Istiadat Mengarak Panji-Panji

Istiadat Mengarak Panji-Panji (Bahasa Inggeris: Trooping the Colour) adalah upacara yang dilakukan oleh rejimen-rejimen tentera British dan Komanwel. Ia telah menjadi tradisi rejimen infantri British semenjak abad ke-17, namun asal-usulnya dapat dijejak lebih awal lagi. Di medan tempur, panji-panji rejimen, atau bendera, telah digunakan sebagai tanda tempat berkumpul. Dengan itu, para rejimen diiringi oleh pegawai muda yang berjalan perlahan bersama panji-panji mereka di antara barisan bagi membolehkan para askar mengenali panji-panji rejimen mereka.

Istiadat mengarak panji-panji pada tahun 2013
Pancaragam berkuda dari Kavalri Istana di Istiadat Mengarak Panji-Panji tahun 2007. Penunggang kuda piebald (hitam-dan-putih) bermain dram, menggerakkan tali kekang dengan kakinya, menyilang kayu dram diatas kepalanya sebagai satu tanda hormat.
Baginda Ratu Elizabeth II dan Duke Duke Philip Edinburgh di Istiadat Mengarak Panji-Panji, Jun 2012.

Semenjak tahun 1748, istiadat ini juga menandakan hari keputeraan rasmi Ratu atau Raja United Kingdom.[1] Ia diadakan di London setiap tahun pada hari Sabtu bulan Jun oleh Perarakan Pengawal Berkuda di Taman St. James[2] bertepatan dengan pengisytiharan Senarai Kurniaan Hari Keputeraan Ratu. Antara mereka yang hadir adalah kerabat diraja, dif-dif kehormat, tetamu jemputan dan orang awam.

Turutan acaraSunting

Baginda Ratu bergerak melalui The Mall dari Istana Buckingham dalam perarakan diraja bersama pengiring Ratu Kavalri Istana (pengawal berkuda). Selepas menerima tabik hormat diraja, baginda memeriksa pasukan Divisyen Istana – iaitu askar berjalan kaki dan pengawal berkuda – dan Pasukan Istiadat Raja, Artileri Kuda Diraja. Setiap tahun, salah satu rejimen pengawal kaki akan dipilih untuk mengarak panji-panjinya melalui barisan pengawal. Kemudian seluruh Divisyen Istana berhimpun melakukan perarakan di hadapan Ratu, yang memberikan tabik hormat dari pentas diraja. Melangkah dengan senapangnya, Pasukan Istiadat Raja mendahului perarakan sambil pasukan berkuda melakukan perbarisan berjalan laju dalam tempoh perlahan dan cepat.

Muzik dipersembahkan oleh pancaragam-pancaragam kaki dan berkuda Istana bersama dengan Kor Gendang dan peniup seruling,semuanya berjumlah kira-kira 400 ahli muzik.

Sekembalinya baginda Ratu (atau Raja) ke Istana Buckingham, baginda akan menonton perbarisan seterusnya dari luar pagar. Disusuli 41 das tembakan hormat meriam oleh Pasukan Istiadat Raja di Taman Green, baginda bersama kerabat Diraja naik ke atas balkoni istana untuk formasi terbang lintas hormat oleh Tentera Udara Diraja.

PenyiaranSunting

Upacara ini disiarkan secara langsung oleh BBC di UK dan juga ditonton di Jerman, Austria dan Belgium dan melalui streaming langsung dari BritBox di Amerika Syarikat dan Kanada. Dalam istiadat perarakan tahun 2018, Associated Press menyediakan siaran secara langsung acara itu kepada penonton diseluruh dunia pada saluran YouTube majalah Time dan halaman Facebook surat khabar British The Telegraph. Pada tahun 2019, BBC mengambil alih siaran dalam talian menerusi saluran Youtubenya, menyediakan siaran langsung televisyen untuk siaran antarabangsa kedua acara itu.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Trooping The Colour at Turnipnet's British Military Ceremonial website
  2. ^ Trooping the Colour at the British Monarchy official website

BibliografiSunting

  • Her Majesty The Queen's Birthday Parade. Saturday 17 June 2006 and 16 June 2007. Official programme.
  • n.a. The Guards : Changing of the Guard, Trooping the Colour, The Regiments. Norwich: Jarrold Publishing, 2005. A Pitkin Guide. (This revised edition published 1990. Originally published by Macmillan Press Ltd., 1972) ISBN 0-85372-476-8
  • Trooping the Colour. BBC 1 and 2 television coverage, 11 June 2005, 17 June 2006 and 16 June 2007.

Pautan luarSunting