Ismail Salleh (ahli politik)

(Dilencongkan dari Ismail Salleh, ahli politik)

Yang Berhormat Dato' Dr. Ismail Salleh adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Kedah bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Inovasi dan Teknologi Komunikasi Negeri Kedah.

YB Dato' Dr.

Ismail Salleh

DSDK (Kedah)
Pengerusi Muda Agricultural Development Authority (MADA)
Memegang jawatan
6 Jun 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohamad Sabu
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Pengkalan Kundor
Memegang jawatan
2018
Didahului olehPhahrolrazi Mohd Zawawi
Butiran peribadi
Lahir (1963-09-20) 20 September 1963 (umur 60)
Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik AMANAH
PasanganDatin Nor Afizah Abd Aziz
Anak-anak7
PekerjaanAhli politik

Protes terhadap Menteri Besar Kedah

sunting

Pada 12 Februari 2012, Dr Ismail Salleh dan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menolak tawaran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk melantik semula mereka sebagai exco kerajaan negeri Kedah. Exco Kedah terdiri dari 7 wakil rakyat PAS dan 3 dari PKR. Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh telah berjumpa dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penolakan tersebut. Turut menolak ialah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamed Khalib. Secara tradisi, ahli exco memperbaharui sumpah jawatan mereka setiap tahun. Ketika ini, Azizan menghadiri Sultan Kedah ke Persidangan Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur. Dua exco tersebut tidak hadir dalam majlis, di hadapan Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah . Beberapa pihak mahu Menteri Besar melantik Phahrolrazi, seorang jurutera sebagai Timbalan Menteri Besar.[1]

Rujukan

sunting