Izrail (Bahasa Arab: عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Izra'il juga terkait dengan kisah pengambilan tanah dibumi dan penciptaan Nabi Adam AS. Perkataan "Izrail" dipercayai berasal daripada bahasa Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama Izrail tidak pernah disebutkan di dalam Al-Qur'an atau hadis sebaliknya mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malaku l-Mawt (ملك الموت). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti yang dibantu oleh Tuhan (Whom God Helps).

Eskatologi Islam
Portal Islam


Pendapat Ulama Tentang Nama `Izra'il

sunting

Hafiz ibn Hajr telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa [1]. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail (Izrael).

Antara pendapat-pendapat Imam Ahli Tafsir yang membincangkan perihal nama malaikat maut ini adalah:-

Berkata Imam As-Sa’labi :

قال مُقاتِل والكَلبي: بلغْنا أنّ اسم ملك الموت عزرائيل Artinya : “Telah berkata olih Imam Muqatil dan Al-Kalby : Telah sampai kepada kami sungguhnya nama malaikat maut ialah Izrail.” [2]

Dan berkata Imam Al-Baghawi :

﴿مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ﴾ أَيْ وُكِّلَ بِقَبْضِ أَرْوَاحِكُمْ وَهُوَ عِزْرَائِيلُ Artinya : “Firman Allah ‘malaikat maut yang diwakilkan kepada kamu sekelian’ artinya telah diwakilkan mengambil segala ruh kamu yaitu Izrail.” [3]

Dan berkata Imam Ibnu ‘Athiyyah :

ومَلَكُ الْمَوْتِ اسمه عزرائيل Artinya : “Dan malaikat maut itu namanya Izrail.” [4]

Dan berkata Imam Fakhrurrazi :

وَثَبَتَ بِالْخَبَرِ أَنَّ عِزْرَائِيلَ هُوَ مَلَكُ الْمَوْتِ Artinya : “Dan telah sabit dengan khabar sungguhnya Izrail itu dialah malaikat maut.” [5]

Dan berkata Imam Ibnu Juzai :

مَلَكُ الْمَوْتِ اسمه عزرائيل Artinya : “Malaikat maut itu namanya Izrail.” [6]

Dan berkata Imam Abu Hayyan :

ومَلَكُ الْمَوْتِ: اسْمُهُ عِزْرَائِيلُ Artinya : “Dan malaikat maut itu namanya ialah Izrail.” [7]

Berkata Imam Ibnu ‘Adil Al-Hanbali :

وملك الموتِ واسمه عِزْرَائِيلُ Artinya : “Dan malaikat maut namanya ialah Izrail.”[8]

Dan berkata Imam As-Suyuthi :

قال السيوطي في الدر المنثور في التفسير بالمأثور: مَلَك الْمَوْت واسْمه عزرائيل Artinya : “Malaikat maut namanya Izrail.” [9]

ULAMAK MUKTABAR:-

Telah berkata Syeikh Ali Mulla Al-Qari Al-Hanafi :

قال المُلا علي القاري في مرقاة المفاتيح شرح مِشكاة المصابيح: وَالْقَابِضُ مِنْ جَمِيعِ الْأَرْضِ [أي للأوراح] هُوَ عِزْرَائِيل

Artinya : “Dan yang mencabut pada semua bahgian bumi akan segala ruh yaitulah Izrail.” [10]

Dan berkata Imam Al-Munawi :

إنما قَبَضَها عزرائيلُ عليه السلامُ مَلَكُ الموت Artinya : “Hanya sungguhnya mengambil akan nyawa itu olih Izrail a.s. yaitu malaikat maut.” [11]

Dan telah berkata Syeikh Zakaria An-Ansori :

قوله تعالى: ﴿قُلْ يَتَوَفاكُمْ مَلَك المَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ﴾ الآيةَ، هو عزرائيلُ عليه السلام Artinya : “Bermula firman-Nya : ‘Katakan mengambil segala nyawa kamu olih malaikat yang telah diwakilkan kepada kamu yaitulah Izrail a.s.” [12]

Dan ramai lagi yang menyebut nama malaikat maut dengan sebutan Izrail seperti Imam Qadhi ‘Iyadh pada Kitab As-Syifa dan Imam Al-Qurtubi pada Kitab Ahkamul Quran dan Imam Badaruddin ‘Ainy pada Kitab Umdatul Qaari dan Imam As-Syaukani pada Kitab Fathul Qadir dan Syeikh Al-Mubarakfuri pada Kitab Tuhfatul Ahwazi dan Imam Ibnu Al-Jauzi dan lainnya.


