Julai 2018. Dicapai pada 16 Februari 2013.
  10. ^ Tuan Hafis Tuan Ludin (11 Februari 2021). "Ini sebabnya Illa Sabry tarik diri, enggan menyanyi lagi - "Saya tak serasi dengan dunia glamor... kemasyhuran"". mStar Online. Dicapai pada 16 Februari 2021.

Pautan luarSunting