Jannah (Arab: جنّة‎) merupakan konsep syurga dalam ajaran agama Islam. Didalam eskatologi Islam, setelah kematian seseorang akan tetap di dalam alam kubur (barzakh) sehingga 'Hari Kebangkitan' (Yawm al-Qiyāmah). Menurut syariat Islam, bahawa perlakuan setiap individu di alam barzakh adalah berlaku atas amalan (perbuatan) seseorang itu sendiri ketika dia masih hidup, kemudian menjadi sebuah gambaran pada alam akhirat.

Eskatologi Islam
Portal Islam

Etimologi sunting

Perkataan Jannah dalam bahasa Arab memiliki bermaksud "Kebun", maka dalam bahasa Al-Quran bererti "Kebun Syurga". Menurut pengistilahan Dewan Bahasa dan Pustaka, Syurga Jannah beerti Jannat Alam Akhirat (tempat roh manusia yang baik-baik dan banyak membuat pahala ketika di dunia), tempat balasan pahala dan tempat mengecapi nikmat Tuhan yang kekal. Dunia segala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagiaan) di dunia; kesyurgaan segala yang berkaitan dengan syurga.[1]

Nama-nama Syurga di dalam Al-Quran sunting

  • Firdaus — Syurga tertinggi (Surah Al-Kahfi:107, Al-Mu'minun:11)
  • Dār al-maqāmah — Rumah (Surah Al-Fathir:35)
  • Dār al-salām — Rumah Keamanan (Surah Yunus:25)
  • Dār al-akhira — Rumah Akhirat (Surah al-Ankabut:64)
  • al-Jannah — Ini adalah perkataan yang sering digunakan dalam Al-Quran dan Hadith bagi merujuk syurga menurut perspektif Islam. (Surah Al-Baqarah:35, Ali-Imran:133 & 142, Al-Ma'ida:72)
  • Jannat al-‘adn — Taman Abadi (Surah At-Tawba:72, Ar-Ra'd:23)
  • Jannat al-khuld — Taman Kekal (Surah Al-Furqan:15)
  • Jannat al-ma’wá — Syurga Tempat Tinggal (Surah An-Najm:15)
  • Jannat al-na‘īm — Taman Penuh Nikmat (Surah Al-Ma'idah:65, Yunus:9, Al-Hajj:56)
  • Maq‘ad al-ṣidq — Perhimpunan Kebenaran (Surah Al-Qamar:55)
  • al-Maqām al-amīn — Rumah Yang Dilindungi (Surah Ad-Dukhan:51)

Rujukan sunting