Ada juga pendapat segelintir ulama dan ahli tafsir yang mengatakan bahawa nama Izrail ini berpunca dari kisah israeliyyat atau tiada sumbernya seperti:-


Ibnu Kasir telah berkata dalam Al-Bidayatu Wan-Nihayah (1/49)[13]:

"Dan Malaku l-Mawt, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Qur'an, dan tidak pula di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan telah datang penamaannya dalam beberapa riwayat israilliyat sebagai "`Izra'il", waLlahu `alam. Dan sesungguhnya Allah ta`ala telah berkata: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]".


Dan telah berkata As-Sanadiy:

"Tidak terdapat pada penamaannya sebarang hadis yang marfu` (bersambung dengan Rasulullah)".


Dan Al-Manawiy telah berkata dalam Faydhu l-Qadir (3/32)[14] selepas dia menyebut bahawa Malaku l-Mawt telah tersebar bahawa namanya `Izra'il, dia berkata:

"Dan saya tidak menemui terhadap penamaannya dengan hal itu dalam khabar".


Dan telah berkata As-Syaykh Al-Albaniy dalam ta`liqnya terhadap kata-kata At-Tahawiy:

"Dan kita percaya dengan Malaku l-Mawt yang ditugaskan untuk mencabut ruh-ruh sekalian alam". Dan berkata rahimahu Llah: "Saya berkata: Inilah namanya di dalam Al-Qur’an, dan penamaannya dengan "`Izra'il" sebagaimana yang tersebar di kalangan manusia, maka tiada asal baginya, dan sesungguhnya ia adalah daripada Isra'iliyyat".


Dan Asy-Syaykh Ibnu `Usaymin telah berkata:

"(Malaku l-Mawt): Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (`Izra'il), tetapi ia tidak sahih. Sesungguhnya hal ini datang dalam asar Isra’iliyyah, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan mala'ikat yang ditugaskan dengan kematian sebagai (Malaku l-Mawt) sebagaimana Allah `azza wajalla telah menamakannya dalam kata-Nya: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]." [Fatawa Ibnu `Usaymin (3/161)][15].[16]

Kematian

sunting

Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: "Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".

Kemudian Allah SWT memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut Allah telah menyerahkan kepadanya. Walau bagaimanapun, Malaikat Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah SWT memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya seperti seseorang yang sedang menghadap sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syiling.

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ia akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.

Walau bagaimanapun, Izrail bersama Jibril, Israfil dan Mikail pernah ditugaskan ketika Allah menciptakan Nabi Adam. Israil juga adalah antara Malaikat yang sering turun ke bumi untuk bertemu dengan para nabi antaranya ialah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Idris AS

Dalam wabak Mesir yang kesepuluh, apabila Allah SWT menurunkan azab untuk merampas semua nyawa anak sulung, disebut yang Malaikat Izraillah yang mengambil semua nyawa tersebuut dengan izin Allah.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Al-Imtaa"
  2. ^ Tafsir Al-Kasyfu Wa Al-Bayan
  3. ^ Kitab Tafsir Ma’alim At-Tanzil
  4. ^ Kitab Tafsir Al-Muharrar
  5. ^ Kitab Tafsir Mafatih Al-Ghaib
  6. ^ Kitab Tafsir Al-Tashil li Ulum al-Tanzil
  7. ^ Kitab Tafsir Bahrul Muhith
  8. ^ Kitab Tafsir Al-Lubab
  9. ^ Kitab Tafsir Dur Al-Mantsur
  10. ^ Kitab Mirqat Al-Mafatih syarah kitab Misykat Al-Masobih
  11. ^ Kitab Faidhul Qadir Syarah Jami’ul Syaghir
  12. ^ Kitab Fathul Rahman bi Kasyfi Ma Yaltabisu fi Al-Quran
  13. ^ Al-Bidayah Wan-Nihayah (1/49)
  14. ^ Faydhu l-Qadir (3/32)
  15. ^ Fatawa Ibnu `Usaymin (3/161)
  16. ^ Al-Islam Su'alun Wajawab, Kita Tidak Menentukan Bahawa Nama Malaku l-Mawt Adalah `Izra’il, Soalan No. 40671 http://www.islam-qa.com/special/index.php?ref=40671&subsite=13&ln=ara Diarkibkan 2008-01-18 di Wayback Machine

Pautan luar

sunting

Lihat juga

sunting