Islam di Asia Selatan

Islam ialah agama kedua terbesar di Asia Selatan, dengan lebih 640 juta orang Islam tinggal di sana, membentuk kira-kira satu pertiga daripada penduduk rantau ini. Islam mula tersebar di sepanjang kawasan pantai di benua kecil India dan Sri Lanka, sebaik sahaja ia bermula di Semenanjung Arab, ketika pedagang Arab berdakwah ke Asia Selatan. Asia Selatan mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, dengan anggaaran kasar satu pertiga daripada Muslim menetap di sini. [1] [2] Islam adalah agama yang dominan di sesetengah negara Asia Selatan (Pakistan, Maldives, Bangladesh dan Afghanistan). Islam adalah agama kedua terbesar di India dan ketiga terbesar di Sri Lanka dan Nepal.

Muslim Asia Tenggara

Islam mula bertapak di India di semenanjung barat, di mana merupakan negeri Kerala pada hari ini. Masyarakat Arab berdagang dengan masyarakat Malabar sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sejarah asal mengatakan bahawa sekumpulan sahabat, di bawah Malik Ibn Deenar, tiba di Pantai Malabar dan menyebarkan Islam. Menurut Sejarah tersebut, masjid pertama di India telah dibina atas mandat Raja terakhir Chera Perumals of Makotai, yang memluk agama Islam dan mendapat nama Tajudheen semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup (570–632 M.). [3] [4] [5] Pada masa yang sama, orang Tamil Muslim di pantai timur India juga mendakwa mereka telah memeluk Islam semasa hayat Nabi Muhammad SAW. Menurut Qissat Shakarwati Farmad, masjid di Kodungallur, Kollam, Madayi, Barkur, Mangalore, Kasaragod, Kannur, Dharmadam, Panthalayini, dan Chaliyam, dibina semasa era Malik Dinar, dan ia adalah antara Masjid tertua di Benua India. . [6] [7] [8] Mengikut sejarah, Masjid Barwada di Ghogha, Gujerat dibina sebelum 623 Masihi, Masjid Cheraman Juma (629 Masihi) di Methala, Kerala dan Palaiya Jumma Palli (630 Masihi) di Kilakarai, Tamil Nadu adalah tiga daripada masjid terawal di Asia Selatan . [9] [10] [11] [12] [7]

Pencerobohan pertama yang dilakukan oleh gabenor di bawah pemerintahan Khalifah Umar di Bahrain, Usman ibn Abu al-Aas melalui laut, yang menghantar saudaranya Hakam ibn Abu al-Aas untuk menyerbu dan meninjau wilayah Makran [13] terlebih dahulu pada Sekitar 636 Masihi sebelum tentera Arab sampai ke sempadan India melalui darat. Al-Hakim ibn Jabalah al-Abdi, yang telah menyerang Makran pada tahun 649 Masihi merupakan pengikut awal Ali ibn Abu Talib . [14] Semasa zaman pemerintahan Khalifah Ali, kebanyakan penganut Hindu Jats Sindh telah berada di bawah pengaruh Syiah [15] dan sesetengah daripada mereka yang menyertai Pertempuran Unta dan mati berjuang untuk Ali. [14] Mengikut tradisi terdahulu, Islam telah dibawa ke pulau Lakshadweep, yang terletak di sebelah barat Pantai Malabar, oleh Ubaidullah pada 661 Masihi. Selepas zaman kegemilangan Khulafa' Ar-Rasyidin, dinasti politik Islam mula mengambil tampuk pemerintahan. [16] [17]

Asal Usul sunting

  1. ^ Pechilis, Karen; Raj, Selva J. (1 January 2013). South Asian Religions: Tradition and Today. Routledge. ISBN 9780415448512.
  2. ^ "10 Countries With the Largest Muslim Populations, 2010 and 2050". Pew Research Center's Religion & Public Life Project. 2 April 2015. Dicapai pada 7 February 2017.
  3. ^ "World's second oldest mosque is in India". Bahrain tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 July 2006. Dicapai pada 9 August 2006.
  4. ^ Ibn Nadim, "Fihrist", 1037
  5. ^ "History". Malik Deenar Grand Juma Masjid. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2012. Dicapai pada 18 November 2011.
  6. ^ Prange, Sebastian R. Monsoon Islam: Trade and Faith on the Medieval Malabar Coast. Cambridge University Press, 2018. 98.
  7. ^ a b Kumar(Gujarati Magazine), Ahmadabad,July 2012,P 444
  8. ^ Metcalf 2009.
  9. ^ "Oldest Indian mosque: Trail leads to Gujarat". The Times of India. 5 November 2016. Dicapai pada 28 July 2019.
  10. ^ "Oldest Indian mosque: Trail leads to Gujarat". The Times of India. 6 November 2016. Dicapai pada 17 May 2019.
  11. ^ Sharma, Indu (22 March 2018). "Top 11 Famous Muslim Religious Places in Gujarat". Gujarat Travel Blog. Dicapai pada 28 July 2019.
  12. ^ Prof.Mehboob Desai,Masjit during the time of Prophet Nabi Muhammed Sale Allahu Alayhi Wasalam,Divy Bhasakar,Gujarati News Paper, Thursday, column 'Rahe Roshan',24 May,page 4
  13. ^ Al Baldiah wal nahaiyah vol: 7 page 141
  14. ^ a b MacLean, Derryl N. (1989), Religion and Society in Arab Sind, pp. 126, BRILL, ISBN 90-04-08551-3
  15. ^ S. A. A. Rizvi, "A socio-intellectual History of Isna Ashari Shi'is in India", Volo. 1, pp. 138, Mar'ifat Publishing House, Canberra (1986).
  16. ^ Levy-Rubin, Milka (2011). Non-Muslims in the Early Islamic Empire. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 102–103. doi:10.1017/cbo9780511977435. ISBN 978-1108449618.
  17. ^ Jo Van Steenbergen (2020). "2.1". A History of the Islamic World, 600–1800: Empire, Dynastic Formations, and Heterogeneities in Pre-Modern Islamic West-Asia. Routledge. ISBN 978-1000093070.

Pengaruh Islam mula dirasai di benua kecil India pada awal abad ke-7 dengan kedatangan pedagang Arab . Pedagang Arab pernah mengunjungi wilayah Malabar untuk berdagang walaupun sebelum Islam bertapak di Tanah Arab. Menurut Ahli Sejarah Henry Miers Elliot dan John Dowson dalam buku mereka The History of India, as Told by Its Own Historians, kapal pertama yang membawa pengembara Muslim dilihat di pantai India seawal 630 CE. Masjid India pertama dipercayai telah dibina pada 629 CE, kononnya atas perintah seorang penguasa dinasti Chera yang tidak dikenali, semasa hayat Muhammad ( s. 571–632 ) di Kodungallur, di daerah Thrissur, Kerala oleh Malik Bin Deenar. Di Malabar, orang Islam dipanggil Mappila .

Rujukan sunting

Petikan sunting