Jalaluddin Muhammad Rumi

Maulānā Jalāluddīn Muhammad Rūmī[1] (Parsi: مولانا جلال الدین محمد رومی, Bahasa Turki: Mevlânâ Celâleddin Mehmed Rumi) , juga dikenali Maulānā Jalāluddīn Muhammad Balkhī (Parsi: محمد بلخى), atau Rumi sahaja di negara-negara bertutur Inggeris, (30 September, 120717 Disember, 1273), merupakan penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13 Farsi (Tājīk)[2][3]. Namanya bermaksud "Keagungan Agama", Jalal bererti "agung" dan Din bererti "agama".[4]

Jalāluddīn Muhammad Rūmī
EraZaman Pertengahan
FalsafahAhli falsafah Parsi
SekolahSufi; Hanafi Sunni,"Eine Einführung in die islamische Mystik", versi asal dalam bahasa Jerman, C.H. Beck Verlag, Munich 200, ISBN 3-406-46028-3</ref>
Kepentingan utama
sajak, syair, muzik
Idea cemerlang
Muzik Timur Tengah, Puisi Sufi, Falsafah Sufi, dan tarian Sufi
Dipengaruhi
Mempengaruhi

Rumi lahir di Balkh (ketika itu sebahagian dari Khorasan Besar di Negeri Parsi, kini dalam Afghanistan) dan meninggal dunia di Konya (kini di Turki). Tempat lahir dan bahasa ibunda/tempatannya menggambarkan latar belakang Farsi. Beliau juga menulis puisi Farsi dan karya-karyanya tersebar di Iran, Afghanistan, Tajikistan, dan dialih bahasa di Turki, Azerbaijan, A.S., dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hayat dan era penulisan ketika Empayar Seljuk.[5] Disamping puisi Farsi beliau juga menulis beberapa rangkap dalam bahasa-bahasa Arab, Yunani, dan Turki Oghuz.

Kepentingan Rumi melangkaui batas bangsa, budaya dan negara. Sepanjang abad dia mempunyai pengaruh dalam Kesusasteraan Parsi disamping dalam Kesusasteraan Urdu dan Kesusasteraan Turki. Sajak-sajak karangannya dibaca dengan meluas di negara-negara seperti Iran, Afghanistan dan Tajikistan dan telah banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa di dunia dalam pelbagai bentuk.

Rujukan sunting

  1. ^ Terjemahan abjad Arab kepada Bahasa Inggeris berbeza. Satu terjemahan biasa ialah Moulana Jalaluddin Rumi. Rujukan pendek kepadanya biasanya hanya sebagai Rumi.
  2. ^ C.E. Bosworth/B.G. Fragner, "Tādjīk", di Ensiklopedia Islam, Edisi dalam talian: "... Dalam penggunaan Islam, [Tādjīk] akhirnya datang daripada orang Parsi, berbanding orang Turki [...] petikan tertua baginya yang boleh diperolehi Schaeder ialah dalam juzuk Djalāl al-Dīn Rūmī ..."
  3. ^ B. Ghafurov, "Todjikon", 2 judul., Dushanbe 1983-5
  4. ^ "Kemahiran Rumi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2007-05-05.
  5. ^ Bank, Coleman, Rumi: Buku Kasih Sayang: Sajak-sajak kerinduan, p.xxv HarperCollins (2005), ISBN 0-06-075050-2

Pautan luar sunting

Teks-teks dalam talian & terjemahan Rumi

Tentang Rumi